Thursday, July 30, 2009
PERSIDANGAN PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN BEAUFORT KE 16 AHAD INI
ISNIN HAJI ALI ASNIH
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Persidangan
BEAUFORT: Umno bahagian Beaufort akan mengadakan persidangan perwakilannya pada ahad ini bermula jam 8.00 pagi di dewan masyarakat Pa Musa
Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana persidangan tahun ini Isnin Haji Aliasnih (gambar) berkata hampir 600 orang perwakilan dijangka akan menghadiri persidangan yang ke 16 tahun ini dimana majlis perasmiannya akan disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.
" Persidangan tahun ini amat penting dimana para perwakilan bukan sahaja membahaskan ucapan dasar Ketua Bahagian, namun turut membahaskan isu pindaan perlembagaan parti dalam sistem pemilihan sebagaimana yang dicadangkan dalam perhimpunan Agung Umno tahun lepas" katanya ketika ditemui di sini.
Menurut Isnin yang juga Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort para perwakilan perlu menggunakan peluang ini untuk membahaskan beberapa usul dan isu yang dibangkitkan demi untuk memperkasakan arah dan perjuangan parti menghaapi cabaran akan datang.
Ketika diminta mengulas perjalanan mesyuarat dua sayap utama sebelum ini iaitu Pergerakan Wanita dan Puteri ,Isnin berkata beliau berpuas hati terhadap perjalanan mesyuarat yang telah diadakan oleh kedua-dua sayap itu kecuali Pergerakan Pemuda yang akan mengadakan persidangannya pada Sabtu ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment