Thursday, January 28, 2010

Janang Gayuh Ajak Ahli PBBS Renung Sejarah Bagi Meneroka Cabaran Baru



Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Presiden PBBS

BEAUFORT: Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah PBBS Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ( gambar )mengajak masyarakat Bisaya khususnya ahli-ahli persatuan tersebut agar menilai semula sejarah perjuangan PBBS sejak 33 tahun ianya ditubuhkan bagi membentuk asas kepada masa depan yang lebih baik untuk direntasi bersama

Katanya, jika masyarakat Bisaya ingin berada di hadapan keluk kemakmuran, mereka harus berani dan tegas bagi melaksanakan perubahan dan pembaharuan sementara pengorbanan pula perlu untuk meningkatkan produktiviti, daya saing serta menguasai ilmu dan kemahiran baru.

“kunci kepada kejayaan masa depan bukanlah semata-mata bersandarkan kekayaan sumber alam akan tetapi yang lebih utama adalah modal insan yang berilmu dihiasi semangat ingin maju sebagai asas utama untuk mencipta kejayaan dan kecermalangan” katanya dalam buku perutusan sempana Mesyuarat Agung Tahunan Ke-19 PBBS yang akan diadakan pada sabtu ini bertempat di Dewan masyarakat Pa Musa Beaufort.

Mesyuarat tersebut dijangka akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dan akan dihadiri hampir 400 orang perwakilan dari cawangan cawangan PBBS di seluruh Negeri ini

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan kemajmukan dan kepelbagaian yang diwarisi dan wujud di negara ini adalah satu nikmat dan satu rahmat yang perlu pelihara dan pertahankan bersama disamping memanfaatkan nikmat kemakmuran dan kemajuan yang sediaada ini sebaik mungkin agar bangsa kita khususnya masyarakat Bisaya tidak akan tercicir dari arus pembangunan perdana nagara

“ Kerajaan telah memperkenalkan konsep 1 Malaysia yang perlu dihayati semua lapisan rakyat tidak terkecuali masyarakat Bisaya agar dapat membantu usaha-usaha kerajaan untuk memperkukuhkan tahap perpaduan kamu di Negara ini sebagai eleman penting untuk menjana kemajuan dan kemakmuran Negara” katanya.

Dalam perkembangan yang sama Ahli Parlimen Beaufort ini juga mengajak masyarakat Bisaya agar terus mempertahankan adat resam serta nlai budaya masyarakat Bisaya yang bukan sahaja perlu dipelihara malah ditonjolkan sebagai prodak pelancongan yang boleh membantu mempertingkatkan industri pelancongan disamping memberikan pulangan ekonomi khususnya kepada kaum tersebut.

“ Jika tidak ada usaha berterusan untuk memelihara dan memasyarakatkanya ,kita bimbang ianya akan terhakis dengan ledakan kemajuan teknologi maklumat yang membolosi cara serta pemikiran kita dengan kehadiran budaya luar ekoran dari kemajuan tersebut” tambah Lajim

Tuesday, January 26, 2010

Kerajaan Dijangka Urus 30,000 Tan Sisa Makanan Setiap Hari Pada Tahun 2020


SHAH ALAM, 26 Jan (Bernama) -- Belajar kitar semula sisa makanan anda atau kerajaan akan menanggung beban menguruskan 30,000 tan metrik sisa makanan setiap hari menjelang tahun 2020, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin (gambar ) pada Selasa.

Beliau berkata pada masa sekarang kerajaan membelanjakan lebih RM1 bilion untuk menguruskan sisa pepejal di Semenanjung sahaja.

"Saya tidak ada angka terkini tetapi pada tahun 2005 sahaja kerajaan telah menguruskan 7.34 juta tan metrik sisa pepejal iaitu purata lebih 20,000 tan metrik sehari.

"Semua pihak perlu bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing supaya kita tidak perlu mengurus sisa pepejal yang banyak kerana ia akan membabitkan kos yang sangat tinggi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar dan Bengkel 'Penglibatan Orang Ramai Untuk Meningkatkan Pengurusan sisa Pepejal' di sini.

Beliau berkata secara umum masih ramai rakyat negara ini yang tidak mempunyai kesedaran bahawa sisa makanan boleh dikitar semula untuk dijadikan baja walaupun kempen kitar semula telah dilancarkan dua kali iaitu pada tahun 1993 dan 2000.

Justeru kata beliau, usaha meningkatkan kesedaran itu harus digiatkan.

