Thursday, July 30, 2009

Pakaian - Serlah budaya





PENGHARGAAN…Normilah menerima cendera kenangan dari Hanizah sambil diperhatikan Zurifah selepas merasmikan pertandingan tersebut

BEAUFORT : Pakaian merupakan cermin kepada identiti diri malah ia juga dianggap sebagai pelengkap kepada penampilan yang turut sama mewakili budaya sesebuah negara.

Isteri Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datin Seri Hajah Normilah Siong berkata,lazimnya penampilan wanita sentiasa hebat sama ada menghadiri majlis rasmi, keraian atau pun santai.

“ Mengenakan pelbagai jenis fesyen mengikut kesesuaian majlis menjadi salah satu agenda wanita hari ini kerana pakaian yang selesa akan meningkatkan keyakinan individu .bagaimanapun ianya perlu sesuai dan sopan sesuai dengan budaya ketimuran kita” katanya ketika berucap merasmikan pertandingan Ratu Kebaya sempena pelancaran Program Sepakat Bestari peringkat daerah Beaufort baru baru ini .

Hadir sama Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek Haji Jubar,Presiden Pewasa Hanizah Abdullah,Pengerusi Pewasa Beaufort Zurifah Sapri,Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Sipitang Datuk Surinam Haji Sadikon dan Pegawai Penerangan Daerah Beaufort Melina Jambrin.

Sehubungan dengan itu Normilah yang juga Ketua Penerangan Wanita (USIA) Pusat berkata, pakaian tradisional Malaysia seperti Kebaya,baju Kurung dan sebagainya tidak sepatutnya dilihat hanya sebagai satu pakaian tradisi tetapi sebagai simbol terhadap asimilasi pelbagai kaum di Malaysia yang telah melahirkan masyarakat bersatu padu.

“ Kita perlu memasyarakatkan serta membudayakan kepada genersi muda khususnya anak-anak kita agar terus mencintai pakaian yang mencerminkan identiti kita sebagai rakyat Malaysia yang lebih kemas dan bersopan bila dipakai” katanya
Menurutnya, pertandingan seumpama itu bukan sahaja dapat memasyarakatkan pakaian kebaya malah dapat mempromosi pakaian tradisional juga dapat menonjolkan integrasi dan perpaduan rakyat Malaysia disamping secara tidak langsung memberi impak positif kepada industri tekstil dan kraf tangan Malaysia.
Beliau berkata, dahulu hanya orang Melayu yang memakai, mereka cipta dan menghasilkan batik tetapi kini, dengan promosi yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak, ia telah menjadi produk pelbagai kaum, kerana pakaian tradisional seperti batik kini bukan hanya direka cipta dan dihasilkan oleh orang Melayu tetapi juga bangsa lain, yang memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

No comments:

Post a Comment