Thursday, May 28, 2009

Anjurkan lebih banyak program dekati rakyat











































TURUN PADANG...Lajim bersalaman dengan penduduk kampung yang hadir ke majlis dialog bersama rakyat di kampung Menunggang baru baru
KUALA PENYU: Jabatan dan agensi kerajaan disaran supaya menganjurkan lebih banyak program mendekati rakyat untuk mengenal pasti masalah yang mereka hadapi

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia Datuk Seri Panglima Haji Lajim haji Ukin berkata, program seperti ini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara pemimpin dan pegawai pegawai kerajaan namun ianya menjadi wadah untuk mendekati rakyat di peringkat akar umbi bagi menjelaskan dasar dan program yang telah dan akan dilaksanakan oleh kerajaan

"Sebagai pelanggan kepada sesebuah jabatan kerajaan, rakyat mengharapkan satu sistem penyampaian yang berkesan bagi memudahkan penduduk mendapat maklumat sebenar," katanya ketika berucap di majlis Dialog Bersama Rakyat di Kampung Menunggang dekat sini baru baru ini,

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo, Naib Ketua Umno Bahagian Beaufort Datuk Kimjus Duim serta pegawai pegawai kerajaan dari daerah Kuala Penyu

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, program seperti itu dapat merapatkan hubungan yang baik di antara kedua-dua belah pihak sekali gus memudahkan segala program yang rancang bagi faedah bersama selaras dengan saranan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Abd.Razak “Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”

"Usaha memperbaiki dan mempertingkatkan sistem penyampaian kerajaan perlu dilakukan bukan sahaja melalui piagam pelanggan yang dipaparkan di pejabat-pejabat sahaja.

"Namun juga boleh dilakukan di luar pejabat dengan mengadakan program bersama rakyat di kawasan luar bandar khususnya, bagi memberikan peluang kepada rakyat memahami fungsi dan peranan jabatan serta agensi kerajaan yang terbabit " katanya.

Tambah Lajim pihaknya khususnya Pusat Khidmat Parlimen Beaufort mengalu-alukan program yang dijalankan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Menunggang kerana tidak melupakan tanggungjawab sosialnya kepada golongan masyarakat di kampong tersebut

" Justeru katanya, pendekatan seperti ini juga dapat membantu mengatasi masalah miskin dan miskin tegar yang sedang dijalankan oleh kerajaan menjelang tahun 2010.

Katanya, masalah miskin dan miskin tegar merupakan tanggungjawab semua pihak mengikut peranan dan fungsi masing-masing seperti bidang ekonomi, pendidikan, kemahiran, kesihatan dan sebagainya. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

MAJLIS DIALOG DEKATKAN RAKYAT DAN PEMIMPIN















































Gambar Atas antara penduduk kampung Melampai yang Hadir dalam Sesi Dialog Bersama Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji dikampung tersebut

Gambar kedua Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan rakyat setempat sejurus tiba ke majlis tersebut

Gambar ketiga Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menjawap beberapa isu semasa majlis Dilog Bersama Rakyat di Kampunf Seliko Temporong Baru baru ini

Gambar Kempat Pegawai Daerah Kuala Penyu Encik Edmond Teo dan Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Encik Sadih Haji Nasah begitu khyusuk mendengar masalah yang dibangkitkan oleh penduduk setempat pada sesi dailog yang diadakan di kampung Seliko Temporong Kuala Penyu baru baru ini
.



Sesetengah pihak melihat majlis Dilog bersama rakyat dari persepsi yang berbeza
dimana ia sebagai medan bagi rakyat memghentam atau mengkritik pemimpin dan pegawai kerajaan terutamanya dalam memenuhi kehendak dan masalah yang dihadapai oleh masyarakat setempat. Ada kebenarannya dimana rakyat akan menggunakan majlis ini mengkritik secara langsung tentang rasa ketidakpuasaan mereka terhadap perkhidmatan sesuatu jabatan atau agensi kerajaan yang pada tanggapan mereka lewat mengambil tindakan terhadap isu atau masalah yang mereka hadapi walhal dalam beberapa hal ianya tidaklah mencerminkan keadaan yang sebenaranya dimana terdapat beberapa isu atau kes yang perlu diselasaikan mengikut prosiduer atau peraturan yang telah ditetapkan.Mungkin disebabkan faktor ini juga menyebabkan ada beberapa kes ada di kalangan ketua jabatan dan agensi kerajaan tidak hadir atau menghantar wakil untuk menghadiri satu satu majlis dialog yang diadakan . Jika majlis dialog ini diadakan dalam suasana penuh semangat setiakawan dan harmoni ,memahami fungsi serta peranan masing-masing sudah tentu ianya akan dapat mencapai resolusi sebagaimana yang diharapkan walaupun terdapat beberapa kes atau isu memakan masa untuk diselasai atau diatasi.

Bagi Ahli Parlimen Beaufort yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ,beliau melihat majlis Dilog Bersama Rakyat ini merupakan antara alternatif terbaik mendekatkan pemimpin dan rakyat di peringkat akar umbi bukan sahaja mendengar dan melihat isu yang dibangkitkan ,yang melibatkan kepentingan penduduk kampung terlibat dari aspek keperluan pembangunan,pendidikan,agama sosial dan lain-lain dimana masalah yang dibangkitkan dapat disampaikan secara langsung kepada pemimpin dan jabatan jabatan atau agensi kerajaan yang terlibat untuk diambil perhatian dan tindakan mengikut keutamaan. Disamping itu beliau berkata Majlis Dailog Bersama rakyat merupakan eleman penting bagi menjayakan gagasan kepimpinan negara terutamanya Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak yang melaksanakan satu transformasi besar buat negara dengan semangat: Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan”.

