Wednesday, September 2, 2009

Fahami Gagasan 1 Malaysia : Lajim





SALAM UKHWAH..Lajim bersalaman dengan pegawai pegawai kerajaan sejurus tiba ke majlis tersebut

BEAUFORT : Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mengingatkan pejawat awam dan pemimpin masyarakat di negeri ini betapa penting gagasan '1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' difahami secara mendalam bagi memastikan kestabilan Negara. keharmonian kaum dan kemajuan dapat terus terus dijana
Dalam ucapannya di majlis Berbuka Puasa Bersama Pegawa Pegawai Kerajaan dan pemimpin masyarakat tempatan di Masjid Daerah Beaufort di sini malam tadi, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menegaskan, elemen perpaduan merupakan komponen paling penting untuk dipertahankan dalam usaha negara mengecap kemajuan pembangunan menjelang 2020.
''Di Negara kita , isu perpaduan adalah penting, sebab itu pendekatan gagasan 1Malaysia difikirkan Perdana Menteri penting untuk diingati oleh rakyat apa lagi ianya melibatkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat” Kata Lajim yang juga Timbalan Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA)
“ Apabila kepentingan rakyat diutamakan ianya menuntut kita sebagai pemimpin dan penjawat awam mengutamakan kepentingan rakyat dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab kita terutamanya memestikan sistem penyampaian kita berkesan dan memenuhi asprasi rakyat” tambah beliau
Hadir sama pada majlis tersebut Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar,Penolong Pegawai Daerah Beaufort Mohd. Said Othman dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,
Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort konsep bekerja berpasukan merupakan budaya murni yang perlu diterapkan oleh penjawat awam dan pemimpin masyarakat khususnya dalam menangani pelbagai isu yang dihadapi oleh masyarakat setempat.
“Pelbagai langkah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membentuk satu kelompok masyarakat majmuk yang bertoleransi dan saling bekerjasama antara satu sama lain dimana semua pihak perlu memainkan peranan bagi memelihara usaha ini membawa kesan yang positif untuk membawa lebih banyak kemajuan untuk dikecapi oleh rakyat” katanya

No comments:

Post a Comment