Thursday, July 8, 2010

PERAYAAN ADAU JANANG GAYUH BAKAL DISENARAIKAN DALAM KELINDER PELANCUNGAN SABAH






CAPAI SEPAKAT…Lajim bersama Timbalannya Kamarlin Naib Presiden Haji Roslan,Isnin dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak semas mesyuarat tersebut


BEAUFORT: Sambutan” Adau Janang Gayuh” hari kebesaran bagi suku kaum bisaya bakal dimasukkan dalam kelinder pelancungan negeri bermula tahun depan.

Bagaimanapun menurut Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin sebelum ianya dapat dimasukkan dalam kelinder pelancungan tahunan sambutan Adau Janang Gayuh ianya perlu diperincikan bentuk pengisian program sepanjang sambutan berlangsung bagi memastikannya ianya mempunyai daya tarikan dan identiti bagi menarik lebih ramai kehadiran orang ramai terutamanya pelancong untuk menghadiri sambutan ini disamping inya boleh menyumbang kepada perkembangan sektor pelancungan di negeri ini.

“ Bermula sambutan kali ke 7 Adau Janang Gayuh tahun ini, kita telah meneliti dan memutuskan beberapa program yang diyakini boleh menjadi daya tarikan bagi orang ramai khususnya pelancong asing untuk hadir memariahkan sambutan pada kali ini” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa pelaksana sambutan Adau janang Gayuh ke 7 di Bilik mesyuarat Majlis Daerah Beaufort baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Presiden (PBBS) Kamarlin Haji Ombi, Naib-Naib Presiden (PBBS) Haji Roslan Muharam,Idris Ali ,Haji Asmat Japar Isnin Haji Aliasnih,Samin Haji Ongki dan Setiausaha Agung (PBBS) Awang Anak Haji Sani.

Mesyuarat tersebut juga telah mengambil ketatapan sambutan Adau Janang Gayuh akan diadakan pada setiap 1 Julai setiap tahun bermula tahun ini dan bagi sambutan kali ke 7 tahun ini kemuncak sambutan akan diadakan pada 31 Julai bertempat di Padang Sk Kampung Lupak Beaufort.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pelbagai aktiviti akan diadakan sempana sambutan tahun ini antaranya majlis tahlil,persembahan kebudayaan,pesta makanan tradisional,sukan tradisional antaranya lumba kerbau, pertandingan ratu Dang Insum dan yang terbaru ialah aktivti berkayak (rafting) di sungai Padas.

“ Melalui program yang kita atur dan laksanakan pada sambutan Adau Janang gayuh tahun ini, kita berharap sambutannya akan bertambah meriah dari sambutan sebelumnya, dimana pelbagai aktiviti tambahan yang kita masukkan turut melibatkan penyertaan semua pihak termasuklah pengunjung dan pelancong asing yang hadir menyaksikan sambutan tahun ini” katanya.

Tambah Lajim lagi setiap program yang dilaksanakan bukan sahaja melibatkan penyertaan masyarakat Bisaya sendiri, malah pengunjung luar akan dilibatkan bersama bagi memberikan ruang dan kesempatan untuk mereka merasai keseronokan disamping menyelami adat dan budaya masyarakat Bisaya itu sendiri.

“ Ini sudah tentu akan mengwujudkan suasana yang harmoni dan penuh kemesraan bagi memperkukuhkan hubungan silatulrahim sesuai dengan gagasan 1 Malaysia “ tambah Lajim

No comments:

Post a Comment