Sehubungan dengan itu katanya, pemimpin termasuk penjawat awam diminta mengamalkan konsep turun padang bagi memantau ,melihat serta merasai denyut nadi hati rakyat yang sering mengharapkan pembelaan yang adil dan saksama tanpa meminggirkan mana-mana pihak atau kaum .

"Turun padang" bagi ahli politik ataupun wakil rakyat yang benar-benar ikhlas untuk membangun dan menaiktaraf kehidupan penduduk kawasan yang beliau wakili, bermaksud meninjau dari masa ke masa permasalahan rakyat di situ dan berusaha sedaya upaya membawa setiap masalah yang dibangkitkan dibawa ke pengetahuan pihak kementerian atau pun dibincang di dalam Parlimen.

Program 'turun padang' seperti yang sering dilakukan oleh Perdana Menteri haruslah menjadi amalan setiap pemimpin masyarakat dalam melaksanakan tugas-tugas mereka." kata Lajim semasa ditemui selepas menghadiri dua majlis dialog Bersama rakyat di kampung Melampai dan Temporong baru-baru ini

Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Pemimpin masyarakat peringkat kampung contohnya, perlu sentiasa mendampingi rakyat dengan menyediakan strategi tertentu untuk lebih peka dengan keperluan dan masalah mereka.

Mereka harus bertindak dengan lebih proaktif dengan mengambil kira segala keperluan dan masalah rakyat itu sebagai komitmen dan akauntabiliti kita sama ada dalam parti atau kerajaan

APA KATA ISTERI TIMBALAN MENTERI TENTANG KEWUJUDAN MP BEAUFORT BLOGSPOT













Datin Seri Hajah Normilah Siong


Sms dari Isteri Timbalan Menteri Perumahahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datin Seri Hajah Normilah Siong tentang kewujudan Parlimen Beaufort Blogspot
Tahniah,

Siap sedia di layari..ini baru engin turbo bukan keretapi Tenom...

Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tersebut di atas menjelaskan akan keperluan betapa kita perlu bergerak pentas seiring dengan kepesatan kemajuan dunia teknologi maklumat dunia tanpa sempadan (ICT) .Begitulah dalam kita memperolehi maklumat kita perlu peka dengan keperluan dan perkembangan semasa dimana kewujudan Parlimen Beaufort Blogspot yang boleh dilayari melalui http://mpbeaufort.blogspot.com sedia memberikan paparan terkini,pentas dan efektif mengenai perkembangan isu isu semasa termasuklah program program yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dari masa ke semasa.

Kepada pelayar bloger dan rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort penyalaras Parlimen Beaufort Blogspot setiap masa dan ketika bersedia menerima kunjungan anda dan bersedia menerima sebarang komen,ulasan dan cadangan untuk mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian dan maklumat di bolgger ini. Marilah kita sama sama manafaatkan kemajuan (ICT) untuk kebaikan dan kemajuan bersama

Selamat melayari dan salam hormat dari kami

Penyelaras MPBEAUFORT.BLOGSPOT.COM

Wednesday, May 27, 2009

PENDIDIKAN ELEMAN BERKESAN JAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA LAJIM














MAKNA PERPADUAN..Lajim bersalaman dengan kanak-kanak yang berpakaian tradisional yang menyembut kedatangan beliau dan rombongan ke majlis tersebut

BEAUFORT: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pendidikan merupakan eleman terbaik dan berkesan bagi menjayakan gagasan 1 Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu .

Katanya, keupayaan membina Negara Bangsa amat bergantung kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangat patriotisme yang dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya .kalangan generasi muda yang perlu dipupuk dan dibudayakan sejak dibangku sekolah lagi.

“ jika nilai nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang,saya yakin dan percaya perpaduan dikalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan “ katanya ketika berucap merasmikan sambutan Perayaan pesta Kaamatan *eringkat Zon Jempangah dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort perpaduan merupakan aspek penting dalam proses pembangunan Negara, oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang termasuklah peranan yang dimainkan oleh golongan pendidik.

“Saya menaruh keyakinan golongan pendidikan dapat memainkan peranan penting untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia, dimana selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, mereka juga turut berada dibarisan hadapan untuk menyemai dan mempupuk perpaduan dan semangat patrotisme terutamanya dikalangan pelajar “ katanya

Lajim menambah bagi melestarikan gagasan 1 Malaysia di peringkat sekolah pelbagai program pendidikan yang berkaitan dengan bahasa,kesusteraan patrotik. seni ,warisan dan budaya perlu disemarakkan di kalangan pelajar sekolah dimana ianya dapat memperkukuh perpaduan bangsa,membina identiti nasional disamping memperteguh semangat kebangsaan di kalangan pelajar

“ Tugas membina Negara bangsa melalui pendidikan tidak akan selasai, sebaliknya ia akan berhadapan dengan cabaran yang lebih kompleks seiring dengan kemajuan semasa ,kerana itu bagi membantu kerajaan menjayakan gagasan 1 Malaysia kaum guru perlu mempertingkatkan ilmu serta kemahiran agar meraka dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan lebih berkesan” katanya Oleh: JAAFAR ABD.WAHID

Pengarah Syarikat Jualan Langsung Didakwa Jalankan Perniagaan Tanpa Lesen

KOTA KINABALU, 27 Mei (Bernama) -- Dua pengarah sebuah syarikat perniagaan jualan langsung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.

