Thursday, May 21, 2009

MAUFAKAT JAYAKAN AGENDA SATU MALAYSIA LAJIM


























BEAUFORT : Masyarakat berbilang kaum di negeri ini diingatkan agar terus mengamalkan sikap bermuafakat bagi menjayakan konsep “Satu Malaysia” sebagaimana gagasan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Ab Razak.

Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia,Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,keharmonian serta sikap muakafat serta bersatu padu di kalangan rakyat pelbnagai kaum di negara ini menjadi asas kepada kejayaan membangunkan negara secara berterusan

“Di samping bermaufakat kekayaan dan keunikan warisan tradisi seni budaya yang dimilik rakyat di negara ini turut menjadi pemangkin kepada kemajuan dan kemakmuran untuk faedah rakyat seterusnya Negara.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Beaufort di Dewan Masyarakat Pa’ Musa Beaufort,disini petang kelmarin.

“Melalui perayaan Kaamatan seluruh masyarakat dapat mengukuhkan lagi persefahaman dan kerjasama dikalangan masyarakat bagi membantu kerajaan menjayakan rancangan pembangunan kerajaan,” kata Lajim yang juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah

Katanya lagi,perayaan ini juga dapat membantu mempromosikan tempat-tempat menarik di daerah beaufort serta dapat mengetengahkan produk-produk kraftangan ke peringkat antarabangsa.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort turut berharap agar masyarakat pelbagai etnik khususnya di Sabah dapat memanfaatkan perayaan ini sebagai wadah bagi mengeratkan perpaduan demi kemakmuran Negara.

“Saya berharap agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dan mengembeling tenaga bersama pemimpin agar pembangunan terus terlaksana,”ujarnya lagi

Hadir sama pada majlis itu ialah {egawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar Setiausaha Politik Kementeian Pembangunan Insfrastuktur,Isnin Aliasneh,Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Klias,Tuan Haji Razali Mohd Tahir dan Ahli Majlis Tertinggi KDCA,Datuk Kimjus Duim.

No comments:

Post a Comment