Monday, July 27, 2009

Puteri Mainkan Peranan Penting Dalam Pemulihan Semula Umno






BEAUFORT: Pergerakan Puteri Umno perlu merapatkan barisan dalam menghadapi cabaran politik dan ekonomi negara masa kini yang semakin tidak menentu, kata Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata walaupun kesannya belum begitu ketara, anggota Umno termasuk Puteri harus bersiap sedia dan turut memainkan peranan membantu pimpinan tertinggi parti, menanganinya.

"Barisan Puteri perlu ampuh dan padu sepertimana yang dikehendaki Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk membantu beliau menangani masalah yang tidak pernah dihadapi negara kita sebelum ini, terutamanya dalam mempestikan gagasan 1 Malaysia Rakyat didahulukan pertasi diutamakan dapat direalisaskan" katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Puteri Umno bahagian Beaufort di Dewan Perniagaan Tiong Hwa dekat sini pagi kemarin

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiuasaha Umno bahagian Haji Jusih Haji Sarin dan Ketua Puteri Umno bahagian Beaufort Saridah Datuk Mohd.Dun Ketus Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Wakil Pegerakan Puteri Umno Negeri Maimunah Sidek

Menurut Lajim, Pergerakan Puteri sayap paling muda dalam Umno itu juga bertanggungjawab menyumbang ke arah pemulihan parti, yang kini dalam proses transformasi.

"Puteri merupakan pewaris kepada bangsa kita dan bakal diamanahkan kepimpinan dalam Umno, justeru, mereka tidak boleh terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat," katanya.

Sehubungan denga itu Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berharap pergerakan Puteri Umno khususnya di bahagian itu turut memainkan peranan aktif dengan pelbagai pendekatan bagi mendekati golongan muda agar memahami arah dan perjuangan parti Umno yang banyak berjasa kepada bangsa,agama dan negara.

" Saya yakin dengan pendekatan yang proaktif melalui pelbagai program yang sesuai golongan ini mereka mudah didekati dan sekali gus meransang minta mereka untuk menyertai parti Umno " katanya

Dimajlis tersebut pegerakan Puteri Umno bahagian Beaufort turut menyampaikan sumbangan kepada 10 orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PMR dari kawasan Parlimen Beaufort

No comments:

Post a Comment