Friday, September 4, 2009

PERPECAHAN PENYEBAB KEMEROSOTAN UMAH SAKARAN




IKATAN SILATULRAHIM…Sakaran diiringi oleh Lajim dan Abdullah bersalaman dengan umat islam setempat sejurus tiba di majlis tersebut

KUALA PENYU: Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluuruh Sabah (USIA) Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran Dandai menyeru umat Islam agar bersatu hati dan meningkatkan penghayatan ajaran Islam.

Menurut beliau Inilah jalan yang sebaik-baiknya bagi umat Islam menjayakan segala usaha ke arah mencapai kemajuan dan kesejahteraaan hidup di dunia dan akhirat,

“ Islam merupakan agama samawi yang mempunyai ajaran yang baik yang dapat dilihat dengan jelas dalam isi kandungan al-Quran dan hadis Rasulullah” katanya ketika berucap di majlis Berbuka Puasa anjuran (USIA) Di Masjid Nur Hayat Pekan Kuala Penyu petang kemarin.

Hadir sama Timbalannya Datuk Seri Paglima Haji Lajim haji Ukin, Naib Yang Dipertua Datuk Matussin Awang Damit, Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin,Ketua (USIA) bahagian Kuala Penyu Awang Hashim Ag. Damit dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo

Islam, menurut Sakaran lagi, telah menjelaskan bahawa antara punca kekuatan ummah ialah ilmu pengetahuan yang manifestasi ajarannya amat jelas daripada pengertian wahyu pertama dalam surah al-Alaq.

``Daripada pengertian ayat ini, jelaslah bahawa melalui ilmu pengetahuan kita dapat membina kemajuan, yang meliputi semua keperluan hidup manusia seperti hal ehwal ekonomi, sains dan teknologi, kemasyarakatan, sahsiah dan sebagainya,'' Katanyam

Menurut Sakaran kemajuan yang dicapai oleh sesuatu umat tidak mungkin dapat bertahan sekiranya umat itu tidak bersatu padu.

``Perpaduan amat penting dalam kita memelihara kemajuan, kecemerlangan dan kesejahteraan. Sehubungan ini Allah telah menyeru kepada seluruh umat Islam supaya bersatu padu dan mengelak daripada perpecahan,'' katanya

Terdahuku ketika berucap di majlis itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, kerajaan sentiasa menyedari bahaya gejala perpecahan kerana itu kerajaan telah dan akan sentiasa mengambil langkah tegas dan pantas, cermat dan bijaksana dalam mengawal api perpecahan selain sentiasa mengawasi dan membanteras gejala yang boleh mengancam keselamatan negara.

``Pihak kerajaan akan sentiasa memastikan keharmonian terpelihara dan rakyat dapat hidup dalam keadaan bersatu padu, aman dan sentosa, dan ini turut terkandong dalam Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri '' katanya

Sehubungan dengan itu Lajim mengajak Umat Islam agar menjadikan bulan Ramadan sebagai wadah untuk merapatkan hubungan dan semangat perpaduan dengan mengimarahkan masjid dan surau dengan pelbagai program keagamaan yang boleh merapatan hubungan masyarakat Islam setempat

No comments:

Post a Comment