Saturday, September 5, 2009

PROGRAM ZAIARAH RAMADAN RAPATKAN PEMIMPIN DAN AHLI






DISAMBUT…Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim antara pemimpin parti yang menyembut ketibaan Lajim untuk berbuka puasa bersama rakyat di Surau Kampung Nukahan

BEAUFORT: Program Ziarah Ramadan yang dipelopori oleh Umno bahagian Beaufort sejak beberapa tahun lepas berjaya merapatkan hubungan antara pemimpin dan ahli di peringkat akar umbi.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, program 4 dalam satu itu meliputi majlis berbuka puasa ,sembahyang berjemaah , penyampaian bantuan, disamping mempermudahkan intreksi secara langsung antara pemimpin dan rakyat.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan perlaksanaan program ini merupakan nilai tambah bagi menjayalan gagasan 1 Malaysia yang mensasarkan keperluan rakyat didahulukan sekaligus pencapaian sesebuah organisasi seperti parti Umno itu dapat dinilai oleh rakyat sendiri.

"Program seumpamanya juga diharap memberi ruang serta peluang kepada rakyat jelata khususnya agli-ahli parti untuk bersama dengan pemimpin bagi dapat merasai suara dan nadi rakyat secara terus untuk diberi perhatian", Katanya ketika ditemui selepas menghadiri dua majlis program berbuka Puasa di Masjid Kampung Nukahan dan sembahyang berjemaah isyak dan sunat Tarawih di Masjid Kampung Kota Klias dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih,Bendahari Umno bahagian Mohd.Zahari Zinin ,Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin serta kepimpinan Umno bahagian Beaufort.

Lajim menambah melalui program tersebut hubungan secara langsung antara pemimpin dan ahli parti dapat dipereratkan dan berupaya memperkukuhkan perpaduan dikalangan rakyat jelata dimana ianya amat penting sebagai agen melaksanakan pelbagai program pembangunan di kawasan masing-masing.

“ Kecendrungan pemimpin parti yang tidak beragama Islam turun padangn untuk bersama-sama dalam majlis yang kita anjurkan merupakan sesuatu perkembangan positif dimana ianya menampakkan wujudnya semangat bersatu tanpa mengira kaum dan agama” katanya

Dalam pada itu Ketua Umno bahagian Beaufort itu juga mengharapkan ahli parti dan rakyat secara keeluruhannya merebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan khususnya dalam menjana peningkata taraf siso ekononmi mereka seharian.

“ Kesetabilan politik yang sediaada membolehkan kerajaan merangka dan melaksanakan pelbagai program pembangunan untuk kepentingan rakyat ,justeru segala peluang dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini seharusnya dimanafaatkan sepenuhnya oleh rakyat” jelas Lajim

Dimajlis tersebut selain berbuka puasa bersama rakyat, bersembahyang berjemaah Lajim juga turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada golongan yang kuran berkemampuan, ibu tunggal, warga tua, anak-anak yatim paitu juga turut menyampaikan sumbangan naskah Al Quran kepada setiap Masjid dan Surau yang dikunjugi.

No comments:

Post a Comment