Saturday, September 12, 2009

PEMANSUHAN SISTEM KOUTA UNTUK MEMPERKASKAN UMNO







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba ke majlis tersebut

KUALA PENYU:
 Pemansuhan 'sistem kouta serta menambah perwakilan ke perhimpunan agung memperlihatkan usaha ke arah memperkasakan parti Umno di masa depan.


Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin berkata, pemansuhan ini sudah pasti memberi peluang kepada orang melayu dan bumiputera untuk bersama-sama dalam parti Umno.


Katanya, sekiranya masih wujud sistem kouta khususnya bagi jawatan ketua bahagian sudah tentu memerlukan 30-peratus atau sekurang-kurangnya 60-pencalonan bagi melayakkan bertanding jawatan berkenaan.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Titian Mersa Raya Aidilfitri 2009 bersama anak-anak yatim & kurang upaya (OKU) kawasan Parlimen Beaufort, di Dewan Shahbandar Makang, Kuala Penyu petang kemarin

Hadir sama Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu Abdul Rahim Yakub,Pegawal Penerbitan Rancangan Radio RTM Jali Jambul dan Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata demikian ketika diminta mengulas 
keputusan Majlis Tertingg Umno yang bersetuju 
menghapuskan Sistem Kouta bagi pemilihan parti dan menambah jumlah perwakilan dalam perhimpunan agung parti akan datang

Menurut Lajim dalam tempoh yang sama Umno masih memikirkan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden jika sekiranya wujud individu menawarkan diri bertanding jawatan berkenaan.
 Ketika ini pihak pengurusan parti masih mencari keadah terbaik untuk memikirkan kedudukan Presiden dan Timbalan presiden sebelum diputuskan dalam mesyuarat tertinggi parti akan datang.


Walaubagaimanapun katanya, setakat ini keputusan muktamat bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Majlis Tertinggi dan Ketua Bahagian tidak akan menggunakan sistem kouta.


“Pemansuhan sistem kouta ini dilihat cara terbaik untuk menghapuskan 'Gejala Politik Wang' dalam parti umno di masa depan” tambah Lajim yan juga Ketua Umno bahagian Beaufort

Sementara itu ketika berucap dalam majlis Titian Mersa Aidilfitri Datuk Lajim berkata, hubungan arkab yang sedia terjalin antara RTM Sabah dan Pejabat Perhubungan Parlimen Beaufort akan memberi manfaat kepada rakyat di peringkat akar umbi.


Menurut beliau langkah penganjuran majlis itu memberi peluang kepada semua lapisan rakyat berinteraksi diantara satu sama lain selaras dengan konsep Satu Malaysia. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment