KUALA PENYU Pemimpin parti disemua peringkat perlu menganggap diri mereka sebagai pemimpin kepada rakyat tanpa mengira kedudukan
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata apabila prinsip ini dibudayakan mereka bukan sahaja melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan namun dalam masa yang sama mereka telah menjayakan slogan “ rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak mengistiyarkan dirinya sebagai Perdana Menteri rakyat, tidak ada sebab bagi pemimpin parti di semua peringkat tidak dapat mencontohi kepimpinan beliau.
“Budaya ini mampu memperkukuhkan sokongan di kalangan rakyat dan sebagai pemimpin kita perlu melakukan pendekatan popular agar keyakinan mereka kukuh terhadap parti dan kerajaan” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat berkelompok cawangan-cawangan Umno bagi DUN Kuala Penyu di dewan masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sii baru baru ini.
Hadir sama Timbalannya Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiausaha Bahagian Haji Jusih Haji Sarin,Bendahari Bahagian Zahari Mohd.Zinin dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun
Lajim menambah sebagai pemimpin mereka perlu turun mendekati rakyat. Mendengar keluh-kesah mereka dan menyelesaikan masalah rakyat. Dalam erti kata masa untuk "berpolitik" dengan rakyat bukannya antara pemimpin sendiri.
“ Ada masalah ahli atau rakyat yang boleh diselasaikan segara kita bantu dan selasaikan tanpa menunggu pemimpin tertinggi turun padang menyelasaikannya ” katanya.
Sehubungan dengan itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan tempatan ini berharap pemimpin UMNO dan BN perlu mengatur sebanyak mungkin program dan strategi bagi mendekati rakyat bersesuaian dengan slogan "Satu Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".'
“Berilah tumpuan dengan berkhidmat untuk rakyat kerana itulah yang sedang dilakukan oleh pembangkang sekarang,mereka mengatur strategi untuk memantapkan kekuatan dan bersedia berdepan dengan BN dan UMNO.” Katanya
Menurut Lajim kerja pembangkang akan menjadi mudah, kalau pemimpin-pemimpin UMNO terus leka dan masih meletakkan diri dalam zon selesa kerana merasakan pilihan raya masih lambat.OLEH JAAFAR ABDUL WAHID
No comments:
Post a Comment