Wednesday, September 30, 2009

PEMILIHAN TAN SRI MOHD ISA ABDUL SAMAD SEBAGAI CALON BN BAGAN PINANG TEPAT


Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin ...DUN Bagan Pinang akan dipestikan akan kekal menjadi milik BN pada pilihanraya kecil kali ini

KOTA KINABALU: Keputusan Barisan Nasional meletakkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai calon Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Bagan Pinang pada 11 Oktober ini adalah tepat dan diyakini Barisan Nasional akan memperolehi kemenangan cemerlang pada pilihanraya kecil tersebut

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar ) berkata, pemilihan Mohd. Isa dilihat sebagai calon pilihan yang begitu sesuai bagi menghadapi parti lawan pada pilihanraya kecil tersebut berdasarkan kepada ketokohan serta pengalaman yang sediaada pada pemimpin tersebut.

" Selain faktor ketokohan serta pengalaman faktor utama ialah penerimaan rakyat di peringkat akar umbi dimana sokongan yang diberikan memberikan gambaran calon yang telah diputuskan ini menerima sokongan dan maklum balas yang positif dari rakyat" katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antara Bangsa Kota Kinabalu sebelum beliau berlepas ke Ibu Negara pagi kemarin.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan BN meletakkan Mohd.Isa yang juga Ketua Bahagian Umno Teluk Kemang sebagai calon BN pada pilihanraya kecil kali ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang yang dimenangi BN dengan majoriti 2,333 undi pada pilihan raya umum lepas, menjadi kosong berikutan kematian penyandangnya Azman Mohammad Noor pada 4 Sept lepas.

Menurut Lajim pilihanraya kecil Bagan Pinang kali ini begitu amat penting bagi BN dan Umno bukan sahaja berusaha mengekalkan kerusi kawasan tersebut kekal menjadi kubu BN namun dalam masa yang sama BN perlu berusaha meningkatkan mejoritinya bagi membuktikan rakyat masih memberikan sokongan padu kepada kerajaan BN.

" Kita akan pestikan bukan sahaja menang pada pilihanraya kecil kali ini, namun dari segi mejoriti undi kita akan pestikan ianya melebihi dari mejoriti pada pilihanraya umum yang lepas " tambah Lajim

Lajim menambah beliau sendiri bersama kepimpinan Umno bahagian Beaufort akan turun padang bagi membantu jentera kempen di Bagan Pinang pada pilihanraya kecil kali ini.

"Kita akan turun padang membantu jentera kempen dan perluberhati-hati dalam setiap kempen bagi menangkis pelbagai isu yang bakal dibangkitkan oleh parti lawan " katanya Oleh:Jaafar Abdul Wahid

Monday, September 28, 2009

Kerajaan giat selesai projek perumahan RMK-9 bermasalah





BEAUFORT 27 Sept. - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan mempergiatkan usaha menyelesaikan semua projek perumahan bermasalah yang dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Timbalan Menterinya, Datuk Lajim Ukin berkata, pihaknya sedang mengenal pasti projek bermasalah di seluruh negara.
''Rancangan kita tertumpu kepada penyelesaian projek yang dikenal pasti bermasalah di seluruh negara bagi memastikan setiap projek perumahan berjalan dengan lancar.
"Kementerian juga telah mengarahkan para pegawai untuk turun padang meninjau projek yang bermasalah dan mengatasinya dengan segera," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka beliau di Kampung Kabatu dekat sini semalam.
Menurut Lajim, kerajaan akan sentiasa memantau projek yang dijalankan termasuk projek bermasalah bagi memastikan ia dapat disiapkan.
"Setiap bulan kita juga mengadakan mesyuarat dengan kontraktor yang mengendali projek untuk berbincang sebab-sebab berlakunya kelewatan.
"Jika ia disebabkan kekurangan bahan-bahan binaan atau pun masalah modal kita akan mengkaji masalah ini untuk membantu mereka," katanya.
Dalam pada itu, katanya, kementerian juga akan menetapkan jangka masa baru sesuatu projek perumahan bermasalah untuk disiapkan bagi memastikan segala-galanya berjalan dengan lancar.
"Di Sabah sahaja projek yang bermasalah adalah di daerah Keningau, Kunak, Penampang, Kinarut, Tawau dan Kudat.
"Jadi kementerian saya akan memastikan setiap projek bermasalah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan," ujarnya.

IBUNANDA TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KEMBALI KE RAHMAT ALLAH






Ibunanda kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Hajah Isyah Haji Ibrahim telah kembali ke rahmat Allah di rumah mereka di kampung Koundo Kebatu Beaufort pada malam Isnin lepas. Allahyarham yang berusia 81 Tahun meninggal dunia ketika angin ribut melanda beberapa buah daerah di negeri ini termasuk di daerah Beaufort. Alllahyarhamah sebelum ini menghidap penyakit asma meninggal dunia di hadapan suaminya Haji Ukin Bakar dan beberapa orang anaknya. Lebih dari 2000 orang pemimpin dan rakyat pelbagai kaum datang menziarahi jenazah mereka termasuklah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Dato Hajjah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad,Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Wakil Rakyat Sinduman Ahmad Haji Bujang,Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Draman,Pengarah PPR Jabatan Perumahan Negara Wan Hussin Wan Hassan, sanak saudara dan sahabat handai. Jenazah allahyarhamah telah disembahyang di masjid Jamek Kampung Kebatu dan dikebumikan ditanah perkuburan Islam kampung Kebatu.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bersama keluarga semasa ditemui selepas majlis pengebumian jenazah turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap ziarah,doa dan sumbangan yang diberikan semasa majlis pengkebumian allahyarhamah.


Kami di meja editor MPBEAUFORT BLOGSPOT.COM mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah dan berdoa moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dari Allah SWT.Amin

TRADISI RUMAH TERBUKA ERAT PERPADUAN KIKIS SIKAP PREJUDIS LAJIM







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong bersalaman dengan masyarakat tiong hwa yang turut hadir ke majlis rumah terbuka Aidil Fitri mereka tahun ini
BEAUFORT: Kehadiran hampir 10,000 orang rakyat dari pelbagai kaum dan agama ke majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di kampong Kebatu pagi Kemarin adalah manifestai perpaduan dan keharmonian kaum terus kukuh di negeri ini.

Malah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika ditemui di majlis ini mahukan rakyat menggunakan budaya kunjungi mengunjungi dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri sebagai wadah mengeratkan hubungan silatulrahim .

Beliau berpendapat tradisi rumah terbuka adalah petua yang boleh mengeratkan perpaduan dan mengkikiskan sikap prejudis antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“ Jika Sabah menjadi ikon dalam konteks perhubungan kaum yang harmoni dan bersatupadu ianya perlu terus diperkasakan dan dipertahankan dimana ianya merupakan eleman penting bagi rakyat di negeri ini untuk terus menikmati kemajuan pembangunan yang berterusan” katanya

Menurut Lajim Aidilfitri ini bukan untuk diraikan oleh umat Islam sahaja, sebenarnya ia sudah menjadi budaya bahawa Hari Raya ini disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan beragama Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu Lajim turut mengajak umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan memulih dan memperbaiki hubungan yang dingin dan retak sesama mereka

“Kita perlu gunakanlah peluang sempena hari dan bulan baik ini untuk memperkasakan perpaduan dan ikatan muhibah seluruh rakyat pelbagai agama dan bangsa," katanya

Dalam perkembangan berkaitan Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, rakyat khususnya umat Islam di Negara ini perlu bersyukur hidup dalam suasana aman dan damai berbeza dengan rakyat di lain lain Negara yang hidup di bawah pelbagai bentuk tekanan politik, ekonomi mahupun psikologi akibat prejudis yang tercetus oleh peperangan terhadap keganasan global

Katanya, apa yang dikecapi umat Islam di Malaysia tidak terjadi dengan sendiri tetapi hasil pengorbanan darah, keringat dan air mata para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang

“ Suasana ini turut disokong oleh kerajaan yang bertanggungjawab dan berwawasan jauh serta disokong oleh jentera perkhidmatan awam yang cekap lagi profesional," katanya.
“Antara tetamu kenamaan yang mengunjungi rumah terbuka itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Dato Hajah Azizah Mohd. Dun.,Pembantu MenteriKerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ghulam Haidar Khan, Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi, Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing serta pemimpin pemimpin Barisan Nasional Parlimen Beaufort.

Thursday, September 17, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI AHLI PERLIMEN BEAUFORT PADA 26 SEPT 2009




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong, mengucapkan selamat Hariraya Aidil Fitri kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap sambutan kali ini akan menjadi wadah untuk memperkukuhkan perpaduan sesuai dengan Konsep 1 Malaysia

KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin akan diadakan pada 26 September 2009 bertempat di kediaman resmi beliau di Kampung Kebatu Beaufort.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pegawau Media beliau Jaafar Abdul Wahid majlis yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2.00 petang itu akan dihadiri oleh rakyat jelata pelbagai kaum khususnya dari kawasan Parlimen Beaufort termasuklah pemimpin pemimpin politik di negeri ini.

“ Ini merupakan rumah terbuka kali kedua bagi Lajim setelah menjadi ahli Parlimen dan di lantik ke jawatan Timbalan Menteri Persekutuan dimana kita menjangka tidak kurang dari 8,000 orang akan menghadiri majlis ini nanti” katanya.

Menurut Jaafar yang juga Ahli jawatankuasa Biro Penerangan Umno bahagian Beaufort majlis rumah terbuka ini dianjurkan bagi memberikan peluang kepada rakyat khsusunya di Parlimen Beaufort termasuk pemimpin politik kunjungi mengunjungi dan bermaaf-maaafan disamping akan menjadi wadah untuk merapatkan hubungan silatulrahim.

“ Selari dengan gagasan 1 Malaysia, kita berharap melalui majlis rumah terbuka ini, rakyat dapat bertemu,bermesra dengan pemimpin dan sesame mereka yang menjadi eleman kepada pembentukan rakyat yang bersatu padu tanpa mengira kedudukan dan agama”” katanya

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong dan keluarga turut mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh rakyat di Negara ini dan berharap sambutan pada tahun ini akan lebih bermakna terutamanya dalam memperkasakan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di Negara ini.

Menurut Lajim sambutan hari raya Aidilfitri ini akan turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama

“ Amalan kunjung mengunjung mampu mewujudkan ikatan perhubungan yang lebih akrab dan mesra dan amat sesuai dengan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak dalam membena keharmonian,kemakmuran dan kemajuan Negara secara beterusan” jelas Lajim

Tambah Lajim rakyat di Negara ini perlu bersyukur kerana Negara kekal aman dan stabil, ekonomi negara juga dalam keadaan baik. Justeru keadaan ini perlu dipertahankan tanpa digugat dengan pelbagai sentiman dan isu yang boleh memecah belahkan keharmonian dan perpaduan rakyat di Negara ini.

Jambatan baru akan selesai masalah kesesakan lalulintas di Beaufort: Lajim





Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyampaikan sumbangan kepada salah seorang warga emas sempana majlis tersebut

BEAUFORT: Kesesakan lalu lintas di jambatan Beaufort dijangka akan dapat diselesaikan dengan pembinaan sebuah jambatan baru iaitu jambatan kedua yang menghubungkan Pusat Bandar Beaufort dengan Beaufort Selatan berharga RM28 juta, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Datuk Lajim Hj Ukin.

“Kontraktor telah pun dilantik untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan jambatan baru itu yang akan dimulakan pada bila-bila masa saja,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa dan mengagihkan sumbangan makanan dan duit raya kepada warga emas dan Ibu-ibu tunggal Dun Klias di Masjid Kabatu, pada Selasa.

