Sunday, January 3, 2010
PERCEPATKAN RAYUAN JANGAN ROBEK SENSITIVITI UMAT ISLAM
KOTA KINABALU: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) meminta pihak yang berkenaan agar mempercepatkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Presidennnya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menggunakan saluran perundangan yang ada untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu yang disifatkan merobek sensitiviti umat Islam.
" Perkara ini perlu ditangani secara bijaksana dan berhemah agar ianya tidak menyentuh sensitivity masyarakat Islam di Negara ini " katanya
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (PBBS) di sini petang kemarin dan diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam perlembagaan.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) rayuan perlu dilakukan kerana keputusan tersebut tidak bertepatan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam di tempat yang istimewa di antara agama-agama lain di negara ini.
Lajim menambah bagi memastikan negara kekal aman katanya, setiap orang di negara ini perlu saling mengambil kira soal sensitiviti agama dan kaum
Terdahulu ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut Lajim berkata persatuan tersebut akan mengadakan mesyuarat agungnya ke 19 yang dijadualkan akan diadakan pada 31 Jan depan bertempat di Dewan masyarakat Pa Musa Beaufort
Menurut beliau Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman dijangka akan merasmikan mesyuarat agung kali ini.
" Mesyuarat Agung tahun ini dianggap sebagai mesyuarat agung penting dimana semua perwakilan (PBBS) dari seluruh daaerah ini di negeri ini akan memilih ahli jawatankuasa baru untuk menerajui kepimpinan (PBBS)" katanya.
Dalam perkembangan yang sama Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut mengingatkan ahli-ahli persatuan tersebut terutamanya perwakilan yang akan menghadiri mesyuarat agung kali ini agar lebih mengutamakan konsep perpaduan dalam persatuan.
Katanya perpaduan merupakan eleman yang cukup penting bagi persatuan tersebut untuk terus maju ke hadapan dalam mendokong segala dasar dan pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan agar masyarakat Bisaya tidak akan terpinggir dari arus kemajuan perdana Negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment