Friday, July 31, 2009

MENGANJAK HALA TUJU PEMUDA






LANCAR...Lajim diiringi oleh Mohd.Ishak,Azman,Dan Haji Hafiz melancarkan laman Blog Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort sempena perasmian persidangan tersebut

BEAUFORT: Pergerakan Pemuda UMNO perlu membuat penilaian semula perjuangan dan juga perspektifnya sendiri bagi dalam menghadapi trend dunia yang berubah dan cabaran serba baru terutamanya dalam agenda merakyatkan parti selaras dengan aspirasi pemuda
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata penilian ini termasuklah penyusunan semula dari segi gerak kerjanya dan pendekatan kepada golongan ini yang telah dikesan pada pilihanraya umum yang lepas kurang memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional
“ Jika Pemuda sudah menyusun satu program yang merangkumi agenda-agenda baru, maka ia perlulah membuat satu perspektif baru dalam asas-asas perjuangan untuk pergerakan itu sendiri agar timbul minat serta kesedaran bagi pemuda menyertai dan menghargai perjuangan Umno selama ini” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan pemuda Umno bahagian Beaufort Kali ke 16 di dewan Perniagaan Tiong Hwa dekat sini kemarin
Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Ibrahim, Naib Ketua Pemuda Azaman Datuk Seri Panglima Lajim, Wakil Pergerakan Pemuda Umno Negeri Haji Hafiz Yaman Musa Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Sarin dan Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd.Zinin.
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Pemuda perlu merakyatkan UMNO, jangan menjadikannya terlalu eksklusif dengan kedudukan pangkat yang ada,sebaliknya perlu berusaha memperkuatkan parti terutamanya mendekati cabaran golongan pengundi muda masa kini.
Jelasnya, Pemuda UMNO seharusnya lebih bersedia menghadapi cabaran tersebut memandangkan UMNO kini berdepan dengan realiti baru, dengan lebih enam juta pengundi baru mempunyai pandangan serta persepsi tersendiri mengenai parti.
Menurutnya beberapa isu pemuda masa kini dari aspek pendidikan, keruntuhan moral,gejala sosial dan pengangguran perlu diberikan perhatian serius oleh pergerakan pemuda dan mencari makanisme untuk bersama-sama kepimpinan dan kerajaan menanganinya.
“ Anjurkan lebih banyak program program pendidikan,keagamaan ,latihan kemahiran dan sebagainya, manafaatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaanbagi menjalin kerjasama melaksanakan program yang boleh membantu golongan ini” tegas Lajim

“ Di samping UMNO meneruskan politik pembangunan, kini Pemudanya pula sedang menuju ke arah perjuangan yang lebih penting iaitu memberi satu nilai dan makna kepada agenda perjuangan pergerakan itu sendiri” tambah Lajim
Lajim menambah Pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang lalu Presiden Umno Dato Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak meminta agar beliau disafkanlah dengan sekumpulan pimpinan pemuda yang ampuh dan padu, setia,berintergeriti,berkebolehan lagi berdedikasi yang seharusnya menjadi asas perjuangan pemuda hari ini seiring dengan konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan ,Prestasi Diutamakan”
Menurut beliau lagi, salah satu aspek yang perlu ditekan dalam hala tuju Pemuda UMNO ialah pergerakan itu mesti bersedia untuk bergerak ke arah yang lebih unggul dan cemerlang kerana tahap persaingan baru sekarang bukan lagi persaingan atas nama politik perkauman atau politik pembangunan, tetapi di atas gelanggang yang baru iaitu pertarungan idea.
“ Kini bukan lagi di era pertarungan menunjukkan siapa lebih kuat tenaga ataupun laungan suaranya, tetapi siapa yang lebih pintar dari segi ideanya dengan bantuan kekuatan keilmuannya adalah eleman penting membena kekuatan parti dan keyakinan rakyat unuk memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional ” katanya

Thursday, July 30, 2009

ILMU PERLU DILETAKKAN SEBAGAI KEUTAMAAN







MESRA...Lajim bersama Isnin bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan majlis tersebut

BEAUFORT: Golongan pelajar di negeri ini diingatkan agar meletakkan kepentingan menuntut ilmu sebagai satu keutamaan bagi mempestikan masa depan mereka cemerlang dan berdaya maju bagi menghadapi sebarang cabaran.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pelajar perlu menerima hakikat hanya dengan berbekalkan ilmu pengetuhan mereka dapat membena landsakap kehidupan mereka dengan lebih baik yang manafaatnya dapat dikongsi oleh keluarga dan Negara.

“ Perlu timbul kesedaran dan keinsfan pada diri sendiri, ibubapa berkorban masa,tenaga dan wang ringgit menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana mahukan masa depan mereka(pelajar) terbela dan berjaya dalam kerjaya masing-masing” katanya ketika berucap merasmikan program Klinik UPSR Zon Beaufort di dewan SMK Teknik dekat sini.

Hadir sama wakil Pegawai Pelajaran Beaufort Zulkifi Abd.Hamid. Pengerusi Penganjur Tajuddin Asari,Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Isnfrastruktur Isnin Haji Aliasnih dan Yang Dipertua PIBG Sk Mempagar Nafsin Aliamat.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort ,harapan ibubapa perlu dipenuhi dan dengan kemudahan prasarana pendidikan Negara yang begitu kondunsif yang disediakan oleh kerajaan ianya dapat melestarikan tahap kecermalangan pendidikan di negara ini ke tempat yang sewajarnya.

“ Peluang ini seharusnya dimanafaatkan sepenuhnya oleh golongan pelajar tanpa sebarang
alasan untuk mengabaikan soal pendidikan yang bukan sahaja manafatnnya untuk diri sendiri,keluarga malah melibatkan masa depan Negara untuk terus maju” tambah Lajim

Dalam perkembangan berkaitan Ahli Majlis Tertinggi Umno ini juga meminta ibubapa agar Ahli ibu bapa supaya bersama-sama dengan guru dan sekolah dalam usaha memaju dan mencemerlangkan pelajaran amak-anak mereka

Katanya, ibu bapa tidak boleh menyerahkan secara bulat-bulat kepada guru dan sekolah untuk mendidik anak-anak mereka, sebaliknya, kata beliau, ibu bapa perlu berganding bahu dengan pihak sekolah termasuk menerusi organisasi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bagi memberikan pelajaran terbaik kepada anak-anak mereka.

PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BEAUFORT KE 16 AHAD INI


ISNIN HAJI ALI ASNIH
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Persidangan


BEAUFORT: Umno bahagian Beaufort akan mengadakan persidangan perwakilannya pada ahad ini bermula jam 8.00 pagi di dewan masyarakat Pa Musa

Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana persidangan tahun ini Isnin Haji Aliasnih (gambar) berkata hampir 600 orang perwakilan dijangka akan menghadiri persidangan yang ke 16 tahun ini dimana majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

" Persidangan tahun ini amat penting dimana para perwakilan bukan sahaja membahaskan ucapan dasar Ketua Bahagian, namun turut membahaskan isu pindaan perlembagaan parti dalam sistem pemilihan sebagaimana yang dicadangkan dalam perhimpunan Agung Umno tahun lepas" katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Isnin yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort para perwakilan perlu menggunakan peluang ini untuk membahaskan beberapa usul dan isu yang dibangkitkan demi untuk memperkasakan arah dan perjuangan parti menghaapi cabaran akan datang.

Ketika diminta mengulas perjalanan mesyuarat dua sayap utama sebelum ini iaitu Pergerakan Wanita dan Puteri ,Isnin berkata beliau berpuas hati terhadap perjalanan mesyuarat yang telah diadakan oleh kedua-dua sayap itu kecuali Pergerakan Pemuda yang akan mengadakan persidangannya pada Sabtu ini.

Pakaian - Serlah budaya





PENGHARGAAN…Normilah menerima cendera kenangan dari Hanizah sambil diperhatikan Zurifah selepas merasmikan pertandingan tersebut

BEAUFORT : Pakaian merupakan cermin kepada identiti diri malah ia juga dianggap sebagai pelengkap kepada penampilan yang turut sama mewakili budaya sesebuah negara.

Isteri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datin Seri Hajah Normilah Siong berkata,lazimnya penampilan wanita sentiasa hebat sama ada menghadiri majlis rasmi, keraian atau pun santai.

“ Mengenakan pelbagai jenis fesyen mengikut kesesuaian majlis menjadi salah satu agenda wanita hari ini kerana pakaian yang selesa akan meningkatkan keyakinan individu .bagaimanapun ianya perlu sesuai dan sopan sesuai dengan budaya ketimuran kita” katanya ketika berucap merasmikan pertandingan Ratu Kebaya sempena pelancaran Program Sepakat Bestari peringkat daerah Beaufort baru baru ini .

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar,Presiden Pewasa Hanizah Abdullah,Pengerusi Pewasa Beaufort Zurifah Sapri,Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sipitang Datuk Surinam Haji Sadikon dan Pegawai Penerangan Daerah Beaufort Melina Jambrin.

Sehubungan dengan itu Normilah yang juga Ketua Penerangan Wanita (USIA) Pusat berkata, pakaian tradisional Malaysia seperti Kebaya,baju Kurung dan sebagainya tidak sepatutnya dilihat hanya sebagai satu pakaian tradisi tetapi sebagai simbol terhadap asimilasi pelbagai kaum di Malaysia yang telah melahirkan masyarakat bersatu padu.

“ Kita perlu memasyarakatkan serta membudayakan kepada genersi muda khususnya anak-anak kita agar terus mencintai pakaian yang mencerminkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang lebih kemas dan bersopan bila dipakai” katanya
Menurutnya, pertandingan seumpama itu bukan sahaja dapat memasyarakatkan pakaian kebaya malah dapat mempromosi pakaian tradisional juga dapat menonjolkan integrasi dan perpaduan rakyat Malaysia disamping secara tidak langsung memberi impak positif kepada industri tekstil dan kraf tangan Malaysia.
Beliau berkata, dahulu hanya orang Melayu yang memakai, mereka cipta dan menghasilkan batik tetapi kini, dengan promosi yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak, ia telah menjadi produk pelbagai kaum, kerana pakaian tradisional seperti batik kini bukan hanya direka cipta dan dihasilkan oleh orang Melayu tetapi juga bangsa lain, yang memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

Tuesday, July 28, 2009

Swasta bantu majukan pendidikan






SERAH…. Kelihatan Lajim menerima repelika cek Biasiswa dari Zulkhairi untuk diserahkan kepada Pegawai Pelajaran daerah Salleh Eddris dimajlis tersebut

BEAUFORT : Syarikat-syarikat swasta besar di negeri ini diminta tampil memainkan peranan dalam bidang pendidikan terutamanya dalam memberikan biasiswa kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, sumbangan sektor swasta dalam bidang pendidikan mampu memperkasakan mutu pendidikan Negara dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama di negara ini.
Banyak pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT perlu bersaing untuk mendapatkan pembiayaan.
"Berikutan peruntukan yang terhad maka di sinilah peranan syarikat swasta memberi khidmat sosial dan berganding bahu dengan kerajaan memastikan kecemerlangan pendidikan negara,'' katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian Bisiswa Harian dan Asrama 2009 Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini
Hadir sama di majlis tersebut Ketua Pegawai Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Haji Ismail,Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort Salleh Haji Eddris dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih
Menurutnya, kerajaan prihatin dengan segala sumbangan yang dilakukan oleh sektor swasta dalam bidang pendidikan yang seterusnya dapat melahirkan tenaga kerja untuk keperluan industri di negara ini.
Sambil mengucapkan penghargaannya kepada Komitmen Yayasan Sabah yang setiap tahun membantu memperkasakan sekotor pendidikan melalui sumbngan biasiswannya ,Lajim berharap lebih banyak pihak swasta terutamanya syarikat-syarikat besar tampil membantu para pelajar khususnya dalam pemberian biasiswa untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Di majlis tersebut Lajim turut menyampaikan biasiswa harian bernilai RM 53,285.00 kepada 192 orang pelajar dari lima buah daerah iaitu Beaufort,Membakut,Sipitang,Kuala Penyu dan Menumbok yang masing masing menerima biasiswa harian antara RM 120 ke 360 mengikut ketegori tingkatan pelajar yang layak menerima biasiswa masing masing

Kontraktor Melayu Diminta Tambah Ilmu Kepakaran




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa melawat Projek PPR di Sarawak yang dimajukan oleh kontraktor bumiputera

KUALA LUMPUR, Kontraktor Melayu dan bumiputera perlu menguasai kepakaran dalam bidang teknologi maklumat, pelancongan, carigali minyak untuk mendapatkan projek dari syarikat gergasi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar tidak bergantung kepada kontrak kerajaan semata-mata.

"Dengan pengalaman serta kemahiran tertentu yang dimiliki kontraktor, mereka tidak perlu berharap kepada projek kerajaan semata-mata sebaliknya para kontraktor mampu memperolehi sumber perolehan yang lain," kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.

Melalui pengalaman dan kemahiran dalam bidang tertentu, kontraktor boleh memperolehi projek besar dari syarikat besar, yang antaranya Petronas, Tenaga Nasional Bhd dan GLC, katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung ke-27 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Wilayah Persekutuan di sini hari ini, Lajim berkata kontraktor Melayu dan Bumiputera juga diminta mengemukakan sebarang masalah kepada kerajaan sekiranya tidak bersetuju dengan sesuatu dasar yang diperkenal kerajaan.

"Kita menggalakkan agar para kontraktor meluahkan masalah yang dihadapi mereka untuk kita selesaikan masalah yang mereka hadapi. Beranilah bersuara jika dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan tidak memberi manfaat kepada kontraktor. Sila kemukakan dan kerajaan akan mengambil kira pandangan mereka demi kebaikan bersama, " katanya.

Terdahulu, pada mesyuarat yang berlangsung selama sehari itu, terdapat tiga usul yang dibentangkan oleh persatuan tersebut antaranya meminta Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia mendesak pihak kerajaan supaya mengkaji semula dasar Sistem Binaan Berindustri (IBS) bagi meringankan masalah kontraktor dan menyarankan Kementerian Kewangan mengagihkan projek melalui pakej ransangan dengan adil dan berkesan.

KONSEP 1 MALAYSIA PERLU DIHAYATI DAN DIAMALKAN: LAJIM




RESMI….Kelihatan Lajim sambil diperhatiakan oleh Azizah Haji Suntark dan Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Abd.Sanon Haji Sapri menandatangani plug perasmian dewan tersebut

BEAUFORT: Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan perlu dihayati dan diamalkan bagi mempestikan kesannya terhadap dua aspek utama iaitu perpaduan dan kemajuan dapat dicapai.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak bukanlah retorik semata-mata namun ianya perlu dijadikan budaya dengan melihat konsep tersebut dari perpesktif yang lebih luas.

“Sebagai pemimpin masyarakat kita perlu menjadi contoh dan teladan dalam merelisasikan konsep ini agar berkesan dan merasap dalam pemikiran serta tindakan dan menjadi amalan rakyat di peringkat akar umbi bagi mencipta sebuah masyarakat yang bersatupadu dan harmoni ” katanya ketika berucap merasmikan Dewan Masyarakat Kampung Laba,Layung dan Kekuro dekat sini.

Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Dato Hajah Azizah Datuk Mohd.Dun,Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih, Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Pengerusi Penganjur Haji Suntrak Sidom

Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap pemimpin masyarakat di semua peringkat perlu menjadi agen pengerak kepada Konsep 1 Malaysia agar matlamatnya mencapai sasaran dengan menjadi kepentingan rakyat diberikan keutamaan, sementara pencapaian dalam pelbagai aspek pembangunan dapat dilaksanakan dalam memenuhi aspirasi yang diharapkan oleh rakyat

“ Sebagai pemimpin kita perlu menunjukan kepimpinan yang telus dan ikhlas dengan mengutamakan kehendak rakyat diperingkat akar umbi yang menjadi asas kekuatan kepada kerajaan untuk terus melipat gandakan usaha membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat” tambahnya.

Mengulas pembinaan dewan masyarakat yang berharga RM200,000 itu Lajim berkata, ianya membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh mengutamakan kepentingan rakyat ,yang seharusnya perlu disyukuri oleh rakyat untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional.

“ Saya berharap dewan ini akan dijadikan pusat bagi penduduk di kawasan ini berkumpul,berbincang dan melaksanakan pelbagai program yang bermanafaat yang boleh mempupuk semangat bekerja berpasukan demi untuk kemajuan kampong ini” katanya.

Lajim juga turut melahirkan harapan agar penduduk di kawasan tersebut menjaga kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan dengan mempastikan dewan tersebut sentiasa dijaga terutamanya dari aspek kebersihan serta kemudahan kemudahan lain yang disediakan di dewan tersebut

Monday, July 27, 2009

Puteri Mainkan Peranan Penting Dalam Pemulihan Semula Umno






BEAUFORT: Pergerakan Puteri Umno perlu merapatkan barisan dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi negara masa kini yang semakin tidak menentu, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata walaupun kesannya belum begitu ketara, anggota Umno termasuk Puteri harus bersiap sedia dan turut memainkan peranan membantu pimpinan tertinggi parti, menanganinya.

"Barisan Puteri perlu ampuh dan padu sepertimana yang dikehendaki Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk membantu beliau menangani masalah yang tidak pernah dihadapi negara kita sebelum ini, terutamanya dalam mempestikan gagasan 1 Malaysia Rakyat didahulukan pertasi diutamakan dapat direalisaskan" katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Puteri Umno bahagian Beaufort di Dewan Perniagaan Tiong Hwa dekat sini pagi kemarin

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiuasaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin dan Ketua Puteri Umno bahagian Beaufort Saridah Datuk Mohd.Dun Ketus Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Wakil Pegerakan Puteri Umno Negeri Maimunah Sidek

Menurut Lajim, Pergerakan Puteri sayap paling muda dalam Umno itu juga bertanggungjawab menyumbang ke arah pemulihan parti, yang kini dalam proses transformasi.

"Puteri merupakan pewaris kepada bangsa kita dan bakal diamanahkan kepimpinan dalam Umno, justeru, mereka tidak boleh terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat," katanya.

Sehubungan denga itu Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berharap pergerakan Puteri Umno khususnya di bahagian itu turut memainkan peranan aktif dengan pelbagai pendekatan bagi mendekati golongan muda agar memahami arah dan perjuangan parti Umno yang banyak berjasa kepada bangsa,agama dan negara.

" Saya yakin dengan pendekatan yang proaktif melalui pelbagai program yang sesuai golongan ini mereka mudah didekati dan sekali gus meransang minta mereka untuk menyertai parti Umno " katanya

Dimajlis tersebut pegerakan Puteri Umno bahagian Beaufort turut menyampaikan sumbangan kepada 10 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PMR dari kawasan Parlimen Beaufort

Saturday, July 25, 2009

Penyertaan ekonomi wanita perlu ditingkatkan






BEAUFORT: Para usahawan wanita harus merebut peluang sepenuhnya daripada galakan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam sektor-sektor utama ekonomi negara.

``Sungguhpun wanita di negara ini telah mencapai kemajuan pesat dalam pembangunan ekonomi dan sosial, kerajaan sedar masih banyak lagi ruang untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam beberapa sektor utama ekonomi negara,'' kata Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Katanya, sungguhpun penyertaan wanita telah lama bermula, sebahagian besarnya adalah dalam perusahaan kecil, meliputi perniagaan keluarga dan industri desa, seperti penyedia makanan dan peruncitan.

``Wanita merupakan separuh daripada penduduk dan 37 peratus daripada tenaga kerja di negara ini.

``Oleh yang demikian, kaum wanita merupakan sumber ekonomi penting yang boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar peluang peluang perniagaan untuk wanita anjuran Biro Pembangunan Wanita Pusat Khidmat Parlimen Beaufort di Dewan Perniagaan Tiong Hwa dekat sini pagi kemarin.

Seminar sehari itu menarik penyertaan lebih dari 500 orang peserta terdiri dari kalangan wanita dari Kawasan Parlimen Beaufort .

Sehubungan dengan itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berharap golongan wanita dapat memanafaatkan kemudahan termasuk pinjaman yang disediakan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk menceburi bidang perniagaan yang berdaya maju dan mampu menyumbang kepada taraf siso eknomi mereka seharian.

“ Jangan gunakan pinjaman untuk menyertai skim skim cepat kaya yang bukan sahaja tidak diiktiraf oleh kerajaan malah akan mengundang kepada pelbagai masalah seperti penipuan sehingga mereka akan dibebani dengan masalah hutang” katanya.

Sebaliknya beliau berharap bagi golongan wanita yang memperolehi pinjaman dari pelbagai agensi kerajaan akan menggunakan pinjaman tersebut untuk menjalankan bidang perniagaan yang berdaya maju boleh memberikan pulangan keuntungan dan menyelasaikan pinjaman mereka dengan agensi yang berkaitan.

Mengenai penubuhan Biro Pembangunan Wanita yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat Parlimen Beaufort Lajim berkata ianya tidak bertujuan untuk menyangi mana-mana pihak, sebaliknya ianya ditubuhkan untuk membantu golongan wanita agar taraf siso ekonomi mereka dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Dimajlis itu selain Lajim menerima sumbangan dari beberapa buah syarikat dan individu untuk mengisi tabung Biro tersebut beliau juga turut menyerahkan sejumlah RM 104,000.00 kepada 18 orang yang menerima pinjaman dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang menerima antara 1,000 ke 10,000 pinjaman setiap seorang. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

Pemimpin Akar Umbi Jadi Ejen Dengar Keluhan Rakyat






LANCAR...Lajim bersama Sapawi,Abdullah serta jemputan lain menekan punat komputer sebagai simbol pelancaran program tersebut

BEAUFORT : Pemimpin akar umbi diminta mendengar rintihan dan keluhan rakyat bagi memudahkan permasalahan mereka dapat diketengahkan kepada kerajaan untuk tindakan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata maklumat yang diperolehi daripada masyarakat setempat dapat membantu kerajaan merancang projek yang perlu diutamakan serta menyediakan anggaran peruntukan.

"Oleh itu saya minta pemimpin Komuniti Bestari di negeri ini supaya sentiasa mendekati penduduk setempat bagi mengetahui masalah dan keluhan mereka dengan niat membantu menyelasaikan masalah yang mereka hadapi katanya pada perasmian Program Sepakat Bestari peringkat daerah di Padang Pekan Beaufort pagi kemarin .

Hadir sama Exco Penerangan Negeri Datuk Haji Sapawi Ahmad,Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Umbi, Ketua Pengarah Penerangan Malaysia Datuk Abdullah Murad,Pengarah Penerangan Negeri Sabah Haji Azizan Haji Din dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar.


Program anjuran Jabatan Penerangan Sabah dengan kerjasama Umno bahagian Beaufort dan Jabatan Belia dan Sukan itu dimulakan dengan Senaman Seni 1 Malaysia yang disertai lebih dari 500 orang peserta disamping penyertaan sebanyak 44 buah jabatan dan agensi kerajaan yang menyertai pemeran sempana program tersebut

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata hubungan rapat antara pemimpin dan rakyat harus diamalkan secara beterusan agar segala bentuk maklumat mahupun masalah rakyat dapat didengari secara bersemuka.

“ Budaya turun padang perlu menjadi amalan setiap pemimpin di kawasan masing-masing, jangan sampai rakyat meluahkan rasa marah mereka kepada pemimpin dan kerajaan ekoran dari sikap kita yang kurang prihatin dengan masalah yang mereka ajukan” tambah Lajim

Beliau turut menyambut baik penganjuran program seumpama itu yang, antara lain, bertujuan mengeratkan perpaduan dan hubungan baik antara pemimpin dengan rakyat selain sebagai saluran maklumat.

"Saya yakin hubungan baik serta kerjasama antara pemimpin dan masyarakat akan menyuburkan usaha menjayakan perpaduan nasional, sekaligus memenuhi aspirasi konsep 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Menurut Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno ,Jabatan Penerangan menubuhkan Komuniti Bestari untuk menyemai semula bibit-bibit perpaduan melalui pelbagai program bersama rakyat yang diadakan dari masa ke semasa di setiap daerah di Sabah dan ianya perlu mendapat sokongan dari semua pihak khususnya jabatan serta agensi kerajaan yang lain, pemimpin masyarakat dan juga setiap Komuniti Bestari di kawasan masing-masing.

Wednesday, July 22, 2009

RM4.3 juta bantu keluarga miskin


KUALA TERENGGANU :Kerajaan membelanjakan kira-kira RM4.381 juta untuk membantu 1,919 keluarga miskin tegar yang tinggal di bandar-bandar di negeri ini bagi meningkatkan kualiti hidup sejak empat tahun lalu.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin berkata, peruntukan itu disalurkan dalam pelbagai bentuk bantuan di bawah program Bantuan Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB).
Katanya, daripada jumlah peruntukan itu, kira-kira RM2.267 juta diberikan dalam bentuk bantuan sewa rumah, bantuan pengurangan beban keluarga (RM2.029juta), bantuan ihsan (RM83,000) dan pendidikan serta latihan (RM1,800).
''Peruntukan yang diberikan untuk Terengganu itu merupakan sebahagian daripada RM97 juta yang diperuntukkan di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar dalam tempoh tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Bantuan Pembasmian Kemiskinan Bandar di Stadium Negeri di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Asha'ari Idris dan Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim.
Sebanyak 478 keluarga miskin di Kuala Terengganu menerima pelbagai bantuan berjumlah RM702,770 di majlis tersebut.
Lajim berkata, kerajaan komited membasmi kemiskinan dengan sasaran mengurangkan kadar keselurahan kepada 2.9 peratus menjelang 2010.
''Saya percaya bantuan yang disalurkan dapat memberi sedikit keselesaan kepada keluarga terbabit, selain dapat meringankan beban keluarga.
''Bagaimanapun, keluarga miskin perlu berusaha menambah pendapatan dengan menjalankan aktiviti ekonomi seperti menanam atau berniaga dalam usaha keluar daripada belenggu kemiskinan'' ujarnya.

