Wednesday, July 22, 2009

UMNO BEAUFORT ANJUR SENAM SENI 1 MALAYSIA


Haji Samin Haji Unki Ketua Penerangan Umno Beaufort

BEAUFORT: Umno Bahagian Beaufort dengan kerjasama Jabatan Penerangan,Jabatan Belia dan Sukan Persekutuan akan menganjurkan Program Senam Seni Satu Malaysia sempena Program Sepakat Bestari Peringkat Daerah Beaufort di padanf Pekan Beaufort pada pagi sabtu ini.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Beaufort Haji Samin Haji Ungki (gambar) berkata, program ini akan disertai oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin serta 500 orang peserta terdiri dari kakitangan kerajaan,pelajar sekolah wakil wakil dari pertubuhan politik dan juga badan sukarela .

" Selain melakukan aktiviti riadah program ini juga akan menjadi wadah untuk memperjelaskan kepada masyarakat umum khususnya peserta mengenai konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak" katanya semasa ditemui di sini pagi kemarin.

Menurut Haji Samin lagi dalam masa yang sama Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort akan merasmikan Program Sepakat Bestari Beaufort dimana sebanyak 44 buah jabatan serta agensi kerajaan turut mengambil bahagian dalam aktiviti pemeran di majlis ini.

" Program ini juga akan memberikan peluang kepada orang ramai yang berkunjung untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci peranan serta tanggungjawab jabatan serta agensi kerajaan yang terlibat dalam pemeran ini" tambah Haji Samin.

Malah menurut Samin orang ramai yang berkunjung ke program ini juga akan berpeluang untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik antaranya Tiket Pergi Balik Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur, penginapan di Hotel 5 Bintang selain hadiah hadiah iringan lain melalui cabutan tiket bertuah yang akan diadakan sempena program ini.

" Saya berharap orang ramai tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai program ini, selain beriadah program ini juga merupakan jambatan yang akan menghubungkan pemimpin,jabatan kerajaan dengan orang ramai" katanya.

No comments:

Post a Comment