Friday, September 4, 2009

Hayati fungsi masjid



BEAUFORT: Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah ( USIA) Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mahu umat Islam di negeri ini menghayati fungsi masjid sebagai tempat ibadat dan simbol perpaduan ummah tanpa mengira fahaman politik, kedudukan dan pangkat .
Katanya,, sempena Ramadan ini, semua pihak perlu memahami peranan masjid untuk menyatukan ummah khususnya di kalangan orang Melayu yang sedikit tercalar akibat terbawa-bawa fahaman tertentu sejak akhir-akhir ini.
''Sempena bulan mulia ini, marilah sama-sama kita memelihara kesucian Islam dengan merapatkan perpaduan serta memperoleh rahmat Allah dan memohon agar kehidupan kita terus memperolehi kebarkatan dan kemajuan” katanya
Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa ajuran UMno bahagian Beaufort Bersama umat Islam di Masjid Kampung Kebulu dekta ini malam kemarin
Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Setiausaha Bahagian Jusih Haji Sarin, Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Zinin Ketua Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Ketua Daerah Mengundi Kebulu Haris Hamid
Menurut Lajim sempena Ramadan ini, umat Islam wajar meningkatkan ibadat masing-masing dan menjadikan masjid sebagai tempat berkumpul untuk berbuka puasa, solat tarawih, tadarus, qiamullail, tazkirah, sambutan Nuzul al-Quran, khatam al-Quran dan kegiatan lain yang boleh menguatkan keimanan masing-masing.
''Masjid perlu digunakan sebaik mungkin bukan sahaja oleh golongan tertentu, malah membabitkan seluruh umat Islam dalam kariah masing-masing untuk memperoleh ilmu bagi pemantapan rohani dan jasmani," Kata Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort.
Tambah Lajim lagi, masjid wajar diimarahkan sepanjang masa sebagai pusat pembangunan sosial, pendidikan ekonomi dan kebajikan penduduk setempat di samping memohon keredaan Allah.

No comments:

Post a Comment