Kerajaan Sedia Peruntukan RM236.4 Juta Untuk PBT Seluruh Negara


MARANG,:Kerajaan menyediakan peruntukan sebanyak RM236.4 juta untuk geran tahunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjalankan aktiviti mereka tahun ini, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin.

Beliau berkata peruntukan di bawah Akta Pemberian Kepada Kerajaan Negeri (Penyelenggaraan Pihak-pihak Berkuasa Tempatan) 1981 itu telah pun disalurkan kepada Johor sebanyak RM35 juta serta Terengganu RM25.3 juta, dan akan diikuti Pahang tidak lama lagi.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan geran tahunan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Terengganu, di Pejabat PBT Marang, di sini Rabu, beliau berkata peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan itu bertujuan meringankan beban kewangan PBT dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

"Saya amat mengharapkan bantuan yang disalurkan ini sedikit sebanyak akan mencetuskan semangat dan motivasi PBT untuk memberikan perkhidmatan mereka di tahap yang terbaik demi manfaat dan faedah semua penduduk di kawasan pentadbirannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Lajim berkata Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diberi peranan dan tanggungjawab untuk membasmi kemiskinan di bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.

Sejajar dengan peranan ini, beliau berkata kementerian komited dalam usaha untuk membasmi kemiskinan tegar dan seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan keseluruhan kepada 2.9 peratus menjelang 2010.

Lajim berkata menjadi tanggungjawab semua pihak, baik peringkat kementerian mahupun PBT selaku "urban managers" untuk mencapai matlamat yang telah digariskan itu.

Sementara itu, Lajim berkata Majlis Daerah Marang dijangka menjadi Majlis Perbandaran Marang pada tahun 2015 apabila penduduknya mencapai 150,000 orang dan pendapatan hasil RM20 juta setahun.

Peruntukan Khas Kepada PBT Jaga Kebersihan Tandas


Imbas Kembali Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika meninjau tahap kebersihan tandas awam di kawasan Lembah Klang baru baru ini

KUALA TERENGGANU, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang menimbangkan untuk memberikan peruntukan khas kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khusus untuk menjaga kebersihan tandas awam.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Lajim Ukin berkata kementerian akan menghantar permohonan bagi peruntukan itu kepada kerajaan dalam waktu terdekat.

"Peruntukan yang kita mohon itu jika diluluskan, ianya khas untuk menjaga kebersihan tandas, membaiki tandas, mengecat dan sebagainya supaya ia bersih," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di sini, Selasa.

Beliau berkata kurang penyeliaan oleh PBT dan kurang kesedaran di kalangan orang awam di negara ini dikenal pasti antara punca menyebabkan tandas awam di negara ini kotor.

Walaupun pelbagai kempen telah diadakan oleh kerajaan tetapi kesedaran orang ramai tentang kebersihan tandas awam masih kurang, katanya mengulas teguran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai isu tandas awam di negara ini yang kotor, tersumbat dan tiada bekalan air.

Lajim berkata terdapat PBT yang tidak berkeupayaan daripada segi kewangan untuk menggaji lebih ramai pekerja untuk menjaga kebersihan termasuk tandas awam.

"Kalau kita swastakan dengan membayar 20 sen atau 30 sen, ia tidak cukup kerana orang kurang masuk tandas," katanya.

Katanya orang ramai perlu faham bahawa menjaga kebersihan bukan sahaja untuk keselesaan diri sendiri tetapi juga untuk kepentingan negara terutamanya daripada segi pelancongan

UMNO BEAUFORT ANJUR SENAM SENI 1 MALAYSIA


Haji Samin Haji Unki Ketua Penerangan Umno Beaufort

BEAUFORT: Umno Bahagian Beaufort dengan kerjasama Jabatan Penerangan,Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan akan menganjurkan Program Senam Seni Satu Malaysia sempena Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Beaufort di padanf Pekan Beaufort pada pagi sabtu ini.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Beaufort Haji Samin Haji Ungki (gambar) berkata, program ini akan disertai oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin serta 500 orang peserta terdiri dari kakitangan kerajaan,pelajar sekolah wakil wakil dari pertubuhan politik dan juga badan sukarela .

" Selain melakukan aktiviti riadah program ini juga akan menjadi wadah untuk memperjelaskan kepada masyarakat umum khususnya peserta mengenai konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak" katanya semasa ditemui di sini pagi kemarin.

