Thursday, September 10, 2009
LETAKKAN CALON YANG SESUAI BAGI PILIHANRAYA KECIL DUN BAGAN PINANG KATA LAJIM AMT UMNO
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika diwawancara oleh BERNAMA TV Di pejabat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR: UMNO /Barisan Nasional boleh meletakkan sesiapa sahaja calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan namun perkiraan utamanya calon yang diletakkan mestilah mampu mencipta kemenangan.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata calon yang diletakkan mestilah calon yang boleh diterima oleh penduduk setempat serta serta disenangi oleh semua pihak.
"Tidak kiralah sama ada calon tersebut terdiri dikalangan lelaki atau perempuan, yang penting calon yang diletakkan mestilah disenangi ataupun dikenali oleh para pengundi di Bagan Pinang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh BERNAMA TV di pejabatnya di Pusat Bandar Damansara, semalam yang meminta pandangan beliau mengenai persediaan menghadapi pilihanraya kecil Bagan Pinang serta calon sesuai untuk diletakkan di kawasan tersebut.
Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Barisan Nasional (BN) tidak bermasalah untuk mempertahankan DUN Bagan Pinang dengan syarat calon yang diketengah adalah calon yang benar-benar memahami kehendak masyarakat setempat .
"Ada pendapat BN perlu meletakkan calon popular, sekiranya sesuatu kawasan itu boleh dimenangi. bagi saya, popular bukan jaminan, untuk kita memenangnya yang penting ialah penerimaan orang ramai terhadap calon yang hendak kita ketengahkan," katanya.
Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang menjadi kosong apabila penyandangnya, Allahyarham Azman Mohd. Nor meninggal dunia, Jumaat lalu.
Pada pilihanraya umum lepas, calon BN dari UMNO memenungi kerusi kawasan ini dengan majoriti 2,333 undi. Allahyarham memperolehi 6,430 mengenapikan pencabarnya calon dari Pas, Ramli Ismail.
Parlimen Teluk Kemang mempunyai lima kerusi DUN dengan tiga daripadanya dimenangi oleh pembangkang iaitu Chuah oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) Lukut (DAP) dan Port Dickson (PKR).
Sepekuasi menyatakan bekas menteri besar Negeri Sembilanm, Tan Sri Isa Samad akan diletakkan sebagai calon BN di Bagan Pinang menjadi perbualan hangat.dimana ada yang menyokong dan ada juga menentang.
Bagi Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort kedudukan Isa sebagai Ketua UMNO Bahagian dan berpengalaman dalam parti dan kerajaan wajar diberi pertimbangan oleh pucuk pimpinan untuk diletakkan sebagai calon di kawasan tersebut.
"Semua pihak ini bukan sahaja penduduk setempat, pemimpin diperingkat Pusat, Negeri, Bahagian dan Cawangan mesti merestui calon yang tersebut. Sekiranya ini dapat dapat dilakukan,saya percaya Bagan Pinang akan dapat kita pertahankan," katanya.
Beliua berkata seperti biasa di mana-mana sahaja pilihan raya sama ada di DUN ataupun Parlimen, pembangkang akan mencipta pelbagai isu untuk menyerang calon BN. Tetapi beliau mengingatkan kepada semua pengundi supaya jangan terpedaya dengan dakyah tersebut kerana memang menjadi tradisi pembangkang mencipta pelbagai kontoversi untuk 'menghentam' calon BN.
"Ini memang kerja pembangkang. Kalau mereka tidak buat isu ataupun timbulkan kontroversi, itu bukan pembangkang namanya. Jadi saya nasihatkan kepada semua pengundi di Bagan Pinang supaya jangan terpedaya dengan apa juga isu yang bakal ditimbulkan oleh pembangkang ini. Sebaliknya kita harus berfikirann terbuka untuk menilai isu-isu yang bakal diketengahkan pembangkang," katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment