Wednesday, May 27, 2009

PENDIDIKAN ELEMAN BERKESAN JAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA LAJIM














MAKNA PERPADUAN..Lajim bersalaman dengan kanak-kanak yang berpakaian tradisional yang menyembut kedatangan beliau dan rombongan ke majlis tersebut

BEAUFORT: Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pendidikan merupakan eleman terbaik dan berkesan bagi menjayakan gagasan 1 Malaysia untuk melahirkan masyarakat yang bersatu padu .

Katanya, keupayaan membina Negara Bangsa amat bergantung kepada keutuhan perkongsian nilai serta semangat patriotisme yang dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan semua lapisan masyarakat terutamanya .kalangan generasi muda yang perlu dipupuk dan dibudayakan sejak dibangku sekolah lagi.

“ jika nilai nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang,saya yakin dan percaya perpaduan dikalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan “ katanya ketika berucap merasmikan sambutan Perayaan pesta Kaamatan *eringkat Zon Jempangah dekat sini baru baru ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Naib Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort perpaduan merupakan aspek penting dalam proses pembangunan Negara, oleh itu ianya perlu diberikan perhatian yang bersungguh-sungguh oleh setiap orang termasuklah peranan yang dimainkan oleh golongan pendidik.

“Saya menaruh keyakinan golongan pendidikan dapat memainkan peranan penting untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia, dimana selain bertanggungjawab mengajar dan mendidik, mereka juga turut berada dibarisan hadapan untuk menyemai dan mempupuk perpaduan dan semangat patrotisme terutamanya dikalangan pelajar “ katanya

Lajim menambah bagi melestarikan gagasan 1 Malaysia di peringkat sekolah pelbagai program pendidikan yang berkaitan dengan bahasa,kesusteraan patrotik. seni ,warisan dan budaya perlu disemarakkan di kalangan pelajar sekolah dimana ianya dapat memperkukuh perpaduan bangsa,membina identiti nasional disamping memperteguh semangat kebangsaan di kalangan pelajar

“ Tugas membina Negara bangsa melalui pendidikan tidak akan selasai, sebaliknya ia akan berhadapan dengan cabaran yang lebih kompleks seiring dengan kemajuan semasa ,kerana itu bagi membantu kerajaan menjayakan gagasan 1 Malaysia kaum guru perlu mempertingkatkan ilmu serta kemahiran agar meraka dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan lebih berkesan” katanya Oleh: JAAFAR ABD.WAHID

No comments:

Post a Comment