-- BERNAMA

PROGRAM LOCAL AGENDA 21 MENJADI PEMANGKIN PEMBANGUNAN DI SETIAP PBT






LANCAR…Lajim diiringi oleh Adenan,Ramun dan Azmi ketika memotong riben sebagai simbol pelancaran Local Agenda 21 bagi kawasan DUN N4 Tanjung Datu Lundu Sarawak


LUNDU KUCHING: Program Local Agenda 21 yang dilaksanakan di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharapkan akan menjadi wadah pemangkin untuk menjana kemajuan disetiap kawasan PBT di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,

Local Agenda 21 atau LA 21 ialah program untuk membentuk perkongsian antara pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan agensi swasta untuk merancang, mencapai kata sepakat dan selepas itu bersama-sama bertindak terhadap isu-isu pembangunan mampan yang mempengaruhi kehidupan mereka

“ Kita mengharapkan setiap jawatankuasa Local Agenda yang terdiri dari pemimpin masyarakat tempatan termasuk pegawai-pegawai kerajaan dapat merancang dan melaksanakan program pembangunan yang memberikan manafaat kepada semua masyarakat di kawasan PBT masing-masing” katanya ketika berucap melancarkan Program Local Agenda bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Lundu Sarawak dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Kawasan N.3 Lundu Dato Sri Hj. Adenan Bin Hj. Satem,Wakil Rakyat N 1 Opar Ramun ak. Mina, dan Pegawai Daerah Lundu Azmi Haji Bujang.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan

“Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas iaitu penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing” katanya

Sehubungan dengan itu Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berharap jawatankuasa yang dibentuk melalui Program Local Agenda 21 di setiap kawasan PBT ini mampu memainkan peranan aktifnya bagi membantu usaha-usaha kerajaan untuk menyalurkan pembangunan yang lebih terancang dan memberikan impak terhadap kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing.

BAHANG PEMILIHAN BARISAN KEPIMPINAN TERTINGGI PBBS







IMBAS KEMBALI…Presiden PBBS Janang Gayuh YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman mengaul sagu di dalam "kelompang besar " sebagai simbol perasmian ketika merasmikan mesyuarat Agung PBBS kali ke 17 tahun 2007

MESYUARAT Agung Tahunan ke-19 Persatuan Bisaya Bersatu Sabah PBBS pada Sabtu ini yang berlangsung di Dewan Masyarakat Pa Musa Beaufort terasa kehangatannya disebabkan pada tahun ini PBBS akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan tertingginya bagi sesi 2010-2013.

Hampir 400 orang perwakilan dari seluruh negeri dijangka akan menghadiri mesyuarat agung yang dijangka majlis perasminnya dilakukan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman .

Setakat ini difahamkan Jawatan Presiden yang kini disandang oleh Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin tidak akan dicabar pada pemilihan kali ini dimana ini telah menzahirkan sokongan padu ahli-ahli PBBS khususnya masyarakat Bisaya terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua yang lebih dikenali dikalangan masyarakat Bisaya sebagai “Janang Gayuh” yang telah Berjaya memimpin PBBS yang tahun ini genap 33 tahun ianya ditubuhkan.

Difahamkan juga Timbalan Presiden juga pada kali ini tidak akan berlaku sebarang pertandingan dan turut kedengaran Wakil Rakyat Kawasan Lumadan Kamarlin Haji Ombi akan mengisi jawatan nombor dua pertubuhan tersebut.

Menarik perhatian ialah bagi jawatan Naib Presiden dimana hanya empat calon akan dipilih oleh para perwakilan bagi mengisi jawatan tersebut dan setakat ini tujuh orang calon telah mengsahkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden. Selain muka lama Haji Asmat Haji Japar dan Tarawih Haji Rukot yang mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan kali ini lima calon lain yang terdiri dari Idris Haji Ali, Mohd.Saidi Manan dan tiga Ahli Majlis Tertinggi sebelum ini Saridah Datuk Mohd.Dun, Haji Ruslan Haji Muharam dan Abd.Ghaffar Haji Mohd.Yasin turut mencuba bagi merebut jawatan Naib Presiden pada kali ini.

Kebanyakan pemerhati berpendapat dari tiga ahli Majlis Tertinggi yang mencuba nasip bagi mengisi kerusi Naib Presiden Saridah yang juga Ketua Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort yang mudah mesra komited dan calon tunggal wanita bagi mengisi jawatan ini mampu bersaing mengisi jawatan yang sebelum ini disandang oleh Hajah Siti Aidah Haji Lokin yang pada pemilihan kali ini tidak mempertahankan jawatannya bagi memberikan tumpuan terhadap pengajiannya di Unversiti.


Tanpa menolak keupayaan calon lain bagi jawatan Naib Presiden Penyandang sebelum ini Haji Asmat dan Tarawih yang banyak mengerakkan program persatuan terutamanya kejayaan penganjuran Adau Janang Gayuh kali ke-6 tahun lepas turut diramal mampu mempertahankan jawatan Nain Presiden disamping kemunculan Haji Roslan yang tetap memberikan cabaran atas kemampuannya melaksanakakan tanggungjawab terutamanya dalam penyertaan PBBS pada perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri setiap tahun di Kota Kinabalu menjadikan rumah Bisaya antara destinasi yang sering dikunjungi oleh orang ramai khususnya pelancung asing.

Bagi jawatan Ahli Majlis Tertinggi sebanyak 30 orang telah menawarkan diri untuk bertanding menduduki jawatan ini dimana dari jumlah tersebut hanya 23 orang sahaja yang akan dipilih pada pemilihan kali ini. Antara penyandang yang dijangka dapat mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi kali ini ini Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sipitang Matbali Haji Musah ,Mohd.Salleh Haji Sabli , Ibrahim Salim dan Ali Hassan Sirin adalah antara calon calon yang dijangka mampu mempertahankan jawatan Ahli majlis tertinggi yang mejoriti ahli dan perwakilan mengakui kesungguhan penyertaan mereka dalam setiap program yang dijalankan oleh PBBS.

Apapun perkiraaannya setiap calon yang menawarkan diri bertanding pada pemiliahan kali ini mepunyai wawasan dan visi mereka sendiri untuk memajukan persatuan sebagaimana seorang calon baru yang menawaran diri bertanding jawatan ahli majlis tertinggiUstaz Said Awang Damit yang lebih dikenali dengan nama samaran Aldias Sabah dalam Halaman Facebook (FB) telah memanafaatkan halaman tersebut untuk menjelaskan visi dan misinya untuk mencuba nasip pada pemilihan kali ini.

Kesimpulannya adat bertanding ada yang menang ada yang perlu akur kepada kekalahan yang lebih penting dalam pertandingan ini semangat kekeluargaan perlu diutamakan sebagai mana amanat Presiden PBBS dalam petutusan buku aturcara Mesyuarat ini turut menekankan akan pentingnya bagi ahli-ahli PBBS khususnya dan masyarakat Bisaya amnya agar terus bersatu sesuai dengan tema perhimpunan tahun ini “ Maju Bersama 1 Malaysia “

Menurut Lajim Perhimpunan ini, bukan sahaja sekadar memenuhi tuntutan perlembagaan malah akan menjadi wadah pertemuan bagi masyarakat Bisaya berkongsi idea demi mempertingkatkan iltizam memikul amanah serta tanggungjawab persatuan untuk meneruskan perjuangan menghadapi cabaran akan datang

Menurut beliau jika masyarakat Bisaya ingin berada di hadapan keluk kemakmuran, maka kita harus berani dan tegas bagi melaksanakan perubahan dan pembaharuan. Pengorbanan pula perlu untuk meningkatkan produktiviti, daya saing serta menguasai ilmu dan kemahiran baru.

Katanya, kemajmukan dan kepelbagaian yang diwarisi dan wujud di negara ini adalah satu nikmat dan satu rahmat yang perlu di pelihara dan pertahankan bersama disamping memanfaatkan nikmat kemakmuran dan kemajuan yang sedia ada ini sebaik mungkin agar bangsa Bisaya tidak akan tercicir dari arus pembangunan perdana nagara

Friday, January 22, 2010

Cabaran UMNO Sabah


Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

SEJARAH politik Sabah menyaksikan sudah empat kali kerajaan negerinya bertukar. Pertama, semasa era Perikatan, disusuli Berjaya, seterusnya Parti Bersatu Sabah (PBS) sebelum diakhiri dan diketuai oleh UMNO sehingga hari ini.

Uniknya, kesemua parti pentadbir Kerajaan Negeri Sabah itu pernah menyertai dan kemudiannya keluar atau tersedia kekal menganggotai Barisan Nasional (BN).

Mengulas senario politik Negeri Di Bawah Bayu ini, apa lagi dalam mengupas 'minat mendalam' parti-parti pembangkang dari Semenanjung yang kebelakangan ini kerap 'bertandang' ke negeri itu, orang lama Sabah, Datuk Lajim Ukin, 55, mahu semua pihak melihat isu itu dari kaca mata rakyat Sabah sendiri.

''Rakyat Sabah boleh menukar pemikiran mereka dalam tempoh 24 jam untuk sokong sesebuah parti. Contohnya USNO kalah pada 1975 pun disebabkan ramai ahli USNO masuk parti Berjaya. Dan Berjaya tewas pada 1985 pun disebabkan ahli Berjaya masuk PBS.

''Itulah uniknya rakyat Sabah, kalau nak tukar baju, dia nekad tukar," kata beliau pada pertemuan dengan Utusan Malaysia di pejabatnya baru-baru ini.

Lajim adalah Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan dalam Kabinet Persekutuan, beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Pada pilihan raya umum 1999, 2004 dan 2008, UMNO di Sabah memenangi 100 peratus kerusi yang diperuntukkan termasuk menyapu bersih kesemua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Yang tewas, cuma rakan-rakan parti komponen.

Bagi Lajim, dalam tempoh empat kali bertukar kerajaan di Sabah itu, penduduk di pedalaman memang mengimpikan kebajikan mereka dijaga seperti jaminan jalan raya dan bekalan air bersih.

''Alhamdulillah, BN telah buktikan walaupun tidak 100 peratus. Sejak BN mengambil alih bermula 1994 hingga kini iaitu selama 16 tahun, lebih 70 peratus kawasan luar bandar di Sabah telah dibangunkan.

''Bakinya, kini cuma 30 peratus tetapi itu bukan bermakna tidak ada langsung kemudahan asas ini, mungkin di satu-satu kawasan itu elektriknya ada tetapi bekalan air belum benar-benar bersih," katanya.

Dalam memperkatakan hal ini, Lajim mengakui meskipun UMNO boleh dianggap baru bertapak di Sabah, namun kemasukannya ke negeri itu tidak mensia-siakan harapan rakyat. Ini dibuktikan dengan melimpahnya program pembangunan yang dibawa termasuk dari aspek perancangan di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman.

Musa memfokuskan pembangunan luar bandar, menghapuskan kemiskinan dan melibatkan rakyat dalam sektor yang boleh membawa potensi terutama pertanian dan pelancongan.

Menyorot pengalamannya semasa menyandang Menteri Pertanian Sabah, kata Lajim, kerajaan negeri ketika itu memperhebatkan pelaksanaan Dasar Pertanian Negeri (DPN) Kedua. Matlamat utamanya adalah untuk mencapai peningkatan sara hidup rakyat iaitu berkaitan pengeluaran beras di Sabah sebanyak 60 peratus. Ini ketara menerusi komitmen kerajaan negeri dan sumbangan Kerajaan Pusat.

''Kerana itu, saya percaya hari ini amat sukar bagi parti-parti pembangkang termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menangani isu pembangunan di Sabah. Begitupun, tidak dinafikan kemungkinan ada kawasan yang majoriti undinya diperoleh BN dalam pilihan raya umum akan datang berkurangan," nada Lajim perlahan.

Dalam isu ini, Lajim menarik perhatian betapa faktor calon pilihan raya menjadi kriteria penting di Sabah, di samping faktor suasana. ''Misalnya kawasan yang diwakili oleh Parti Maju Sabah (SAPP). Persaingannya bukan mudah kerana ada kalangan wakil rakyat dari parti ini berpengaruh di kalangan pengundi Sabah," katanya.

Ditanya isu-isu yang biasanya dimainkan oleh parti-parti pembangkang di Sabah, Lajim diam sejenak, seraya berkata: ''Antaranya berkisar aspek ketelusan Kerajaan Pusat kepada Sabah. Ya, tentang peruntukan dan jawatan-jawatan sektor awam yang diketuai oleh rakyat Semenanjung.

''Kedua, tentang royalti minyak serta isu pendidikan dan pembangunan luar bandar yang belum dibangunkan. Contoh terdekat adalah penyaluran bekalan elektrik kerana setiap hari berlaku terputus bekalan. Kalau kita tidak tangani, sukar untuk BN raih sokongan."

Dan mahu tidak mahu BN sendiri harus mengakuinya yang mana mereka perlu bekerja lebih keras dalam soal menyempurnakan keperluan asas rakyat ini.

''Contohnya di kawasan Parlimen saya (Beaufort), hampir setiap hari berlaku terputus bekalan sekitar satu hingga dua jam.

''Ini pasti menimbulkan kemarahan rakyat. Selain itu, masalah bekalan air, ada kalanya hampir seminggu terputus bekalan. Tetapi alhamdulillah, dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kita peroleh peruntukan sebanyak RM30 juta untuk selesaikan isu ini di daerah kecil Manumbok dalam kawasan Parlimen saya.

"Masalah air sudah selesai tetapi timbul pula masalah seperti jalan raya. Kita sudah merdeka 53 tahun (sehingga 2010), tetapi ada kawasan-kawasan di negeri ini, jalan rayanya masih bertanah merah," ujar Lajim.

Pemimpin berpengalaman Sabah ini mengakui isu pembangunan di negerinya berbeza dengan Semenanjung. Di Semenanjung, pembangunan bukannya satu isu kerana BN terbukti amat berjaya dalam soal ini, katanya.

Sebab itu beliau mahu ahli UMNO dan BN menilai kayu pengukur senario politik di Sabah pada tahun ini dan 2011 dengan memastikan tidak ada perpecahan dalam kepimpinan UMNO Sabah. Kalau ada, pasti ia sukar, kata beliau.

''Punca utama tukar 24 jam itu disebabkan bibit-bibit perpecahan yang timbul dalam kepimpinan parti," katanya.

Pada era USNO diterajui Tun Datu Mustapa, beberapa pemimpin kanannya seperti Datuk Haris Salleh, Tun Fuad Stephen dan Datuk Bernard Dompok keluar parti dan menubuhkan parti baru.

''Apabila berpecah, kuasa penentu di Sabah adalah 10 kerusi Cina. Ke mana undi Cina itu pergi, itulah parti yang menang. Ini disebabkan kerusi bumiputera itu berpecah. Bumiputera dahulunya ada 48 kerusi tetapi kini ada 38 kerusi sahaja dan terbahagi pula kepada dua.

