Monday, September 28, 2009

IBUNANDA TIMBALAN MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KEMBALI KE RAHMAT ALLAH






Ibunanda kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Hajah Isyah Haji Ibrahim telah kembali ke rahmat Allah di rumah mereka di kampung Koundo Kebatu Beaufort pada malam Isnin lepas. Allahyarham yang berusia 81 Tahun meninggal dunia ketika angin ribut melanda beberapa buah daerah di negeri ini termasuk di daerah Beaufort. Alllahyarhamah sebelum ini menghidap penyakit asma meninggal dunia di hadapan suaminya Haji Ukin Bakar dan beberapa orang anaknya. Lebih dari 2000 orang pemimpin dan rakyat pelbagai kaum datang menziarahi jenazah mereka termasuklah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Dato Hajjah Azizah Datuk Seri Panglima Mohd.Dun, Ahli Parlimen Sipitang Datuk Sapawi Haji Ahmad,Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi,Wakil Rakyat Sinduman Ahmad Haji Bujang,Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Khairuddin Draman,Pengarah PPR Jabatan Perumahan Negara Wan Hussin Wan Hassan, sanak saudara dan sahabat handai. Jenazah allahyarhamah telah disembahyang di masjid Jamek Kampung Kebatu dan dikebumikan ditanah perkuburan Islam kampung Kebatu.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bersama keluarga semasa ditemui selepas majlis pengebumian jenazah turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan terhadap ziarah,doa dan sumbangan yang diberikan semasa majlis pengkebumian allahyarhamah.


Kami di meja editor MPBEAUFORT BLOGSPOT.COM mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarhamah dan berdoa moga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dari Allah SWT.Amin

No comments:

Post a Comment