Menurut Haji Samin lagi dalam masa yang sama Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort akan merasmikan Program Sepakat Bestari Beaufort dimana sebanyak 44 buah jabatan serta agensi kerajaan turut mengambil bahagian dalam aktiviti pemeran di majlis ini.

" Program ini juga akan memberikan peluang kepada orang ramai yang berkunjung untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci peranan serta tanggungjawab jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeran ini" tambah Haji Samin.

Malah menurut Samin orang ramai yang berkunjung ke program ini juga akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik antaranya Tiket Pergi Balik Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, penginapan di Hotel 5 Bintang selain hadiah hadiah iringan lain melalui cabutan tiket bertuah yang akan diadakan sempena program ini.

" Saya berharap orang ramai tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai program ini, selain beriadah program ini juga merupakan jambatan yang akan menghubungkan pemimpin,jabatan kerajaan dengan orang ramai" katanya.

Monday, July 20, 2009

TIGA KARYAWAN WARGA BISAYA TERIMA ANUGREH SENI KREATIF





Dari atas Jaafar Abdul Wahid,Jasni Matlani dan Hassan Saprin masing masing menerima angureh dari Lajim yang diadakan pada Malam Anugreah Adau Janang Gayuh ke 6 di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang Kuala Penyu

KUALA PENYU: Tiga karyawan dari suku kaum Bisaya yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan kesusteraan dan kebudayaan di negeri ini telah menerima anugreh Karyawan Kreatif dari Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) sempena sambutan Adau Janang Gayuh ke 6 tahun ini.

Mereka terdiri dari Hasaan Saprin, Jasni Matlani dan Jaafar Abdul Wahid menerima anugreh tarsebut dari Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pada Malam Anugreh Adau Janang Gayuh yang diadaka di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini pada malam sabtu lepas.

Hassan Saprin merupakan pemimpin Rumpun Anak Seni Tawau (RUSTA) dan sebelum ini pernah dianugrehkan sebagai tokoh Teater Sabah atas sumbangan dan peranannya menyemarakkan perkembangan seni teater di Sabah.

Sementara Jasni Matlani Yang Dipertua Badan Bahasa dan Kesusteraan Sabah( BAHASA) merupakan penulis prolifik dalam pelbagai genra penulisan antaranya Puisi,Cerpen dan Esei Kritikan Sastera.

Bagi Jaafar Abdul Wahid yang pernah memenangi hadiah Sastera Sabah dan pernah dipilih menjadi Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pusataka cawangan Sabah terlibat dalam bidang penulisan Puisi .Cerpin dan Skrip Drama kini memberikan tumpuan kepada bidang kewartawanan sesuai dengan bidang tugasnya ketika ini sebagai pegawai media

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa ditemui selepas majlis ini berkata, pemberian anugreh tersebut sebagai aspiriasasi persatuan tersebut terhadap sumbangan para karyawan khususnya dari kalangan anak Bisaya yang telah memberikan sumbangan dan peranan dalam mengangkat mertabat sastera dan budaya di negeri ini.

" Kita berharap melalui anugreh ini, mereka akan lebih gigih berkarya menghasilkan karya karya yang lebih berkualiti khususnya yang mempamirkan kehidupan masyarakat Bisaya dari segi sastera dan budayanya" katanya.

Menurutnya pemberian anugreh tersebut juga diharapkan akan menjadi pendorong kepada penulis penulis dari suku kaum Bisaya yang lain khususnya penulis penulis muda untuk terus berkarya dimana anugreh ini akan diteruskan pada sambutan Adau Janang Gayuh akan datang dan akan diperluaskan dalam pelabagai ketegori lain yang ada hubungannya dengan bidang kesusteraan dan kebudayaan

Kuota pemilihan UMNO Perlu diubah-Lajim Ukin


AMANAT… Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika berucap di majlis tersebut

JOHOR BAHRU: UMNO harus memikirkan semula soal pemilihan jawatan dalam parti sama ada sesuai untuk sistem kuota sepertimana diamal sekarang ataupun diubah kepada cara lain iaitu menyerahkan kuasa menentukan pucuk pimpinan kepada Bahagian ataupun Cawangan.

Persoalan ini dilontarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika berucap di Majlis Perjumpaan dengan sembilan Bahagian UMNO Johor di sebuah restoran terkemuka dekat sini baru baru ini.

"Saya lontarkan pandangan ini kerana berpendapat adalah baik akar umbi diberi peranan memilih pucuk pimpinan peringkat nasional. bila ini berlaku mereka merasakan diri mereka dihargai kerana diberi peranan menentukan pucuk pimpinan parti” katanya

"Dengan itu soal kasih dan sayang mereka kepada parti akan berlipat kali ganda dan sebarang masalah berlalu dalam parti mereka sedia membantu," tambah Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Datuk Zahari Jamil, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.

Pada masa ini, perlembagaan UMNO menetapkan kuota sebanyak 15 perwakilan untuk Presiden, Timbalan Presiden (10) Naib Presiden (5) dan Ahli MT (2).

Menurut Lajim,sekiranya majoriti Bahagian mahukan kuasa memilih ditangan mereka, perlembagaan UMNO harus dipinda bagi membolehkan 66,000 ahli UMNO diperingjkat tersebut membuat pilihan.

