Sunday, September 6, 2009

HARGAI NIKMAT KEMAKMURAN NEGARA LAJIM





Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringi oleh Timbalannya Isnin Haji Alisanih dan Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim ketika menyampaikan sumbangan untuk tabung Masjid kepada salah seorang pengerusi masjid sempena majlis tersebut

KUALA PENYU: Umat Islam di negara ini wajar memanjatkan rasa syukur dengan nikmat keamanan yang sediada sehingga mereka dapat menjalani ibadat puasa dan bakal merayakan Aidilfitri dengan penuh gembira serta selamat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata selain keamanan yang dikecapi ekonomi yang semakin stabil, perpaduan yang sedia terjalin membolehkan rakyat melakukan aktiviti harian dengan gembira berbanding dengan rakyat di negara Islam lain yang sentiasa diselubungi ketakutan.

"Kita wajar bersyukur ke hadrat Allah dan gembira dengan keamanan dan keharmonian yang dikecapi oleh Negara kita yang membolehkan kita mengerjakan ibadat puasa dalam suasana yang aman dan tenang seterusnya , bakal merayahkan sambutan aidilfitri dalam suasana aman serta selama. Katanya ketika berucap di majlis Berbuka Puasa anjura Umno bahagian Beaufort di Masjid Kampung Kerukan dekat sini petang kemarin.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim.Bendahari Bahagian Mohd.Zahari Zinin dan Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin.
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berbeza dengan keadaan di bebeapa buah Negara Islam di dunia ini yang berhadapan dengan pelbagai masalah seperti peperangan, bencana alam dan rusuhan kaum ,Umat Islam di Negara ini perlu menjadikannya sebagai iktibar dengan terus berusaha memperkukuhkan perpaduan di kalangan mereka.
“ Jika kita terus bersatu padu, hormat menghormati dan saling bekerjasama suasana aman harmoni ini akan kekal dan ini memudahkan kerajaan untuk terus merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan demi kepentingan rakyat” tambah Lajim
Beliau menambah keamanan dan kemakmuran yang dikecapi Negara ketika ini kerana ianya dipimpin oleh sebuah Kerajaan yang mempunyai iltizam dan kesungguhan untuk membangunkan Negara menjadi sebuah Negara maju dan menjadi contoh dalam aspek memelihara perpaduan dikalangan rakyatnya walaupun ianya terdiri dari pelbagai bangsa dan agama.
“ Sebagai rakyat menjadi tanggungjawab kita untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan dengan menghindarkan diri dari terjebak dan dipengaruhi dengan pelbagai proganda yang cuba dimainkan oleh individu yang mempunyai kepentingan peribadi” katanya
Malah katanya Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri lebih menumpukan perhatian terhadap aspek pembangunan rakyat dengan mengutamakan pencapaian demi kemajuan secara beterusan
Di majlis itu Lajim yang juga Ahli Parlimen turut mengagih-agihkan sumbangan untuk tabung masjid dan surau juga wang zakat fitrah kepada golongan yang kurang berkemampuan

No comments:

Post a Comment