Sunday, May 24, 2009

KPKT SEDIA KAJI UNTUK PEMASANGAN CCTV DISEMUA PBT




MESRA…Lajim diiringi oleh Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba di majlis tersebut



KUALA PENYU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia mengkaji untuk memasang kemera litar tertutup (CCTV) di seluruh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya ditempat awam yang menjadi tumpuan orang ramai bagi mengatasi masalah jenayah seperti kes ragut, rompakan dan vandelisma .

Timbalan Menterinya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, cadangan pemasangan (CCTV) di kesemua PBT di Negeri ini telahpun dikemukakan kepada kerajaan sebelum ini, namun belum dapat dilaksanakan secara menyeluruh kerana kakangan dari segi peruntukan kewangan untuk melaksanakanya

“ Di berapa buah PBT khususnya di Kuala Lumpur langkah ini telahpun dilaksanakan, dimana ia dapat membantu menangani kes jenayah dan membantu pihak berkuasa Polis menjejaki suspek yang terlibat sekiranya berlaku kes kes jenayah ” katanya semasa ditemui pemberita selepas merasmikan program Sentuhan Kasih Petronas Sempena Bulan Kamaatan 2009 di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini petang kemarin

Hadir sama Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo, Penolong Pegawai Daerah Abdul Rahim Yakub.Pegawai Kerja Majlis Daerah Kuala Penyu Haji Mohd.Fazlee Abdullah dan wakil dari Petronas

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kos pemasangan (CCTV) agak tinggi kerana itu ianya memerlukan peruntukan kewangan yang banyak untuk dilaksanakan sepenuhnya di setiap PBT di negeri ini.

'' Kementerian kita memerlukan peruntukan serta kerjasama daripada agensi lain khususnya pihak swasta bagi menampung kos pelaksanaan penuh sistem berkenaan," katanya

Lajim menambah bagi (PBT) yang mempunyai kedudukan kewangan yang mengizinkan mereka boleh melaksanakan pemasangan (CCTV) di lokasi yang sesuai secara berperingkat peringkat dimana pemasangan CCTV yang ada sebelum ini membuktikan bahawa ia berjaya mengurangkan kadar jenayah

‘‘Lebih penting lagi, kewujudan kemudahan sebegini mungkin dapat mengelakkan pelaku jenayah bertindak kerana mereka sedar bahawa segala aksi yang dibuat akan dilihat dan dirakam,” katanya.

Beliau juga turut menyarankan agar semua pemaju perumahan memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mempertingkatkan keberkesanan mencegah jenayah di kawasan masing-masing.

No comments:

Post a Comment