Dua pengarah Syarikat Gemilang Mirza Sdn Bhd itu, Ag Ajis Pg Mat Salleh, 30, dan Ag Binting Pg Mat Salleh @ Pg Jual, 46, yang diwakili peguam Ram Singh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Syarikat itu didakwa menerima deposit daripada orang awam antara 15 April tahun lepas dan 13 Jan tahun ini di Lot 14, Blok C, Papar Century Plaza, Papar, kira-kira 50km dari sini, tanpa lesen yang sah.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 6 (4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (Akta 372) yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10 juta atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya.

Hakim Ummu Kalthom Abdul Samad menetapkan 19 hingga 21 Jan tahun depan untuk perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hazri Haris berkata pihak pendakwaan akan memanggil 25 saksi dalam kes itu.

Sementara itu, dua pengarah syarikat itu turut dihadapkan ke satu lagi Mahkamah Sesyen di sini bagi pertuduhan menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah di tempat dan pada masa yang sama.

Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu.

Hakim Ismail Brahim membenarkan kedua-dua kes itu dibicarakan bersama.

Beliau juga membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM100, 000 dengan dua penjamin dan mengarahkan pasport antarabangsa masing-masing diserahkan kepada mahkamah.

Tuesday, May 26, 2009

DEKAT DIHATI RAKYAT





PRIHATIN ..Lajim yang diiringi oleh Abdul Rahim,Awang Damit dan Rodjet semasa melawat Anih yang uzur di kampung Temporong Kuala Penyu


PEMIMPIN PRIHATIN.
...Kesibukan jadual kerja yang telah ditetapkan tidak menghalang
bagi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin menjenguk seorang warga Emas Anih Bauk 72 tahun yang terlantar sakit di kampung Temporong Baru-Baru ini. Beliau yang secara kebetulan menghadiri majlis resmi dialog bersama rakyat di kampung tersebut sebaik sahaja selasai acara turut meluangkan masa hampir sejam menjenguk keadaan Anih di kediamannya di kampung Temporong .Beliau yang diiringi oleh Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub dan dua orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Awang Damit Jion dan Rodejet Haji Gador semasa lawatan tersebut turut mendoakan Anih cepat sembuh dan bersabar menerima dugaan Allah SWT juga turut menyampaikan sumbangan peribadi beliau kepada keluarga Anih .

Monday, May 25, 2009

WUJUDKAN PASUKAN MANTAP KUKUHKAN PERJUANGAN UMNO LAJIM















BEAUFORT : Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mengingatkan semua ahli dan pemimpin peringkat akar umbi berganding bahu mewujudkan satu pasukan mantap bagi memikul amanah bagi mengekalkan ke yakinan serta sokongan masyarakat ter hadap perjuangan parti itu.
Beliau berkata, selepas pilihan raya umum lalu adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab semua pihak mempertahankan kejayaan disamping terus menambat keyakinan serta sokongan masyarakat terhadap perjuangan UM NO.
“Perjuangan Umno perlu berteraskan kepada konsep berkerja dalam satu pasukan barulah denyut nadi rakyat dapat kita kongsi bersama untuk terus memperjuangan harapan yang mereka sandarkan kepada parti ,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika beru cap pada majlis Perasmian Serentak mesyuarat cawangan-cawangan Umno bahagian Beaufort bagi kawasan DUN Klias di dewan masyarakat Pa Musa dekat sini baru baru ini .
Hadir sama Timbalan Ketua Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiausaha Bahagian Jusih Haji Sarin,Bendahari Bahagian Mohd.Zahari Zinin dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun
Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort menambah, selaku ahli dan pe mimpin yang dipilih, mereka mempu nyai tanggungjawab besar memulihkan kepercayaan dan kekuatan UMNO dan yakin di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, parti itu akan kembali pulih dan men dapat sokongan padu rakyat.
‘‘Kita harus ingat bahawa kemakmuran dan kemajuan yang kita kecapi hari ini semuanya adalah hasil perjuangan UM NO kerana parti ini adalah pelopor ke merdekaan negara,” katanya.
Justeru, beliau mengingatkan semua pihak supaya jangan sesekali cuba memper judikan nasib bangsa sendiri hanya ke rana keangkuhan, lebihmengutamakan kepentingan peribadi dan lupa diri untuk mengejar kuasa.
“Kalau kita mahu jadi parti yang kekal relevan, kita mesti menjadi anggota parti yang sanggup berkhidmat dengan penuh ikhlas bersemangat. disamping mengutamakan konsep permaufakatan barulah parti kukuh dan mantap melaksanakan tanggungjawabnya untuk kepentingan ahli dan rakyat” tambah Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Sabah Jadi "Rool Model" Gagasan 1 Malaysia Lajim





BEAUFORT: Sabah perlu menjadi contoh bagi merealisasikan gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak dalam mengwujudkan sebuah masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, walaupun Sabah aga unik yang mempunyai pelbagai suku kaum ,agama dan latar belakang kebudayaan masing masing namun hubungan harmoni dan semangat perpaduan masih terus terpelihara

“ Sabah mempunyai tidak kurang dari 30 suku kaum dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang 90 dialek namun rakyatnya sentiasa hidup harmoni dan bersatu padu yang perlu dipertahankan dan menjadi contoh dalam pembinaan gagasan 1 Malaysia” katanya ketika berucap merasmikan Info Bestari Komuniti Bestari Kampung Rancangan Klias di dewan masyarakat kampong tersebut dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Pegawai Penerangan Beaufort Malinah Jamalin,Wakil Pegawai Daerah Beaufort Aliamat Zam Zam dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort mengajak rakyat di negeri ini agar terus bersatu padu mempertahankan perpaduan yang sedia terjalin .