“Seandainya Bahagian, Cawangan dan MT diberi kuasa memilih, ini bermakna lebih 3 juta ahli UMNO di seluruh negara mempunyai tanggungjawab besar untuk menentukan kepimpinan UMNO peringkat nasional” katanya

Lajim menambah apa juga perubahan yang hendak dilakukan terhadap UMNO, hanya Bahagian dan Cawangan sahaja boleh menentukan. mereka bolehlah membuat cadangan semasa mesyuarat parti dan selepas itu serahkan sahaja cadangan tersebut untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO

PBBS BERI PINGAT DAN ANUGREH KEPADA PEMIMPIN BISAYA






PINGAT PSSJ… Lajim menyampaikan pingat (PSSJ) kepada Azizah yang diiringi oleh Ketua Puteri Umno Bahagian Beaufort Saridah Datuk Mohd Dun bagi mewakili alllahyarham ayahnda mereka Datuk Mohd.Dun di majlis tersebut

KUALA PENYU: Buat julung kalinya Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) sempena sambutan Adau Janang Gayuh kali ke 6 tahun ini turut memberikan penyampaian pingat Janang Gayuh kepada beberapa tokoh pemimpin suku Bisaya yang banyak berjasa kepada masyarakat secara keseluruhannya.

Tiga kategori pingat yang disediakan ialah Pingat Seri Setia Janang (PSSJ),Pingat Setia Janang (PSJ), dan Pingat Ahli Setia Janang (ASJ)

Tiga tokoh masyarakat Bisaya yang terdiri dari Pengasas dan bekas Presiden (PBBS) Datuk,Seri Panglima Mohd.Dun Banjir, Datuk Haji Asneh Hassan dan bekas Ahli Parlimen Beaufort Datuk Taufeck Datuk Haji Asnih adalah antara tokoh yang diberikan pingkat (PSSJ) Klas Pertama.

Penerima lain bagi pingat (PSJ) terdiri dari Haji Sawal Ungki,Haji Bisnim Aliamat,dan Haji Sabli Kadir, sementara untuk pingat (ASJ) penerimanya terdiri dari Haji Abdullah Luasa,Haji Pawang Ucat,Haji Said Masi dan Haji Sapri Lastam.

Bagi kategori anugerah pula beberapa anugerah disediakan seperti Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Khidamat Awam, Anugreh Perkhidmatan Swasta ,Anugerah Keluarga Contoh, Anugerah Wira Kencana, Anugerah Karyawan dan Anugerah Usahawan Contoh

Bagi ketegorai karyawan tiga karyawan suku Bisaya yang turut memberikan sumbangan terhadap perkembangan kesusteraan dan kebudayaan baik di peringkat negeri dan nasional yang terdiri dari Tokoh Teater Hassan Saprin, Presiden Badan Bahasa dan Kesusteraan Sabah Jasni Matlani dan Jaafar Abdul Wahid diipilih untuk menerima anugreh ini.

Bekas Timbalan Pesuruh Jaya Polis Edris Jikon merupakan satu satunya calon yang dipilih untuk Anugreh Khas Janang Gayuh.

Majlis Penganugerah pingkat dan anugerah ini telah disempurnakan oleh Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pada Malam Anugerah Adau Janang Gayuh yang diadakan malam kemarin di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang Kuala Penyu.

Hadir sama di majlis tersebut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Azizah Mohd.Dun,Wakil Rakyat Lumadan Kamarlin Haji Umbi,Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Wakil Rakyat Batu Danau Limbang Paulus Gimbang dan Pengerusi Penganjur Adau Janang Gayuh Haji Asmat Japar

Pengerusi jawatankuasa Anugreh Haji Samin Haji Ungki ketika mengumukan penerima pingkat dan anugreh ini berkata, pemberian pingkat dan anugreh ini diberikan sebagai penghargaan (PBBS) kepada tokoh dan pemimpin masyarakat Bisaya yang yang memberikan sumbangan dan peranan kepada masayarakat khususnya kaum Bisaya dalam pelbagai ketetogari yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa penilai anugreh tahun ini.

Sementara itu berucap di majlis tersebut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap masyarakat Bisaya akan menjadi penyumbang kepada pembinaan bangsanya sendiri agar sumbangan serta pencapaian oleh suku kaum Bisaya setanding dengan pencapaian masyarakat lain dalam pelbagai bidang

Beliau berkata, perubahan sikap menjadi warga kelas pertama dunia menuntut kepada pembangunan minda kerana ia akan menjadi penentu sama ada masyarakat Bisaya akan menjadi satu bangsa maju atau sebaliknya

‘‘ Masyarakat Bisaya perlu ada reformasi minda kepada akhlak yang baik dan nilai-nilai murni, disamping mengamalkan cirri-ciri permaufakatan yang tulin bagi membena kekuatan masyarakat tersebut agar mampu bersaing dalam cabaran semasa’’ katanya

Menurut beliau pemberian pingkat dan anugreh tersebut perlu dilihat dari sudut positif bukan sahaja untuk menghargai sumbangan yang diberikan oleh para penerima yang terpilih sebaliknya akan menjadi pendorong dan pencetus semangat kepada genersi muda kaum Bisaya untuk terus berfikiran dan berbudaya cemerlang bagi menghadapi cabaran masa depan.