Tuesday, September 1, 2009

KADAR BANTUAN PKB AKAN DIKAJI SEMULA



SERAH BANTUAN PKB….Kelihatan Lajim semasa menyampaikan bantuan di bawah program PKB di Majlis Daerah Marang Terengganu Baru baru ini.

KOTA KINABALU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedia mengkaji kadar bantuan bagi Program Pembasmian Kemiskinan Dalam Bandar (PKB) agar lebih sesuai dengan keperluan kos sara hidup terutamanya di kawasan bandar yang semakin meningkat.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, PKB yang mula diperkenalkan oleh kerajaan pusat sejak tahun 2006 ini bertujuan untuk membantu rakyat miskin di kawasan bandar , bagaimanapun kadar bantuan yang diberikan tidak setimpal dengan keperluan semasa terutamanya dalam peningkatan kos sara hidup yang agak tinggi di kawasan Bandar.

“ Ketetapan kadar bantuan ini telah ditentukan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU) dan IPU .dimana pihak KPKT dan pihak berkuasa tempatan hanya bertanggungjawab untuk mengagih-agihkan bantuan ini kepada mereka yang layak di kawasan PBT masing-masing” katanya semasa diwawancara secara langsung dalam Program Helo Malaysia Bernama TV malam tadi.

Menurut Lajim kadar yang telah ditetapkan sekarang bagi rakyat di kawasan bandar di Semananjung Malaysia adalah mereka yang berpendapatan RM 740 sebulan . di Sarawak RM 860 sebulan sementara di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah bagi mereka yang berpendapatan sekitar RM970 sebulan adalah layak menerima program (PKB)

“Dibandingkan dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini sudah tentu kadar bantuan ini agak rendah, justeru kementerian sedia mengkaji dengan mengemukakan cadangan kepada kerajaan bagi menentukan kadar bantuan (PKB) yang lebih sesuai mengikut keperluan semasa” Tambah Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort bagi program bantuan (PKB) ini mereka yang layak akan menerima bantuan dari segi pembayaan sewa rumah, keperluan pendidikan anak-anak termasuklah bantuan perubatan bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang.

Dalam perkembangan yang sama Lajim berkata untuk tempoh Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMK-9) Kementerian beliau telah diperuntukan sejumlah RM 130 juta untuk melaksankan program ini ,dimana setakat 31 Julai tahun ini lebih dari RM 70 juta telah pun diagih-agihkan kepada keseluruhan PBT di negeri ini

Selain itu Lajim berkata, kementerian beliau juga turut memberikan perhatian terhadap perlaksanaan projek Perumahan Rakyat ( PPR) dengan harapan ianya dapat membantu golongan yang berpendapatan rendah untuk menduduki rumah yang lebih selesa dimana program ini merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam Bandar .Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment