Monday, September 28, 2009

TRADISI RUMAH TERBUKA ERAT PERPADUAN KIKIS SIKAP PREJUDIS LAJIM







Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin bersama isteri Datin Seri Hajah Normilah Siong bersalaman dengan masyarakat tiong hwa yang turut hadir ke majlis rumah terbuka Aidil Fitri mereka tahun ini
BEAUFORT: Kehadiran hampir 10,000 orang rakyat dari pelbagai kaum dan agama ke majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin di kampong Kebatu pagi Kemarin adalah manifestai perpaduan dan keharmonian kaum terus kukuh di negeri ini.

Malah Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ketika ditemui di majlis ini mahukan rakyat menggunakan budaya kunjungi mengunjungi dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri sebagai wadah mengeratkan hubungan silatulrahim .

Beliau berpendapat tradisi rumah terbuka adalah petua yang boleh mengeratkan perpaduan dan mengkikiskan sikap prejudis antara masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

“ Jika Sabah menjadi ikon dalam konteks perhubungan kaum yang harmoni dan bersatupadu ianya perlu terus diperkasakan dan dipertahankan dimana ianya merupakan eleman penting bagi rakyat di negeri ini untuk terus menikmati kemajuan pembangunan yang berterusan” katanya

Menurut Lajim Aidilfitri ini bukan untuk diraikan oleh umat Islam sahaja, sebenarnya ia sudah menjadi budaya bahawa Hari Raya ini disambut dan diraikan oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk bukan beragama Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu Lajim turut mengajak umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia memanfaatkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan memulih dan memperbaiki hubungan yang dingin dan retak sesama mereka

“Kita perlu gunakanlah peluang sempena hari dan bulan baik ini untuk memperkasakan perpaduan dan ikatan muhibah seluruh rakyat pelbagai agama dan bangsa," katanya

Dalam perkembangan berkaitan Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, rakyat khususnya umat Islam di Negara ini perlu bersyukur hidup dalam suasana aman dan damai berbeza dengan rakyat di lain lain Negara yang hidup di bawah pelbagai bentuk tekanan politik, ekonomi mahupun psikologi akibat prejudis yang tercetus oleh peperangan terhadap keganasan global

Katanya, apa yang dikecapi umat Islam di Malaysia tidak terjadi dengan sendiri tetapi hasil pengorbanan darah, keringat dan air mata para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang

“ Suasana ini turut disokong oleh kerajaan yang bertanggungjawab dan berwawasan jauh serta disokong oleh jentera perkhidmatan awam yang cekap lagi profesional," katanya.
“Antara tetamu kenamaan yang mengunjungi rumah terbuka itu ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Dato Hajah Azizah Mohd. Dun.,Pembantu MenteriKerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Ghulam Haidar Khan, Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Ombi, Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing serta pemimpin pemimpin Barisan Nasional Parlimen Beaufort.

No comments:

Post a Comment