Thursday, September 17, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA AIDIL FITRI AHLI PERLIMEN BEAUFORT PADA 26 SEPT 2009




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong, mengucapkan selamat Hariraya Aidil Fitri kepada seluruh rakyat Malaysia dan berharap sambutan kali ini akan menjadi wadah untuk memperkukuhkan perpaduan sesuai dengan Konsep 1 Malaysia

KOTA KINABALU: Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin akan diadakan pada 26 September 2009 bertempat di kediaman resmi beliau di Kampung Kebatu Beaufort.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Pegawau Media beliau Jaafar Abdul Wahid majlis yang bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 2.00 petang itu akan dihadiri oleh rakyat jelata pelbagai kaum khususnya dari kawasan Parlimen Beaufort termasuklah pemimpin pemimpin politik di negeri ini.

“ Ini merupakan rumah terbuka kali kedua bagi Lajim setelah menjadi ahli Parlimen dan di lantik ke jawatan Timbalan Menteri Persekutuan dimana kita menjangka tidak kurang dari 8,000 orang akan menghadiri majlis ini nanti” katanya.

Menurut Jaafar yang juga Ahli jawatankuasa Biro Penerangan Umno bahagian Beaufort majlis rumah terbuka ini dianjurkan bagi memberikan peluang kepada rakyat khsusunya di Parlimen Beaufort termasuk pemimpin politik kunjungi mengunjungi dan bermaaf-maaafan disamping akan menjadi wadah untuk merapatkan hubungan silatulrahim.

“ Selari dengan gagasan 1 Malaysia, kita berharap melalui majlis rumah terbuka ini, rakyat dapat bertemu,bermesra dengan pemimpin dan sesame mereka yang menjadi eleman kepada pembentukan rakyat yang bersatu padu tanpa mengira kedudukan dan agama”” katanya

Sementara itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bersama isteri Datin Seri Panglima Hajah Normilah Siong dan keluarga turut mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada seluruh rakyat di Negara ini dan berharap sambutan pada tahun ini akan lebih bermakna terutamanya dalam memperkasakan semangat perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum di Negara ini.

Menurut Lajim sambutan hari raya Aidilfitri ini akan turut diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama

“ Amalan kunjung mengunjung mampu mewujudkan ikatan perhubungan yang lebih akrab dan mesra dan amat sesuai dengan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Mohd.Najib Tun Razak dalam membena keharmonian,kemakmuran dan kemajuan Negara secara beterusan” jelas Lajim

Tambah Lajim rakyat di Negara ini perlu bersyukur kerana Negara kekal aman dan stabil, ekonomi negara juga dalam keadaan baik. Justeru keadaan ini perlu dipertahankan tanpa digugat dengan pelbagai sentiman dan isu yang boleh memecah belahkan keharmonian dan perpaduan rakyat di Negara ini.

No comments:

Post a Comment