Monday, July 6, 2009

TANAH SELUAS 3,200 HEKTAR DI KUALA PENYU UNTUK TANAMAN PADI




Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mengiringi Datuk Masidi Manjun membelah pokok rumbia sebagai simbol perasmian Pesta Rumbia ke 20 tahun iniKUALA PENYU: Kawasan seluas 3,200 hektar di daerah ini akan dicadangkan untuk penanaman padi ke arah meningkatkan pengeluaran beras negeri ini.

Ahli Parlimen beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, belioau sudah membuat inisiatif sendiri untuk meminta rakan konsultan membuat kajian kesesuaian tanah di kawasan itu Meli lalu, dimana tanaman yangdidapati sesuai adalah padi dan pokok rumbia saja.

Beliau yang juga Timbalan Menteri perumahan dan kerajaan Tempatan menambah, beliau sudaj berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman baru-baru ini dan tanaman padi diberikan keutamaan selaras dengan Dasar Bekalan Makanan nasional.

" Kawasan ini dintara kampung Nukahan Kayul dan Pekan Kuala pentu, dulu ia adalah padang ragut tetapi diambil oleh kerajaan negeri untuk permohonan menanam tebu tapi tidak berjaya, jadi kita sekarang ini cadangkan penanaman padi" katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Pesta Rumbia di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berkata dalam mesyuarat baru baru ini dengan Musa, jalan raya sepanjang lebih 50 kilometer di kawasan Beaufort dikenalpasti untuk dinaiktaraf.

Kerajaan negeri menyuarakan harapan untuk menyiapkan kerja penaiktarafan jalan-jalan ini dalam tempoh tiga tahun sebelum pilihanraya umum akan datan, tambah Lajim

No comments:

Post a Comment