Saturday, May 23, 2009

PARLIMEN BEAUFORT TERUS MEMBANGUN






BEAUFORT: Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih tanggungjawab sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke enam bulan Mac lepas, beliau memberikan penekanan terhadap kepentingan rakyat sebagai aspek yang perlu diutamakan dalam mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) anggota pentadbiran kerajaan dan penjawat awam.
Menurut beliau kepentingan rakyat adalah aspek yang perlu diutamakan justeru KPI merupakan medium peringatan yang paling relevan, penanda aras utamanya ialah rakyat. Secara keseluruhannya tindakan perlu memuaskan kehendak rakyat.
Bertitik tolak dari pencapaian gagasan ini bagi rakyat di kawasan Parlimen Beaufort yang merangkumi dua kawasan (DUN)iaitu Klias dan Kuala Penyu mereka merasa amat beruntung kerana diwakili seorang pemimpin yang bukan sahaja mesra rakyat,dan sering turun padang memantaumasalah rakyat namun sentiasa mengutamakan petunjuk Prestasi Utama (KPI) terutamanya yang melibatkan perlaksanaan projek projek pembangunan untuk kepentingan rakyat khususnya di kawasan ini

Parlimen Beaufort yang di wakili Oleh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang kini menjadi Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan sungguhpun ada berpendapat tempoh setahun lebih adalah terlalu singkat untuk menilai program pembangunan di kawasan Parlimen Beaufort namun bagi ahli rakyat di kawasan ini tetap erbangga kerana bagi tempoh tersebut pelbagai perubahan dari segi pembangunan insfrastruktur telah jelas kelihatan.

Peningkatan kemudahan asas seperti perhubungan jalanraya,bekalan air bersih,bantuan rumah rakyat ,pendidikan, kesihatan serta lain-lain kemudahan asas yang lain telah dan sedang giat dilaksanakan.

Antara projek yang sedang dilaksanakan ketika ini ialah projek Naik Taraf Jalan Melikai,Tanjung Aru,Mansud dan Kerukan, melibatkan kos pembinaan sebanyak RM 32.7 juta peruntukan kerajaan Persekutuan sementera Projek Naik Taraf Jalan Kebunau Temporong dengan kos peruntukan sebanyak RM 24 Juta kini di peringkat perlaksanaan .Setakat ini sejauh 125 kilometer jalanraya di Kuala Penyu telahpun diturap dan berbaki sejauh 52 kilometer lagi akan dinaik taraf dan diturap.

Isu bekalan air yang sering menjejaskan kehidupan rakyat di Kuala Penyu terutamanya di daerah Kecil Menumbok dijangka akan dapat diatasi sepenuhnya penghujung tahun ini ,apabila projek membina tangki air khas yang menelan belanja sekitar RM 30 juta di kampong Kayul Kuala Penyu siap sepenuhnya .

Bagi projek membina rumah dibawah program (PPRT) sejumlah 2.3 juta telah diperuntukan untuk melaksanakan projek ini dimana ianya telah memberikan manafaat kepada 66 orang ketua isi rumah menerima bantuan tersebut setakat ini .

Satu lagi projek mega bakal merubah wajah Pekan Kuala Penyu ialah pembinaan Jambatan yang merintasi sungai Si Tompok dimana kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan sebanyak 60 juta untuk melaksanakan projek ini.

Walaupun projek ini sudah banyak kali diperkatakan dalam media, dan setengah pihak menganggapnya sebagai retorik namun bagi Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno yakin projek ini akan dilaksanakan sebelum Tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan berakhir, cuma ia mengambil sedikit waktu untuk merekabentuk sebelum proses pembinaan dilaksanakan.

“ Kita berharap rakyat akan bersabar sebaik sahaja proses merekebentuk selasai projek ini akan dimulakan kerana ianya merupakan keperluan rakyat khususnya di kawasan ini dan sekitarnya” katanya

Dalam sektor pendidikan penyiapan sebuah sekolah Menangah Teknik di Beaufort yang kini telah mula beroperasi yang menjadi pemangkin kepada pembinaan modal insan yang berilmu dan berkemahiran. Projek-projek pembangunan lain juga sedang dilaksanakan antara pembinaan sebuah dewan masyarakat baru di Pekan Beaufort yang menelan belanja 5 juta yang dijangka siap pada penghujung tahun ini.


"Saya tidak menganggap kejayaan ini sebagai kejayaan peribadi tetapi ia merupakan kejayaan rakyat kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk melakukan perubahan di kawasan Parlimen Beaufort " katanya

Bagaimanapun, bagi pendapat beberapa pihak penyediaan prasarana kemudahan asas sahaja tidak memadahi untuk melonjakkan kawasan ini untuk terus maju jika keadaan ekonomi rakyat dalam keadaan yang kurang memberansangkan, justeru usaha untuk mempertingkatkan taraf siso ekonomi rakyat melalui peluang peluang pekerjaan, industri terutamanya dalam bidang pertanian,perikanan dan pelancungan perlu di pertingkatkan dimana sektor ini mampu menjadi penyumbang utama kepada peningkatan taraf siso ekonomi rakyat di kawasan ini

No comments:

Post a Comment