Beliau berkata, soal perpaduan tidak boleh dipandang mudah dan semua pihak harus berusaha untuk membawanya ke tahap yang lebih tinggi .

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu juga meminta agar Komuniti Bestari turut memainkan peranan sebagai wadah untuk mengukuhkan perpaduan antara masyarakat di kawasan masing-masing

Katanya, selain menyampaikan maklumat tepat mengenai dasar kerajaan dan perkara berkaitan, K-Bestari juga mampu mengeratkan hubungan antara penduduk pelbagai kaum melalui aktiviti yang diatur

Beliau mengingatkan rakyat terutamanya di luar bandar agar tidak mudah termakan oleh fitnah serta khabar angin yang disebarkan oleh golongan tertentu yang berkepentingan, sebaliknya menjadikan K-Bestari sebagai saluran untuk maklumat yang tepat.

“ Amat penting bagi setiap Komuniti Bestari (K-Bestari) di setiap daerah agar lebih proaktif menerangkan fakta-fakta sebenar di sebalik isu-isu semasa yang berbangkit kepada rakyat di peringkat akar umbi.” Katanya OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

Sunday, May 24, 2009

KPKT SEDIA KAJI UNTUK PEMASANGAN CCTV DISEMUA PBT




MESRA…Lajim diiringi oleh Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis tersebut



KUALA PENYU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia mengkaji untuk memasang kemera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya ditempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mengatasi masalah jenayah seperti kes ragut, rompakan dan vandelisma .

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, cadangan pemasangan (CCTV) di kesemua PBT di Negeri ini telahpun dikemukakan kepada kerajaan sebelum ini, namun belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kakangan dari segi peruntukan kewangan untuk melaksanakanya

“ Di berapa buah PBT khususnya di Kuala Lumpur langkah ini telahpun dilaksanakan, dimana ia dapat membantu menangani kes jenayah dan membantu pihak berkuasa Polis menjejaki suspek yang terlibat sekiranya berlaku kes kes jenayah ” katanya semasa ditemui pemberita selepas merasmikan program Sentuhan Kasih Petronas Sempena Bulan Kamaatan 2009 di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini petang kemarin

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo, Penolong Pegawai Daerah Abdul Rahim Yakub.Pegawai Kerja Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd.Fazlee Abdullah dan wakil dari Petronas

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kos pemasangan (CCTV) agak tinggi kerana itu ianya memerlukan peruntukan kewangan yang banyak untuk dilaksanakan sepenuhnya di setiap PBT di negeri ini.

'' Kementerian kita memerlukan peruntukan serta kerjasama daripada agensi lain khususnya pihak swasta bagi menampung kos pelaksanaan penuh sistem berkenaan," katanya

Lajim menambah bagi (PBT) yang mempunyai kedudukan kewangan yang mengizinkan mereka boleh melaksanakan pemasangan (CCTV) di lokasi yang sesuai secara berperingkat peringkat dimana pemasangan CCTV yang ada sebelum ini membuktikan bahawa ia berjaya mengurangkan kadar jenayah

‘‘Lebih penting lagi, kewujudan kemudahan sebegini mungkin dapat mengelakkan pelaku jenayah bertindak kerana mereka sedar bahawa segala aksi yang dibuat akan dilihat dan dirakam,” katanya.

Beliau juga turut menyarankan agar semua pemaju perumahan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mempertingkatkan keberkesanan mencegah jenayah di kawasan masing-masing.

Saturday, May 23, 2009

PARLIMEN BEAUFORT TERUS MEMBANGUN






BEAUFORT: Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam bulan Mac lepas, beliau memberikan penekanan terhadap kepentingan rakyat sebagai aspek yang perlu diutamakan dalam mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam.
Menurut beliau kepentingan rakyat adalah aspek yang perlu diutamakan justeru KPI merupakan medium peringatan yang paling relevan, penanda aras utamanya ialah rakyat. Secara keseluruhannya tindakan perlu memuaskan kehendak rakyat.
Bertitik tolak dari pencapaian gagasan ini bagi rakyat di kawasan Parlimen Beaufort yang merangkumi dua kawasan (DUN)iaitu Klias dan Kuala Penyu mereka merasa amat beruntung kerana diwakili seorang pemimpin yang bukan sahaja mesra rakyat,dan sering turun padang memantaumasalah rakyat namun sentiasa mengutamakan petunjuk Prestasi Utama (KPI) terutamanya yang melibatkan perlaksanaan projek projek pembangunan untuk kepentingan rakyat khususnya di kawasan ini

Parlimen Beaufort yang di wakili Oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang kini menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sungguhpun ada berpendapat tempoh setahun lebih adalah terlalu singkat untuk menilai program pembangunan di kawasan Parlimen Beaufort namun bagi ahli rakyat di kawasan ini tetap erbangga kerana bagi tempoh tersebut pelbagai perubahan dari segi pembangunan insfrastruktur telah jelas kelihatan.

