Thursday, May 21, 2009

PERTUBUHAN ISLAM PERLU BERI TUMPUAN KEPADA PROGRAM FARDU KIFAYAH LAJIM












































KUALA LUMPUR: Pertubuhan dan badan dakwah Islam di negara ini disarankan agar melaksanakan program-program dakwah secara menyeluruh di mana selain memberi penekanan kepada Fardu Ain, Fardu Kifayah juga perlu diberi perhatian yang serius.

Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, untuk memastikan umat Islam mempunyai pengetahuan ialah dengan mengajar Fardu Ain tetapi harus juga memberi perhatian sewajarnya kepada Fardu Kifayah kerana ilmu yang cukup akan membolehkan umat Islam melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan agama dan umat Islam.

“Dakwah yang cukup berkesan pada masa ini ialah menentukan umat Islam berjaya dengan memastikan seluruh umat menguasai ilmu pengetahuan dan menjadi bangsa yang berjaya” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) ke-47 di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur baru baru ini.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Yang Dipertua (Perkim) Tun Dr.Mahathir Mohamad yang menekankan akan kepentingan bagi umat Islam untuk mengusai pelbagai cabang ilmu pengetuhan yang menjadi asas bagi mereka mampu berhadapan dan bersaing dalam kehidupan yang serba mencabar terutama di era globalisasi.

Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri semasa menyampaikan ucapan dasarnya di mesyuarat agung (Perkim) itu juga turut melahirkan rasa sedih kerana bermacam fitnah dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam yang tidak pernah berlaku sebelum ini kerana kaum itu kini terlalu lemah.

Beliau menjelaskan, keadaan ini berlaku kerana orang Melayu dan Islam telah jauh menyimpang daripada ajaran Islam sebenar

“ Untuk kembali membetulkan keadaan ini, Umat Islam perlu kembali kepada ajaran Islam sebenarnya beteraskan al-Quran dan Hadis disamping mencermalangkan diri dengan ilmu pengetuhan” tegas Mahathir.

Dalam perkembangan berkaitan Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, bagi menyahut gagasan Presiden (Perkim) itu,(USIA) sebagai Pertubuhan Islam yang terbesar di Sabah mengorek langkah ke hadapan untuk menubuhkan Kolej Islam yang berperanan sebagai institusi bagi umat Islam di Negara ini khususya ahl-ahli (USIA) menimba ilmu pengetuhan.

“ Kita dalam perancangan untuk menubuhkan Kolej Islam ini, dimana ianya bukan sahaja menekankan pendidikan agama malah pendidikan lain yang berhubung kait dengan soal pendidikan sains,ekonomi perunndangan dan sebagainya akan menjadi teras pengajian di kolej ini kelak” katanya.

Menurut Lajim (USIA) kini di peringkat akhir untuk memperkemaskinikan pengwujudan kolej Islam ini dan pelbagai pihak telah menyatakan kesediaan mereka untuk membangunkan kolej Islam ini dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat ini. OLEH: JAAFAR ABDUL WAHID

No comments:

Post a Comment