Monday, September 14, 2009

Pembangunan Di Kawasan Parlimen Beaufort Tetap di Teruskan




SERAH SUMBANGAN…Lajim ketika menyerahkan sumbangan berupa sejadah sembahyang kepada pengerusi Masjid Kilugus semasa majlis tersebut

KUALA PENYU Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berjanji akan memastikan projek pembangunan khususnya di kawasan Parlimen Beaufort akan terus dilaksanakan bagi memenuhi kepentingan rakyat.
Bagi mencapai hasrat itu katanya, kerjasama di kalangan pegawai pegawai kerajaan,pemimpin masyarakat tempatan dan pemimpin-pemimpin parti di negeri ini akan dijalinkan dengan lebih erat.
Tanpa kerjasama tersebut, jelasnya, segala usaha untuk mencapai pembangunan pesat di negeri ini khususnya di kawasan Parlimen Beaufort tidak akan tercapai.
''Dengan amanah yang diberikan oleh rakyat yang memilih saya sebagai Ahli Parlimen di kawasan ini , saya akan bekerja keras bagi menghasilkan kejayaan terhadap projek-projek pembangunan untuk dilaksanakan di kawasan ini,'' katanya semasa berucap di Majlis Ziarah Ramadan di Masjid Kampung Kilugus dekat sini baru baru ini
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menambah, kerjasama dengan semua pihak itu penting bagi mencapai sesuatu kejayaan.
Tegasnya tidak ada masalah bagi kerajan Barisan Nasional untuk terus melaksanakan agenda pembangunan untuk kepentingan rakyat walaupun dilihat telah banyak pembangunan telah dilaksanakan di kawasan ini
“ Program program pembangunan khususnya dalam menyediakan prasarana untuk kepentingan rakyat tidak akan dihentikan dimana keperluan ini sentiasa berubah dan bertambah mengikut keperluan semasa” katanya.
Menurutnya bukan sahaja pembangunan insfrastruktur yang diberikan perhatian kerajaan malah program program pembangunan ekonomi akan terus dipertingkatkan bagi memberikan ruang kepada rakyat untuk keluar dari garis kemiskinan khususnya di luar bandar
“ Justeru amat penting rakyat terus bersatu padu bersama kerajaan Barisan Nasional bagi meneruskan agenda ini dan dalam masa yang sama juga rakyat perlu menrebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan khususnya untuk meningkatkan taraf siso ekonomi mereka seharian” tegas Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Oleh:: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment