Saturday, January 9, 2010

34.56 Juta Diperuntukan kepada PBT Di Seluruh Sabah






Tahniah..Lajim diiringi oleh John dan Edmond ketika menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang kaki tangan Majlis Daerah Kuala Penyu sempena majlis tersebut

KOTA KINABALU : Kerajaan Melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memperuntukan sebanyak RM 34.56 juta ringgit kepada 22 buah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi meningkatkan pembangunan dan prasarana

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Malaysia, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, peruntukkan itu digunakan untuk merancang, merangka serta melaksanakan suasana pembangunan PBT teratur dan bersismetik.


Katanya, dalam RMK-9 sejumlah 42.8-juta ringgit diperuntukkan bagi melaksanakan 310 projek kecil di bawah kendalian PBT di negeri ini.


Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Malam Seribu Kenangan sempena Anugerah Pekan Terbersih Seluruh Sabah Tahun 2009 Majlis Daerah Kuala Penyu, di Grand Ballroom 1 Borneo malam tadi

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Pegawai daerah yang juga Pengerusi Majlis Daerah Kuala Penyu Edmond Teo ,Timbalan Setausaha Tetap Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Rayman Loudrize dan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd.Fazlee Lee Abdullah

Lajim menambah , di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua sejumlah 35.7-juta ringgit melibatkan 432 projek dilaksanakan di negeri ini.


Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, bagi tahun ini kementerian beliau telah memperuntukkan sebanyak RM 33 juta di bawah Projek BP.1 di negeri ini dimana dari jumlah tersebut daerah Kuala Penyu Kementeriannya menyalurkan 1.5-juta ringgit untuk melaksanakan projek kecil di kawasan daerah tersebut

Dalam perkembangan lain Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga berkata, pengiktirafan sebagai 'Pekan Terbersih' oleh Kementerian Kebudayaan, Pelancongan dan Alam Sekitar negeri membuktikan pengurusan Majlis Daerah Kuala Penyu komited bekerja dalam satu pasukan.


Beliau menambah, karenah mengurangkan birokrasi, menyegerakan penyelesaian aduan awam serta menubuhkan sistem pemantauan bagi memastikan misi dan visi dapat dijayakan di masa depan

No comments:

Post a Comment