''Justeru, jika 10 kerusi tadi menyokong parti baru, itulah parti yang akan menang. Ini disebabkan antara bumiputera Islam dan bukan Islam, kedudukannya lebih kurang sama. Bumiputera Islam ada 54 peratus, bumiputera bukan Islam pula 46 peratus dan Cina sebanyak 20 peratus," kata Lajim.

Lajim mengakui meskipun cabaran UMNO di Sabah agak getir, namun beliau bersyukur kerana isu perkauman 'tidak kuat' di Sabah. Ini disebabkan kesungguhan ikhlas UMNO memberi peluang kepada bumiputera bukan Islam di Sabah.

''Kita berkongsi kuasa di mana UMNO tidak monopoli. Walaupun kita ada majoriti 30 kerusi tetapi kita beri peluang kepada kaum Kadazan dan Cina miliki kerusi," kata beliau.

Terdapat 31 suku kaum di Sabah termasuk Lajim dari etnik Bisaya yang merupakan kumpulan bumiputera keempat terbesar. Namun, etnik Bisaya masih memiliki satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN. Begitu juga dengan suku Murut yang diperuntukkan jumlah kerusi yang sama, di samping suku Bugis juga diberikan kerusi. Semua suku ada tempat dalam UMNO.

Atas sebab itu, Lajim mengingatkan jangan ada perpecahan dalam kepimpinan UMNO Sabah. Kata beliau: ''Kalau ada, pasti ia sukar sebab sekarang kita ada parti Cina seperti SAPP. Saya tahu sejarah Datuk Yong Teck Lee (Presiden SAPP).

''Orang Melayu suka beliau. Hanya dia sahaja satu-satunya Ketua Menteri yang membina 500 buah rumah untuk orang Melayu di kawasan Melayu dan ia diberikan secara percuma. Kawasan Likas, tempatnya didiami 60 peratus orang Melayu."

Mengulas minat mendalam dan kekerapan pemimpin parti-parti pembangkang 'bertandang di Sabah, Lajim ada jawapannya.

''Mereka di Sabah tidak berkesan kerana tidak ada kepimpinan. Seperti sekarang, PKR lantik Tamrin Ghafar untuk mengetuai cabaran mereka, nampaknya dia tidak ada pengaruh. Bertanding beberapa kali tetapi tidak menang. Cuma jika mereka ada kepimpinan PKR dari anak Sabah dan dia kemudian agresif, maka itu kita jangan pandang mudah.

Lajim menolak tanggapan bahawa kononnya UMNO Sabah 'besar kepala' menuntut macam-macam daripada Kerajaan Pusat berikutan sumbangan negeri membantu BN mengekalkan mandat pada pilihan raya umum lepas.

''Secara kebetulan memang kita berhak. Kepentingan Sabah jangan tidak difikirkan. Apa yang penting kita (di Sabah) tidak mengambil kesempatan," kata beliau.

PROGRAM LOCAL AGENDA 21 MENJADI PEMANGKIN PEMBANGUNAN DI SETIAP PBT






LANCAR…Lajim diiringi oleh Adenan,Ramun dan Azmi ketika memotong riben sebagai simbol pelancaran Local Agenda 21 bagi kawasan DUN N4 Tanjung Datu Lundu Sarawak

LUNDU KUCHING: Program Local Agenda 21 yang dilaksanakan di setiap kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diharapkan akan menjadi wadah pemangkin untuk menjana kemajuan disetiap kawasan PBT di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,
Local Agenda 21 atau LA 21 ialah program untuk membentuk perkongsian antara pihak berkuasa tempatan, masyarakat dan agensi swasta untuk merancang, mencapai kata sepakat dan selepas itu bersama-sama bertindak terhadap isu-isu pembangunan mampan yang mempengaruhi kehidupan mereka

“ Kita mengharapkan setiap jawatankuasa Local Agenda yang terdiri dari pemimpin masyarakat tempatan termasuk pegawai-pegawai kerajaan dapat merancang dan melaksanakan program pembangunan yang memberikan manafaat kepada semua masyarakat di kawasan PBT masing-masing” katanya ketika berucap melancarkan Program Local Agenda bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Lundu Sarawak dekat sini baru-baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Wakil Rakyat Kawasan N.3 Lundu Dato Sri Hj. Adenan Bin Hj. Satem,Wakil Rakyat N 1 Opar Ramun ak. Mina, dan Pegawai Daerah Lundu Azmi Haji Bujang.
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort Melalui Local Agenda 21, masyarakat tempatan boleh melibatkan diri untuk mengenalpasti dan mengkaji isu-isu pembangunan mampan, membentuk pelan tindakan untuk menangani isu-isu tersebut dan melaksanakan pelan tindakan
“Pendekatan asas program ini ialah pendekatan "bottom-up", atau dari akar umbi ke atas iaitu penduduk-penduduk tempatan sendiri akan terlibat dalam menentukan pelan tindakan bagi kawasan masing-masing” katanya
Sehubungan dengan itu Ahli Majlis Tertinggi Umno ini berharap jawatankuasa yang dibentuk melalui Program Local Agenda 21 di setiap kawasan PBT ini mampu memainkan peranan aktifnya bagi membantu usaha-usaha kerajaan untuk menyalurkan pembangunan yang lebih terancang dan memberikan impak terhadap kesejahteraan rakyat di kawasan masing-masing.

Wednesday, January 20, 2010

Kempen 'Satu Hari Tanpa Beg Plastik'







Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin ketika memotong riben sebagai simbol pelancaran kempen tersebut

KUCHING : Kerajaan tidak akan mengharamkan penggunaan beg plastik sebagai langkah untuk mengelakkan pencemaran alam sekitar tetapi akan melaksanakan kempen yang diharap dapat mengurangkan penggunaan bahan itu, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin.
Beliau berkata. kerajaan akan menggalakkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan peniaga di seluruh negara untuk menganjurkan kempen 'Satu Hari Tanpa Beg Plastik' pada tahun ini.
"Di Semenanjung, Pulau Pinang sudah melaksanakan kempen tersebut manakala di Sarawak ia dilaksanakan di Miri dan Sibu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program kempen alam sekitar peringkat negeri Sarawak di sini hari ini.
Lajim berkata, jika kempen tersebut dilaksanakan secara meluas, penggunaan beg plastik yang tidak dapat dikitar semula dapat dikurangkan dan diganti dengan penggunaan beg yang boleh dikitar semula.
"Beg plastik sukar dilupus dan boleh mencemar alam sekitar dalam tempoh panjang, tetapi tak perlu kita kuat kuasa untuk mewajibkan kempen tersebut dilaksanakan, cukuplah di peringkat ini kita menggalakkan penganjuran kempen tersebut," katanya.
Terdahulu dalam ucapan perasmian, Lajim berkata, pertambahan bahan buangan khususnya sisa pepejal setiap tahun menyebabkan keperluan mendesak untuk program kitar semula dijalankan secara intensif.
Beliau berkata, kerajaan pada masa yang sama dapat menjimatkan kos pelupusan serta membuka kawasan baru untuk melupus bahan buangan.
"Wang untuk melupus sisa pepejal dan membuka kawasan baru untuk melupus bahan buangan dapat dijimatkan dan boleh disalurkan untuk program pembangunan lain seperti jalan raya sekiranya rakyat di negara ini mengamalkan program kitar semula," katanya.
Beliau berkata, pada 2002 sebanyak 17,000 tan sisa pepejal dibuang setiap hari dan pada tahun lepas ia bertambah kepada 19,000 tan setiap hari.
Beliau berkata, menjelang 2020 jumlah tersebut akan mencecah 30,000 tan sisa pepejal sehari dan ini perlu dikurang demi kepentingan alam sekitar.

Tuesday, January 19, 2010

37 JUTA DIPERUNTUKAN UNTUK BANTU PBT DI SARAWAK LAJIM





Kelihatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin ketika menyerahkan mok cek bantuan kepada salah seorang penerima di majlis tersebut

KUCHING: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia memperuntukan sejumlah 37 juta di bawah program BP.1 pada tahun ini kepada 26 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi membantu PBT yang terlibat untuk memeruskan momentum pembangunan yang telah di rancang

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, peruntukan tersebut disalurkan melalui Geran Peruntukan Tahunan kementerian berkenaan kepada seluruh (PBT) di Sarawak dimana ianya pertama kali disalurkan kepada pihak PBT di negeri ini.

“ Kita berharap melalui geran peruntukan ini ,setiap PBT di negeri ini dapat membuat Perancangan yang teliti dan memberikan keutamaan kepada projek projek yang member manfaat kepada rakyat” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Geran Tahunan (PBT) di Four Pointis By Sheraton dekat sini malam kemarin.

Hadir sama Menteri Kewangan II Sarawak yang juga Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Dato Sri Wong Koh,Menteri Muda Alam Sekitar Datuk Peter Nansin Ak. Ngusie ,Menteri Muda Majlis Daerah Luar Bandar John Sikie Ak.Tayai. dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Arpah Abdul Razak.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) Sarawak telah diperuntukan sebanyak RM120.4 juta merangkumi 781 projek di bawah Program BP1 dan sehingga 25 Dsiember tahun lepas perstasi perbelanjaan yang digunakan sebanyak 74 %

Lajim menambah bagi Pakej Ransangan Ekonomi Ke-2 (PRE-2) yang disalurkan kepada PBT di negeri ini tahun lepas sebanyak RM34,937,869.10 juta telah diperuntukan kepada Sarawak yang melibatkan sebanyak 272 projek .

“ Saya dimaklumkan peruntukan tersebut telah pun digunakan sepenuhnya bagi melaksanakan beberapa buah projek pembangunan dimana masyarakat setempat telah dapat menikmati infrastruktur dan kemudahan awam yang lebih berkualiti dan selesa” katanya.

Dalam perkembangan lain Lajim juga berharap semua PBT di negeri in dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan cekap,cepat dan efektif selaras dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak yang menitik beratkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dimana ianya menjadi piawaian kepada pencapaian anggota pentadbiran dan pejawat awam untuk menilai dan mengukur sasaran yang ditetapkan oleh sesuatu organisasi,kementerian atau jabatan berkenaan

“ Saya berharap mutu perkhidmatan PBT sentiasa dipantau dan ditambahbaik dengan mengambil kira masalah rakyat yang perlu didengar dan diberikan perhatian serta tindakan sewajarnya” tambah Lajim

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA MENTERI SARAWAK







Kelihatan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berbincang dengan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud pada perjumpaan tersebut

KUNJUNGAN HORMAT….Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke Sarawak selama 5 hari turut melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Pejabat Ketua Menteri Wisma Pelita dekat sini mengiringi Lajim semasa kunjungan tersebut Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datuk Arpah Abdul Razak. Semasa kunjungan tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut memaklumkan beberapa program kementerian antaranya penyampaian Geran Tahunan kepada seluruh PBT di negeri Sarawak yang melibatkan peruntukan sebanyak 28,298,991.63 kepada 26 buah PBT di Sarawak dimana pemberian geran tersebut merupakan pertama kali disalurkan oleh kerajaan Persekutuan ke Negeri Sarawak dan juga Sabah.

Semasa kunjungan tersebut Lajim juga turut memaklumkan beberapa program lain turut diadakan antaranya termasuklah program Local Agenda 21 yang diadakan di Kawasan yang diwakili oleh Abdul Taib Mukah/Dalit, Program Penyempurnaan Projek ouse Build di kampong Pulo Hulu dan juga sesi taklimat di Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Mukah

Tuesday, January 12, 2010

PROGRAM "JUARA RAKYAT" DIBUKIT SENTOSA HULU SELANGOR






SEMANGAT 1 MALAYSIA..Kelihatan Lajim bersama Ketua Menteri Melaka Datuk Wira Ali Rustam bersama pemimpin Umno yang lain memerlihatkan isyarat 1 Malaysia pada majlis tersebut


HADIR MEMBERIKAN SOKONGAN...Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin walaupun mempunyai jadual tugas yang agak ketat di Sabah tidak melepaskan peuang untuk menghadiri Program "Juara Rakyat" yang diadakan di Bukit Sentosa Hulu Selangor baru baru ini. Program yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Bin Tun Abdul Razak itu turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ,Menteri-Menteri,Timbalan Menteri termasuklah pemimpin pemimpin kanan parti Barisan Nasional.

Mengulas Program tersebut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, ianya merupakan pendekatan terbaik kerajaan dalam merealisasikan slogan 1 Malaysia " Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" bukan sekadar retorik semata-mata namun merupakan realiti dalam menentukan kepentingan serta kesejahteraan rakyat sentiasa diberikan keutamaan.

Katanya, Program Juara Rakyat merupakan wadah terbaik bagi pemimpin dan rakyat berdamping rapat yang bukan sahaja menjadi medan untuk pemimpin dan kerajaan menyalami masalah rakyat namun ianya mampu dijadikan flatfrom untuk merapatkan hubungan antara pemimpin dan rakyat tanpa mengira kaum,bangsa dan agama

Monday, January 11, 2010

YB DATUK SERI PANGLIMA HAJI LAJIM HAJI UKIN KETUAI (PBTM) SABAH LAKUKAN KUNJUNGAN HORMAT KEATAS YAB KETUA MENTERI SABAH




KUNJUNGAN HORMAT....
UNTUK KENANGAN...Musa,Lajim ,Sanon bersama ahli jawatankuasa (PBTM) Bahagian Sabah merakamkan gambar kenangan diakhir perjumpaan tersebut


Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) bahagian Negeri Sabah yang diketuai oleh Penasihatnya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Yang Dipertua (PBTM) Bahagian Negeri Sabah Abd.Sanon Haji Sapari bersama barisan ahli jawatankuasa tertinggi persatuan tersebut petang kemarin telah melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman di Jabatan Ketua Menteri Wisma Inoperisse Teluk Likas.

Kunjungan tersebut memperkenalkan barisan ahli jawatankuasa tertinggi baru (PBTM) yang diketua oleh Yang Dipertuanya Abd.Sanon yang dipilih pada pemilhan jawatankuasa baru (PBTM) negeri Sabah baru baru baru ini. Pada perjumpaan tersebut Musa yang juga Menteri Kewangan turut diberikan penjelasan tentang perancangan serta program yang telah sedang dan akan dilaksanakan oleh persatuan tersebut khususnya untuk membantu ahli-ahlinya di seluruh negeri Sabah.