Peningkatan kemudahan asas seperti perhubungan jalanraya,bekalan air bersih,bantuan rumah rakyat ,pendidikan, kesihatan serta lain-lain kemudahan asas yang lain telah dan sedang giat dilaksanakan.

Antara projek yang sedang dilaksanakan ketika ini ialah projek Naik Taraf Jalan Melikai,Tanjung Aru,Mansud dan Kerukan, melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 32.7 juta peruntukan kerajaan Persekutuan sementera Projek Naik Taraf Jalan Kebunau Temporong dengan kos peruntukan sebanyak RM 24 Juta kini di peringkat perlaksanaan .Setakat ini sejauh 125 kilometer jalanraya di Kuala Penyu telahpun diturap dan berbaki sejauh 52 kilometer lagi akan dinaik taraf dan diturap.

Isu bekalan air yang sering menjejaskan kehidupan rakyat di Kuala Penyu terutamanya di daerah Kecil Menumbok dijangka akan dapat diatasi sepenuhnya penghujung tahun ini ,apabila projek membina tangki air khas yang menelan belanja sekitar RM 30 juta di kampong Kayul Kuala Penyu siap sepenuhnya .

Bagi projek membina rumah dibawah program (PPRT) sejumlah 2.3 juta telah diperuntukan untuk melaksanakan projek ini dimana ianya telah memberikan manafaat kepada 66 orang ketua isi rumah menerima bantuan tersebut setakat ini .

Satu lagi projek mega bakal merubah wajah Pekan Kuala Penyu ialah pembinaan Jambatan yang merintasi sungai Si Tompok dimana kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak 60 juta untuk melaksanakan projek ini.

Walaupun projek ini sudah banyak kali diperkatakan dalam media, dan setengah pihak menganggapnya sebagai retorik namun bagi Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno yakin projek ini akan dilaksanakan sebelum Tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan berakhir, cuma ia mengambil sedikit waktu untuk merekabentuk sebelum proses pembinaan dilaksanakan.

“ Kita berharap rakyat akan bersabar sebaik sahaja proses merekebentuk selasai projek ini akan dimulakan kerana ianya merupakan keperluan rakyat khususnya di kawasan ini dan sekitarnya” katanya

Dalam sektor pendidikan penyiapan sebuah sekolah Menangah Teknik di Beaufort yang kini telah mula beroperasi yang menjadi pemangkin kepada pembinaan modal insan yang berilmu dan berkemahiran. Projek-projek pembangunan lain juga sedang dilaksanakan antara pembinaan sebuah dewan masyarakat baru di Pekan Beaufort yang menelan belanja 5 juta yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.


"Saya tidak menganggap kejayaan ini sebagai kejayaan peribadi tetapi ia merupakan kejayaan rakyat kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk melakukan perubahan di kawasan Parlimen Beaufort " katanya

Bagaimanapun, bagi pendapat beberapa pihak penyediaan prasarana kemudahan asas sahaja tidak memadahi untuk melonjakkan kawasan ini untuk terus maju jika keadaan ekonomi rakyat dalam keadaan yang kurang memberansangkan, justeru usaha untuk mempertingkatkan taraf siso ekonomi rakyat melalui peluang peluang pekerjaan, industri terutamanya dalam bidang pertanian,perikanan dan pelancungan perlu di pertingkatkan dimana sektor ini mampu menjadi penyumbang utama kepada peningkatan taraf siso ekonomi rakyat di kawasan ini

Krisis Ekonomi: USIA utama program dakwah berkesan





















KOTA KINABALU : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) diminta mengutamakan program dakwah yang dapat memberi manfaat serta kesan berterusan kepada masyarakat dalam usaha mengamalkan perbelanjaan berhemah.

Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Lajim Ukin berkata, langkah itu perlu dalam memastikan kesinambungan program dakwah meskipun negara berhadapan dengan krisis ekonomi global.

"Bermula kenaikan petrol pada Jun lalu diikuti kenaikan mendadak harga barang telah menjadi cabaran kepada kerajaan, rakyat dan tidak terkecuali badan sukarela untuk mengatur dan melaksanakan program yang dirancang.

"Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini, selain bijak berbelanja, pelaksanaan program-program dakwah perlu diatur dan dilaksanakan secara berhemah dengan menitikberatkan dua aspek iaitu keperluan kewangan dan keberkesanannya kepada masyarakat Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan USIA di sini hari ini.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung USIA, Datuk Abdullah Hussin; Bendahari Agung USIA, Ariffin Sani dan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah, Datuk Syed Abbas Syed Ali.

Menurut Lajim, semua pihak sama ada pekerja bawahan dan atasan haruslah memainkan peranan masing- masing dalam usaha meminimumkan kesan kegawatan ekonomi.

"Semua pihak perlu mengambil peranan dengan meningkatkan kecekapan agensi pelaksana dan pengurusan yang berperanan menguruskan hal berkaitan kewangan," katanya.

Sementara itu, katanya, USIA juga harus meningkatkan usaha mengukuhkan kedudukan kewangannya dengan melibatkan diri secara lebih serius dalam sektor pertanian, perladangan dan hartanah.

Friday, May 22, 2009

Mahkamah Rayuan Isytihar Zambry Menteri Besar Yang Sah


















PUTRAJAYA, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini diisytihar sebagai Menteri Besar Perak yang sah oleh Mahkamah Rayuan dalam satu keputusan sebulat suara.

Mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah adalah salah, dan mengetepikan keputusan itu.

"Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkenaan telah gagal menilai dengan betul dan secukupnya kesemua keterangan yang ada padanya sehingga membuat keputusan yang salah," kata Hakim Datuk Md Raus Shariff, yang bersidang bersama Hakim Datuk Zainun Ali dan Hakim Datuk Ahmad Maarop.

Mohammad Nizar dan Zambry tidak hadir di mahkamah hari ini.

Hakim Md Raus, dalam penghakiman lisannya, juga mendapati Sultan Perak Sultan Azlan Shah membuat keputusan yang betul bagi melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru, berdasarkan Perkara 16 (2) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak, selepas baginda berpuas hati bahawa Zambry mempunyai sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri.

"Kami berpendapat bahawa keputusan sama ada untuk membenarkan atau tidak permohonan pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah dalam bidang kuasa Sultan.

"Berdasarkan keterangan dalam kes ini, permohonan membubarkan dewan dibuat mengikut Perkara 16 (6) Perlembagaan Perak dan bukannya Perkara 36 Perlembagaan itu," kata Hakim Md Raus bagi membenarkan rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Mahkamah juga mendapati Sultan Perak bertindak betul dengan bertanya sendiri untuk memuaskan hati baginda bahawa responden (Mohammad Nizar) tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti.

Hakim Md Raus berkata hakikat bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti boleh diperoleh atau ditentukan dengan cara lain.

"Tidak ada syarat mandatori dalam Perlembagaan Perak bahawa usul undi tidak percaya perlu dibentangkan terhadap responden sebelum keputusan dibuat bahawa beliau tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri," katanya.

Zambry mengemukakan rayuan pada 12 Mei terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang mendapati bahawa Mohammad Nizar tidak mengosongkan kerusi Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan.

Pada hari yang sama, permohonan beliau agar keputusan itu ditangguhkan dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali, dan ini membolehkan Zambry meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar.

Pada 13 Mei, Mohammad Nizar mengemukakan permohonan bagi mengetepikan perintah penangguhan itu dan memohon agar panel lima Hakim Mahkamah Rayuan mendengar kes itu tetapi ianya ditolak semalam.

Selepas keputusan Mahkamah Rayuan diumumkan petang ini, peguam utama Mohammad Nizar, Sulaiman Abdullah, memohon mendapatkan penghakiman bertulis daripada mahkamah untuk tujuan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

"Kami sedar bahawa mahkamah ini telah meneliti keterangan kes ini dan membuat keputusan dalam masa selang sehari. Saya telah menerima arahan daripada anak guam saya supaya membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Kami hargai jika mahkamah dapat memberikan penghakiman bertulis secepat mungkin," katanya.

Hakim Md Raus menjawab : "Saya telah cuba menulisnya malam tadi. Saya akan usahakan dalam masa seminggu ini."

Beliau juga menolak permohonan Mohammad Nizar untuk mengetepikan perintah penangguhan oleh Hakim Ramly Ali.

Lebih 50 wakil media berkumpul di hadapan mahkamah seawal 1.30 tengah hari tetapi diberitahu mereka perlu beratur untuk mendapatkan pas masuk yang dihadkan kepada 15 pemberita.

Wartawan yang lain serta juga sekumpulan penyokong Zambry dan Mohammad Nizar yang tidak dapat masuk telah membantah. Mereka tidak ada pilihan kecuali terpaksa berada di luar mahkamah.

RM60 juta kos binaJambatan Sungai Sitompok














Lajim bersalaman dengan ahli-ahli UMNO dari kawasan DUN Kuala Penyu sejurus tiba ke majlis tersebut

KUALA PENYU 21 Mei - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM60 juta untuk membina Jambatan Sungai Sitompok yang menghubungkan pekan Kuala Penyu dengan kawasan sekitar.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, pelan dan reka bentuk jambatan itu kini dalam proses akhir dan pembinaan akan bermula hujung tahun ini.

Beliau percaya, dengan terbina jambatan itu, penduduk Kuala Penyu akan memilih laluan darat untuk ke mana-mana berbanding sebelum ini yang menggunakan laluan laut dengan perkhidmatan feri.

"Jambatan ini juga akan dapat mengatasi masalah kesesakan yang berlaku di Jeti Kuala Penyu kerana perkhidmatan feri masih menjadi pengangkutan utama penduduk Kuala Penyu.

"Buat sementara ini, penduduk perlu bersabar dan Kerajaan Pusat dan negeri akan berusaha mempercepatkan pelaksanaan pembinaan jambatan tersebut dalam masa terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan persidangan tahunan Cawangan-cawangan UMNO Bahagian Kuala Penyu 2009 di Dewan Datuk Shah Bandar Makang di sini hari ini.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, apabila jambatan itu siap nanti, kemudahan tersebut akan menjadi satu mercu tanda baru di pekan berkenaan.

Selain itu, kata beliau, penduduk setempat juga akan lebih selesa dan cepat untuk menjalani aktiviti harian.

Dalam perkembangan lain, Lajim berkata, kerajaan merancang untuk menaik taraf Dewan Dato' Shah Bandar Makang bagi kegunaan dan keselesaan masyarakat daerah ini.

Menurutnya, dewan sedia ada sudah agak uzur dan memerlukan bangunan baru yang lebih besar dan kukuh berikutan banyak aktiviti dilakukan di situ.

Thursday, May 21, 2009

Perbezaan Harga Barangan Di Semenanjung Dan Sabah Dikaji

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sedang membuat kajian serta mencari jalan penyelesaian berhubung perbezaan harga barangan antara Semenanjung dan Sabah, melalui perbincangan dengan kementerian lain yang berkaitan.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kos pengangkutan merupakan antara punca masalah itu dan beliau telah pun mengarahkan pegawai di kementeriannya supaya mengkaji perbezaan harga barangan di Sabah berbanding di Semenanjung.

"Kita akan menyenaraikan barang-barang dan kaji punca, buat cadangan ke kementerian berkenaan dan bawa untuk dibincang di Kabinet. Lepas itu lihat respons dari kementerian lain," katanya apabila ditanya sama ada perbincangan ada dibuat antara kementeriannya dan Kementerian Pengangkutan.

Ismail Sabri ditemui pemberita selepas merasmikan Koperasi Bela Rakyat peringkat Sabah di sini, Khamis.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan akan memperluaskan senarai barang bagi tujuan penyelarasan harga supaya tidak tertakluk kepada barangan kawalan sahaja.

Katanya daerah Tongod, Sandakan adalah kawasan pertama yang akan mendapat manfaat daripada senarai barangan yang diperluaskan itu apabila ia dilancarkan secara rasmi esok.

Beliau berkata projek di Tongod itu merupakan kesinambungan kepada projek perintis pengedaran barangan bersubsidi di Sipitang awal tahun ini, yang bertujuan membantu penduduk luar bandar yang menghadapi kesulitan menerima barang keperluan dalam harga yang disubsidi.

"Ia berbeza kerana dulu kita fokus kepada barangan kawalan iaitu gula, tepung, roti putih, beras hancur 15 peratus dan juga minyak masak sawit. Apa yang kita buat sekarang ialah lebih daripada itu.

"Ini kerana apa yang dibuat oleh kerajaan tak dirasai kalau setakat lima barang. Jadi kami ambil kira untuk perluaskan kepada makanan-makanan lain yang bukan bersubsidi," katanya.

Projek ini antara usaha kementerian untuk mencapai misinya iaitu menyeragamkan harga di bandar dan kawasan pendalaman, dan seterusnya harga antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

98 Kobera Didaftar Setakat April




















KOTA KINABALU, 21 Mei (Bernama) -- Sebanyak 98 Koperasi Bela Rakyat (Kobera) telah didaftarkan setakat April lepas dan 160 lagi sedang dalam proses penubuhan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada 60 kawasan Dewan Undangan Negeri di Sabah pula, 12 Kobera telahpun didaftarkan dan 12 lagi dalam proses penubuhan.

"Sasaran kita ialah menjelang 2013, semua 576 DUN di negara ini akan mewujudkan Kobera masing-masing," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kobera peringkat negeri di sini hari ini.

Pada Julai lepas, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa Kobera diwujudkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan memperbaiki hidup mereka melalui koperasi.

Wakil rakyat setiap DUN akan menjadi penasihat Kobera dan menentukan aktiviti-aktiviti ekonomi yang akan dijalankan mengikut potensi di setiap kawasan.

"Kobera memerlukan sokongan daripada koperasi-koperasi yang sudah berjaya. Koperasi-koperasi besar yang sedia ada ini boleh menjadi payung kepada Kobera di mana mereka boleh mengadakan perjanjian untuk membeli produk dari Kobera," katanya.

MAUFAKAT JAYAKAN AGENDA SATU MALAYSIA LAJIM


























BEAUFORT : Masyarakat berbilang kaum di negeri ini diingatkan agar terus mengamalkan sikap bermuafakat bagi menjayakan konsep “Satu Malaysia” sebagaimana gagasan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,keharmonian serta sikap muakafat serta bersatu padu di kalangan rakyat pelbnagai kaum di negara ini menjadi asas kepada kejayaan membangunkan negara secara berterusan

“Di samping bermaufakat kekayaan dan keunikan warisan tradisi seni budaya yang dimilik rakyat di negara ini turut menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran untuk faedah rakyat seterusnya Negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa’ Musa Beaufort,disini petang kelmarin.

“Melalui perayaan Kaamatan seluruh masyarakat dapat mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama dikalangan masyarakat bagi membantu kerajaan menjayakan rancangan pembangunan kerajaan,” kata Lajim yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah

Katanya lagi,perayaan ini juga dapat membantu mempromosikan tempat-tempat menarik di daerah beaufort serta dapat mengetengahkan produk-produk kraftangan ke peringkat antarabangsa.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut berharap agar masyarakat pelbagai etnik khususnya di Sabah dapat memanfaatkan perayaan ini sebagai wadah bagi mengeratkan perpaduan demi kemakmuran Negara.

“Saya berharap agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dan mengembeling tenaga bersama pemimpin agar pembangunan terus terlaksana,”ujarnya lagi

Hadir sama pada majlis itu ialah {egawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar Setiausaha Politik Kementeian Pembangunan Insfrastuktur,Isnin Aliasneh,Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Klias,Tuan Haji Razali Mohd Tahir dan Ahli Majlis Tertinggi KDCA,Datuk Kimjus Duim.