Beliau berkata jambatan kedua itu akan dibina di tapak lama hospital merintangi seberang sungai Padas yang ke Taman Melati dan seterusnya sebatang jalan raya akan dibina menuju ke Taman Fo Sang dan akan menggunakan laluan yang menuju ke jalan lama Beaufort-Weston.

“Pembinaan jambatan kedua itu perlu dilaksanakan segera kerana kita melihat keadaan lalu lintas di jambatan itu yang semakin sesak sehingga melambatkan pergerakan kenderaan di sekitar pekan dan di sepanjang jalan menuju ke Hospital terutama sekali ketika pagi dan petang hari Jumaat dan lebih-lebih lagi hari Sabtu iaitu masa Tamu Mingguan Pekan Beaufort.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort itu berkata kesesakan di jambatan Beaufort masa kini bukan hanya berpunca daripada pertambahan bilangan pemilik kenderaan tetapi jambatan itu kini amat penting yang menjadi perantaraan yang menghubungkan Ibu Negeri Sabah ke Sarawak dan Brunei serta ke lebuh raya baru Tenom – Keningau melalui Sipitang.

“Memang kita sudah banyak mendengar rungutan khususnya dari kalangan pengguna jalan atau pemilik kenderaan dari itu pembinaan jambatan kedua ini memang perlu disegerakan,” jelasnya.

Pada masa yang sama beliau memberitahu Kerajaan BN berusaha untuk terus membina dan menyediakan kemudahan untuk rakyat oleh itu rakyat tidak perlulah rasa sangsi akan kewibawaan Kerajaan sejajar dengan arahan Perdana Menteri Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Monday, September 14, 2009

Pembangunan Di Kawasan Parlimen Beaufort Tetap di Teruskan




SERAH SUMBANGAN…Lajim ketika menyerahkan sumbangan berupa sejadah sembahyang kepada pengerusi Masjid Kilugus semasa majlis tersebut

KUALA PENYU Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berjanji akan memastikan projek pembangunan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort akan terus dilaksanakan bagi memenuhi kepentingan rakyat.
Bagi mencapai hasrat itu katanya, kerjasama di kalangan pegawai pegawai kerajaan,pemimpin masyarakat tempatan dan pemimpin-pemimpin parti di negeri ini akan dijalinkan dengan lebih erat.
Tanpa kerjasama tersebut, jelasnya, segala usaha untuk mencapai pembangunan pesat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort tidak akan tercapai.
''Dengan amanah yang diberikan oleh rakyat yang memilih saya sebagai Ahli Parlimen di kawasan ini , saya akan bekerja keras bagi menghasilkan kejayaan terhadap projek-projek pembangunan untuk dilaksanakan di kawasan ini,'' katanya semasa berucap di Majlis Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Kilugus dekat sini baru baru ini
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, kerjasama dengan semua pihak itu penting bagi mencapai sesuatu kejayaan.
Tegasnya tidak ada masalah bagi kerajan Barisan Nasional untuk terus melaksanakan agenda pembangunan untuk kepentingan rakyat walaupun dilihat telah banyak pembangunan telah dilaksanakan di kawasan ini
“ Program program pembangunan khususnya dalam menyediakan prasarana untuk kepentingan rakyat tidak akan dihentikan dimana keperluan ini sentiasa berubah dan bertambah mengikut keperluan semasa” katanya.
Menurutnya bukan sahaja pembangunan insfrastruktur yang diberikan perhatian kerajaan malah program program pembangunan ekonomi akan terus dipertingkatkan bagi memberikan ruang kepada rakyat untuk keluar dari garis kemiskinan khususnya di luar bandar
“ Justeru amat penting rakyat terus bersatu padu bersama kerajaan Barisan Nasional bagi meneruskan agenda ini dan dalam masa yang sama juga rakyat perlu menrebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan khususnya untuk meningkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian” tegas Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Oleh:: Jaafar Abdul Wahid

40 ORANG ANAK ANAK DARI RUMAH YATIM LIMPAHAN KASIH DIRAYAHKAN DALAM MAJLIS BERBUKA PUASA






Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong ketika menyampaikan sampul coklet berrupa "Duit Raya" kepada salah seorang kanak-kanak di majlis tersebut.

KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang kanak-kanak di Rumah Anak Yatim Limpahan Kasih Kuala Lumpur diraikan dalam majlis Berbuka Puasa dan penyampaian sumbangan “sampul coklet” berupa duit raya oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong dikediaman remsi mereka di Jalan Conlay Kuala Lumpur baru baru ini.
Keriangan dan kegembiraan jelas kelihatan di wajah kanak-kanak yang menerima sumbangan tersebut dimana selepas majlis penyampaian sumbangan tersebut mereka turut diberikan jamuan dalam majlis berbuka puasa yang turut dihadiri oleh ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa , Ketua Setiauasa Kementerian,Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Ahmad Kabit
Bercakap kepada media selepas Majlis Tersebut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, majlis serta sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada Tanggungjawab sosial bagi membantu anak-anak yatim agar kegembiraan untuk mereka merayahkan ketibaan hari lebaran dapat dikongsi bersama walaupun mereka kini tidak mempunyai ibubapa tempat bergantung kasih Teks dan Foto Oleh Jaafar Abdul Wahid

Saturday, September 12, 2009

PEMANSUHAN SISTEM KOUTA UNTUK MEMPERKASKAN UMNO







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba ke majlis tersebut

KUALA PENYU:
 Pemansuhan 'sistem kouta serta menambah perwakilan ke perhimpunan agung memperlihatkan usaha ke arah memperkasakan parti Umno di masa depan.


Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin berkata, pemansuhan ini sudah pasti memberi peluang kepada orang melayu dan bumiputera untuk bersama-sama dalam parti Umno.


Katanya, sekiranya masih wujud sistem kouta khususnya bagi jawatan ketua bahagian sudah tentu memerlukan 30-peratus atau sekurang-kurangnya 60-pencalonan bagi melayakkan bertanding jawatan berkenaan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Titian Mersa Raya Aidilfitri 2009 bersama anak-anak yatim & kurang upaya (OKU) kawasan Parlimen Beaufort, di Dewan Shahbandar Makang, Kuala Penyu petang kemarin

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub,Pegawal Penerbitan Rancangan Radio RTM Jali Jambul dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas 
keputusan Majlis Tertingg Umno yang bersetuju 
menghapuskan Sistem Kouta bagi pemilihan parti dan menambah jumlah perwakilan dalam perhimpunan agung parti akan datang

Menurut Lajim dalam tempoh yang sama Umno masih memikirkan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden jika sekiranya wujud individu menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan.
 Ketika ini pihak pengurusan parti masih mencari keadah terbaik untuk memikirkan kedudukan Presiden dan Timbalan presiden sebelum diputuskan dalam mesyuarat tertinggi parti akan datang.


Walaubagaimanapun katanya, setakat ini keputusan muktamat bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian tidak akan menggunakan sistem kouta.


“Pemansuhan sistem kouta ini dilihat cara terbaik untuk menghapuskan 'Gejala Politik Wang' dalam parti umno di masa depan” tambah Lajim yan juga Ketua Umno bahagian Beaufort

Sementara itu ketika berucap dalam majlis Titian Mersa Aidilfitri Datuk Lajim berkata, hubungan arkab yang sedia terjalin antara RTM Sabah dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beaufort akan memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi.


Menurut beliau langkah penganjuran majlis itu memberi peluang kepada semua lapisan rakyat berinteraksi diantara satu sama lain selaras dengan konsep Satu Malaysia. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Thursday, September 10, 2009

LETAKKAN CALON YANG SESUAI BAGI PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG KATA LAJIM AMT UMNO




Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika diwawancara oleh BERNAMA TV Di pejabat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: UMNO /Barisan Nasional boleh meletakkan sesiapa sahaja calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan namun perkiraan utamanya calon yang diletakkan mestilah mampu mencipta kemenangan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata calon yang diletakkan mestilah calon yang boleh diterima oleh penduduk setempat serta serta disenangi oleh semua pihak.

"Tidak kiralah sama ada calon tersebut terdiri dikalangan lelaki atau perempuan, yang penting calon yang diletakkan mestilah disenangi ataupun dikenali oleh para pengundi di Bagan Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh BERNAMA TV di pejabatnya di Pusat Bandar Damansara, semalam yang meminta pandangan beliau mengenai persediaan menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang serta calon sesuai untuk diletakkan di kawasan tersebut.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Barisan Nasional (BN) tidak bermasalah untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang dengan syarat calon yang diketengah adalah calon yang benar-benar memahami kehendak masyarakat setempat .

"Ada pendapat BN perlu meletakkan calon popular, sekiranya sesuatu kawasan itu boleh dimenangi. bagi saya, popular bukan jaminan, untuk kita memenangnya yang penting ialah penerimaan orang ramai terhadap calon yang hendak kita ketengahkan," katanya.

Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang menjadi kosong apabila penyandangnya, Allahyarham Azman Mohd. Nor meninggal dunia, Jumaat lalu.

Pada pilihanraya umum lepas, calon BN dari UMNO memenungi kerusi kawasan ini dengan majoriti 2,333 undi. Allahyarham memperolehi 6,430 mengenapikan pencabarnya calon dari Pas, Ramli Ismail.

Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya dimenangi oleh pembangkang iaitu Chuah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).

Sepekuasi menyatakan bekas menteri besar Negeri Sembilanm, Tan Sri Isa Samad akan diletakkan sebagai calon BN di Bagan Pinang menjadi perbualan hangat.dimana ada yang menyokong dan ada juga menentang.

Bagi Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kedudukan Isa sebagai Ketua UMNO Bahagian dan berpengalaman dalam parti dan kerajaan wajar diberi pertimbangan oleh pucuk pimpinan untuk diletakkan sebagai calon di kawasan tersebut.


"Semua pihak ini bukan sahaja penduduk setempat, pemimpin diperingkat Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan mesti merestui calon yang tersebut. Sekiranya ini dapat dapat dilakukan,saya percaya Bagan Pinang akan dapat kita pertahankan," katanya.

Beliua berkata seperti biasa di mana-mana sahaja pilihan raya sama ada di DUN ataupun Parlimen, pembangkang akan mencipta pelbagai isu untuk menyerang calon BN. Tetapi beliau mengingatkan kepada semua pengundi supaya jangan terpedaya dengan dakyah tersebut kerana memang menjadi tradisi pembangkang mencipta pelbagai kontoversi untuk 'menghentam' calon BN.

"Ini memang kerja pembangkang. Kalau mereka tidak buat isu ataupun timbulkan kontroversi, itu bukan pembangkang namanya. Jadi saya nasihatkan kepada semua pengundi di Bagan Pinang supaya jangan terpedaya dengan apa juga isu yang bakal ditimbulkan oleh pembangkang ini. Sebaliknya kita harus berfikirann terbuka untuk menilai isu-isu yang bakal diketengahkan pembangkang," katanya

Wednesday, September 9, 2009

Masjid platform tingkatkan daya saing umat Islam; TYDP USIA





Timbalan Yang Dipertua (USIA)Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau kepada salah seorang penerima di majlis tersebut

BEAUFORT : Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Datuk Lajim Ukin menyarankan agar Institusi masjid dan surau di negeri ini dijadikan platform kepada umat Islam untuk memperkukuhkan perpaduan disamping meningkatkan daya saing bagi menggalas cabaran dan globalisasi.

Sehubungan itu katanya,usaha memartabatkan institusi masjid dan surau perlu dilakukan terlebih dahulu supaya ia memenuhi keperluan semasa serta perubahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, bagi memastikannya dicapai, jawatankuasa masjid dan surau perlu memperbaiki dan meningkatkan aspek pengurusan, pentadbiran dan program mengimarahkan masjid sentiasa dilaksanakan tanpa mengira musim

“ Program program mengimarahkan masjid sepatutnya tidak hanya dibuat pada musim musim tertentu seperti dalam Ramadan, sebaiknya program mengimarahkan masjid ini sentiasa dilaksanakan setiap masa melalui pelbagai program dan pendekatan bagi menarik Umat Islam sentiasa berkujung ke masjid” katanya ketika berucap di Majlis Ziarah Ramadan Umno bahagian Beaufort di Masjid Kampung Kebulu dekat sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Vendahari bahagian Mohd.Zahari Zinin ,Setiausaha Bahagian Jusih Haji Sarin dan Ketua Daerah Mengundi Kebulu Harris Abd.Hamid

Lajim berkata institusi masjid juga boleh dijadikan saluran berkongsi maklumat, idea dan pengalaman bagi menarik golongan belia dalam memakmurkan masjid memandangkan institusi tersebut selama ini hanya dihadiri oleh golongan dewasa serta orang tua sahaja.

" Perlu ada kesungguhan serta komitmen dari jawatankuasa masjid disamping sokongan masyarakat Islam setempat untuk menyemarakkan fungsi institusi masjid sebagai pusat ilmu selain menyuburkan semangat ukhuwah demi membentuk jaringan kerjasama yang kukuh, efektif dan efisien dalam pengurusan serta pentadbiran masjid” tambah Lajim

Di majlis itu selain berbuka puasa bersama rakyat Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort turut mengagih-agihkan sumbangan berupa wang zakat kepada golongan yang kurang berkemampuan juga sumbangan kewangan untuk keperluan Masjid dan Surau di kawasan berkenaan

Tuesday, September 8, 2009

program inap desa berpotensi dimajukan di Kampung Kota Klias Beaufort






Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika menyampaikan sumbangan naskah Al-Quran kepada Imam Masjid Kampung Kota Klias sempana program Ziarah Ramadan tersebut
KOTA KLIAS BEUFORT: Program Inap Desa berpotensi untuk dimajukan di kawaan ini memandangkan kawasan ini saban hari menerima kedatangan pelancong untuk melihat sepsis Monyet Belanda” Proboscis Monkey” di sekitar sungai Klias
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,sesuai dengan kewujudan kawasan yang menjadi daya tarikan pelancong ke kawasan ini, rakyat wajar mengambil peluang untuk menceburi industri ini
“ Kita berharap kerajaan khususnya agensi berkaitan akan memberi tumpuan khusus untuk meningkatkan perkhidmatan program inap desa di kawasan ini dalam usaha untuk mempromosikan sebagai tempat penginapan pilihan pelancong” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Ziarah Ramadan Umno bahagian Beaufort di Masjid Kampung Kota Klias dekat sini
Menurut beliau setakat ini tidak kurang dari pada 100 orang pelancong sehari melawat ke kawasan ini dan jumlah ini akan bertambah pada musim cuti dan jika banyak Inap Desa dimajukan di kawasan ini dan jika dapat disediakan Inap Desa yang lebih selesa dengan pengisian program program kebudayaan dan hidangan makanan tradisional yang menyelerakan sudah pesti pelancong akan bermalam di sini
Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kesemua kawasan terlibat perlu dikembangkan lagi dengan pakej inap desa yang menarik bagi memastikan keberkesanannya dalam membantu meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.
Menurut beliau, jika program inap desa ini dapat diusahakan dan dimajukan di kawasan ini di negeri ini ianya akan dapat mendatangkan manfaat kepada pengusaha dan pesertanya.
"Kita akan memberi fokus kepada kawasan ini melalui penglibatan rakyat dalam industry inap desa dengan mengenal pasti apa lagi produk yang boleh ditawarkan selain yang sedia ada”
"Apa yang penting ialah bagaimana kita mahu mempromosikan kampung-kampung ini untuk menarik pelancong, sekali gus memberi sumber pendapatan mereka yang terlibat dalam industri itu," katanya.
Menurut Beliau lagi, program inap desa bukan sekadar menyediakan tempat tinggal, bahkan perlu mencakupi program yang lengkap termasuk mempunyai produk berkonsepkan kebudayaan dan ekopelancongan.
"Konsep inap desa mesti betul iaitu penduduk dan pelancong mesti tinggal bersama dan pelancong perlu disajikan dengan budaya serta gaya hidup masyarakat di situ yang sukar diperoleh di kawasan lain," katanya
Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Zinin dan Pemimpin Kemajuan Rakyat Klias Razali Tahir Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Monday, September 7, 2009