Musa dalam ucapan ringkasnya mengalu-alukan kunjungan tersebut berharap (PBTM) dapat memainkan peranan aktif dalam menjelaskan dasar serta program program kerajaan kepada rakyat khususnya kepada ahli-ahli persatuan tersebut. Beliau juga turut berharap agar persatuan tersebut dapat memainkan peranan dalam melaksanakan Gagasan 1 Malaysia bagi melahirkan masyarakat yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai positif agar perpaduan,keamanan serta kemajuan dapat terus dijana bagi menentukan program pembangunan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan dapat dicapai

Sunday, January 10, 2010

SEKITAR MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN KOMPLEKS IBU PEJABAT JBDP SABAH






Pada 8 Januari 2010 baru baru ini,Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Dato Seri Kong Cho Ha telah merasmikan Kompleks Ibu Pejabata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah di Jalan Kelombong Kota Kinabalu.Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalannya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Ghulam Haidar Khan.

Saturday, January 9, 2010

PBT Sabah dapat geran bantuan




KOTA KINABALU 9 Jan. - Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan menerima bantuan antara RM500,000 hingga RM4.5 juta di bawah program pemberian geran tahunan Kerajaan Persekutuan bermula tahun ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jumlah yang diberikan itu setelah mengambil kira jumlah penduduk, perbelanjaan mengurus, keunikan dan taraf sesebuah PBT berkenaan.

''Formula ini sudah digunakan sejak 2006 lagi. Harapan kita bantuan ini akan membolehkan PBT bertindak pantas terhadap setiap masalah yang dihadapi penduduk," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian geran tahunan PBT Sabah di sini malam tadi.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Lajim Ukin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Mohd. Noor.

Pemberian geran tahunan di bawah Akta Pemberian Kepada Negeri (Penyelenggaraan Pihak Berkuasa Tempatan) 1981, sebelum ini hanya terhad untuk PBT di Semenanjung tetapi diperluaskan kepada PBT Sabah dan Sarawak mulai tahun ini.

Cho Ha berkata, sebanyak RM34.56 juta diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk mengagihkan bantuan berkenaan kepada PBT di negeri ini.

Katanya, kerajaan negeri perlu mengadakan perjumpaan yang lebih kerap dengan PBT bagi memantau dan menambah baik operasi sesebuah PBT berkenaan.

"Pegawai dan kakitangan PBT perlu diterapkan dengan sikap mahu menyegerakan tugas dan mengubah pendekatan perkhidmatan melangkaui kebiasaan," katanya.

Sementara itu, Cho Ha berkata, sehingga 25 Disember tahun lalu, sebanyak 85 peratus atau RM36.5 juta daripada peruntukan RM42.8 juta telah dibelanjakan PBT Sabah bagi melaksanakan projek-projek kecil PBT di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Beliau menambah, PBT Sabah turut cemerlang apabila berjaya melaksana dan menyiapkan semua projek di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua membabitkan 432 projek bernilai RM35.7 juta.

34.56 Juta Diperuntukan kepada PBT Di Seluruh Sabah






Tahniah..Lajim diiringi oleh John dan Edmond ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kaki tangan Majlis Daerah Kuala Penyu sempena majlis tersebut

KOTA KINABALU : Kerajaan Melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukan sebanyak RM 34.56 juta ringgit kepada 22 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi meningkatkan pembangunan dan prasarana

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, peruntukkan itu digunakan untuk merancang, merangka serta melaksanakan suasana pembangunan PBT teratur dan bersismetik.


Katanya, dalam RMK-9 sejumlah 42.8-juta ringgit diperuntukkan bagi melaksanakan 310 projek kecil di bawah kendalian PBT di negeri ini.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Seribu Kenangan sempena Anugerah Pekan Terbersih Seluruh Sabah Tahun 2009 Majlis Daerah Kuala Penyu, di Grand Ballroom 1 Borneo malam tadi

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai daerah yang juga Pengerusi Majlis Daerah Kuala Penyu Edmond Teo ,Timbalan Setausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Rayman Loudrize dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd.Fazlee Lee Abdullah

Lajim menambah , di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua sejumlah 35.7-juta ringgit melibatkan 432 projek dilaksanakan di negeri ini.


Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, bagi tahun ini kementerian beliau telah memperuntukkan sebanyak RM 33 juta di bawah Projek BP.1 di negeri ini dimana dari jumlah tersebut daerah Kuala Penyu Kementeriannya menyalurkan 1.5-juta ringgit untuk melaksanakan projek kecil di kawasan daerah tersebut

Dalam perkembangan lain Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berkata, pengiktirafan sebagai 'Pekan Terbersih' oleh Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar negeri membuktikan pengurusan Majlis Daerah Kuala Penyu komited bekerja dalam satu pasukan.


Beliau menambah, karenah mengurangkan birokrasi, menyegerakan penyelesaian aduan awam serta menubuhkan sistem pemantauan bagi memastikan misi dan visi dapat dijayakan di masa depan