Thursday, May 28, 2009

APA KATA ISTERI TIMBALAN MENTERI TENTANG KEWUJUDAN MP BEAUFORT BLOGSPOT













Datin Seri Hajah Normilah Siong


Sms dari Isteri Timbalan Menteri Perumahahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datin Seri Hajah Normilah Siong tentang kewujudan Parlimen Beaufort Blogspot
Tahniah,

Siap sedia di layari..ini baru engin turbo bukan keretapi Tenom...

Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tersebut di atas menjelaskan akan keperluan betapa kita perlu bergerak pentas seiring dengan kepesatan kemajuan dunia teknologi maklumat dunia tanpa sempadan (ICT) .Begitulah dalam kita memperolehi maklumat kita perlu peka dengan keperluan dan perkembangan semasa dimana kewujudan Parlimen Beaufort Blogspot yang boleh dilayari melalui http://mpbeaufort.blogspot.com sedia memberikan paparan terkini,pentas dan efektif mengenai perkembangan isu isu semasa termasuklah program program yang dihadiri oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dari masa ke semasa.

Kepada pelayar bloger dan rakyat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort penyalaras Parlimen Beaufort Blogspot setiap masa dan ketika bersedia menerima kunjungan anda dan bersedia menerima sebarang komen,ulasan dan cadangan untuk mempertingkatkan lagi kualiti penyampaian dan maklumat di bolgger ini. Marilah kita sama sama manafaatkan kemajuan (ICT) untuk kebaikan dan kemajuan bersama

Selamat melayari dan salam hormat dari kami

Penyelaras MPBEAUFORT.BLOGSPOT.COM

1 comment:

  1. Kepada Datin Seri kami merakamkan ucapan terima kasih atas keprihatinan Datin terhadap kewujudan Blogspot ini, dengan adanya sokongan semua pihak kita akan melakukan yang terbik untuk kepentingan masyarakat khususnya di kawasan Parlimen Beaufort agar mereka celik akan isu isu semasa.

    Wassalam dan terima kasih

    ReplyDelete