MISI ZIARAH RAMADAN UMNO BAHAGIAN BEAUFORT DITERUSKAN






SERAH SUMBANGAN...Lajim ketika menyerahkan sumbangan untuk tabung Surau kepada dan naskah Al Quran salah seorang pengerusi Surau semasa berbuka puasa di Surau Klias Baru.


ZIARAH RAMADAN DITERUSKAN...Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin petang kemarin meneruskan misi Ziarah Ramadan anjuran Umno Bahagian Beaufort .Kali ini Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort memilih dua lokasi yang berbeza pertamanya berbuka puasa bersama masyarakat Islam di Surau Kampung Klias Baru dan selepas berbuka puasa dan sembahyang berjemaah Maghrib beliau bersama rombongan meneruskan perjalanan untuk bersembahyang Isyak dan Sunat Tarawaih di masjid Kampung Pintas. Dimajlis ini beliau turut menyampaikan sumbangan wang zakat kepada mereka yang kurang berkemampuan disamping sumbangan sumbangan lain berupa sejadah dan naskah Al-Quran juga sumbangan kewangan untuk keperluan Masjid dan Surau di kawasan yang dilawati. Mengiringi Ziarah beliau termasuklah Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim serta ahli jawatankuasa Umno Bahagian Beaufort. Ditemui selepas menghadiri kedua-dua majlis ini Lajim berharap semangat perpaduan yang ada hasil dari program ini perlu diteruskan dari masa ke semasa dimana ianya merupakan asas utama bagi rakyat mencapai kemajuan melalui permaufakatan yang sediaada.

Sunday, September 6, 2009

PRESIDEN YBPPS LAWAT DAN SAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA PESAKIT BUAH PINGGANG






Presiden Yayasan Buah Pinggang Sabah Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berbual mesra dengan salah seorang pesakit buah pinggang semasa lawatan tersebut

TIDAK DILUPAKAN.. Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang hanya tinggal dua minggu lagi, tidak semua orang dapat merayahkan dalam suasana yang lengkap dan mengembirakan. Ada sesetengah insan merayahkan dalam penuh kesederhanaan dan kekurangan, begitulah nasip bagi pesakit buah pinggang yang menghabiskan masa berjam jam selama 3 hari untuk tempoh seminggu bagi menjalani "Hemodelisis" (pembersihan) sambutan bagi mereka sudah tentu agak sederhana dengan keupayaan menyediakan kelengkapan yang serba lengkap apabila dalam keadaan penyakit yang tidak mengizinkan mereka untuk bergerak aktif mencari nafkah atau rezeki untuk persediaan menyembut kedatangan labaran. Namun nasip serta keparitan hidup mereka mendapat perhatian dari Presiden Yayasan Buah Pinggang Sabah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin yang baru baru ini memperuntukkan masanya bagi melawat pesakit buah pinggang yang menjalani :Hemodelisis di Pusat Hemodelisis di Ibu Pejabat Polis Kepayan. Lajim semasa kunjungan tersebut selain memberikan dorongan dan nasihat untuk mereka bersabar menerima dugaan dan tekun menjalani hemodelisis beliau juga sempat menghulurkan sampul kuning berupa duit raya kepada pesakit buah pinggang yang menjalani rawatan di pusat tersebut Teks dan Foto Oleh: Jaafar Abdul Wahid