PERTUBUHAN ISLAM PERLU BERI TUMPUAN KEPADA PROGRAM FARDU KIFAYAH LAJIM












































KUALA LUMPUR: Pertubuhan dan badan dakwah Islam di negara ini disarankan agar melaksanakan program-program dakwah secara menyeluruh di mana selain memberi penekanan kepada Fardu Ain, Fardu Kifayah juga perlu diberi perhatian yang serius.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, untuk memastikan umat Islam mempunyai pengetahuan ialah dengan mengajar Fardu Ain tetapi harus juga memberi perhatian sewajarnya kepada Fardu Kifayah kerana ilmu yang cukup akan membolehkan umat Islam melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan agama dan umat Islam.

“Dakwah yang cukup berkesan pada masa ini ialah menentukan umat Islam berjaya dengan memastikan seluruh umat menguasai ilmu pengetahuan dan menjadi bangsa yang berjaya” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) ke-47 di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur baru baru ini.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Yang Dipertua (Perkim) Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menekankan akan kepentingan bagi umat Islam untuk mengusai pelbagai cabang ilmu pengetuhan yang menjadi asas bagi mereka mampu berhadapan dan bersaing dalam kehidupan yang serba mencabar terutama di era globalisasi.

Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan dasarnya di mesyuarat agung (Perkim) itu juga turut melahirkan rasa sedih kerana bermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.

Beliau menjelaskan, keadaan ini berlaku kerana orang Melayu dan Islam telah jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar

“ Untuk kembali membetulkan keadaan ini, Umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam sebenarnya beteraskan al-Quran dan Hadis disamping mencermalangkan diri dengan ilmu pengetuhan” tegas Mahathir.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, bagi menyahut gagasan Presiden (Perkim) itu,(USIA) sebagai Pertubuhan Islam yang terbesar di Sabah mengorek langkah ke hadapan untuk menubuhkan Kolej Islam yang berperanan sebagai institusi bagi umat Islam di Negara ini khususya ahl-ahli (USIA) menimba ilmu pengetuhan.

“ Kita dalam perancangan untuk menubuhkan Kolej Islam ini, dimana ianya bukan sahaja menekankan pendidikan agama malah pendidikan lain yang berhubung kait dengan soal pendidikan sains,ekonomi perunndangan dan sebagainya akan menjadi teras pengajian di kolej ini kelak” katanya.

Menurut Lajim (USIA) kini di peringkat akhir untuk memperkemaskinikan pengwujudan kolej Islam ini dan pelbagai pihak telah menyatakan kesediaan mereka untuk membangunkan kolej Islam ini dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat ini. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

SALAMI JIWA RAKYAT INGATAN LAJIM KEPADA PEMIMPIN PARTI




















KUALA PENYU Pemimpin parti disemua peringkat perlu menganggap diri mereka sebagai pemimpin kepada rakyat tanpa mengira kedudukan

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata apabila prinsip ini dibudayakan mereka bukan sahaja melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan namun dalam masa yang sama mereka telah menjayakan slogan “ rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak mengistiyarkan dirinya sebagai Perdana Menteri rakyat, tidak ada sebab bagi pemimpin parti di semua peringkat tidak dapat mencontohi kepimpinan beliau.

“Budaya ini mampu memperkukuhkan sokongan di kalangan rakyat dan sebagai pemimpin kita perlu melakukan pendekatan popular agar keyakinan mereka kukuh terhadap parti dan kerajaan” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan Umno bagi DUN Kuala Penyu di dewan masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sii baru baru ini.

Hadir sama Timbalannya Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiausaha Bahagian Haji Jusih Haji Sarin,Bendahari Bahagian Zahari Mohd.Zinin dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun

Lajim menambah sebagai pemimpin mereka perlu turun mendekati rakyat. Mendengar keluh-kesah mereka dan menyelesaikan masalah rakyat. Dalam erti kata masa untuk "berpolitik" dengan rakyat bukannya antara pemimpin sendiri.

“ Ada masalah ahli atau rakyat yang boleh diselasaikan segara kita bantu dan selasaikan tanpa menunggu pemimpin tertinggi turun padang menyelasaikannya ” katanya.

Sehubungan dengan itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan ini berharap pemimpin UMNO dan BN perlu mengatur sebanyak mungkin program dan strategi bagi mendekati rakyat bersesuaian dengan slogan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".'

“Berilah tumpuan dengan berkhidmat untuk rakyat kerana itulah yang sedang dilakukan oleh pembangkang sekarang,mereka mengatur strategi untuk memantapkan kekuatan dan bersedia berdepan dengan BN dan UMNO.” Katanya

Menurut Lajim kerja pembangkang akan menjadi mudah, kalau pemimpin-pemimpin UMNO terus leka dan masih meletakkan diri dalam zon selesa kerana merasakan pilihan raya masih lambat.OLEH JAAFAR ABDUL WAHID

WAJAH BARU MP BEAUFORT BLOGSPOT

UNTUK MAKLUMAN
Semua pengunjung Kalam Jaafar Blogspot yang sepenuhnya mempaparkan aktiviti YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Ahli Parlimen Beaufort dan sebagai Presiden/Yang Dipertua Badan badan NGO yang sebelum ini dapat melayari maklumat program beliau di Kalam Jaafar Blogspot kini ianya boleh diluncuri di MP Beaufort.Blogspot dalam wajah baru.
Selamat Meluncuri

Sekian,
Penyelaras KJ