Saturday, July 4, 2009

JANGAN MUDAH TERPADAYA DENGAN DAKYAH PALSU







SEMAK Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiirngi oleh Pegawai Daerah Beaufort Mohd.Sidek, Timbalan Ketua Bahagian Isnin dan Ketua Penerangan Haji Samin ketika menyemak Program Cari yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat Parlimen Beaufort semasa pelancaran Kaunter Penerangan Umno Bahagian Beaufort

BEAUFORT: Rakyat diingatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang gemar mengeksploitasi seseuatu isu , seterusnya menjadikan mereka tidak bersatu-padu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, rakyat juga diminta tidak mudah percaya dengan segala khabar angin yang bertujuan memecah-belahkan rakyat pelabagi kaum di Negara ini terutamanya dalam Gagasan Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri yang itu secara tidak langsung memecah tradisi pemikiran rakyat ketika ini, seolah-olah kaum bukan Melayu tidak akan mendapat apa-apa, manakala orang Melayu pula akan kehilangan semuanya.
Jelasnya, sikap mudah terpengaruh itu perlu diperbetul kerana suasana yang sama juga wujud ketika negara menghadapi peristiwa 13 Mei 1969 lalu.
Jika tanggapan negatif itu tidak diperbetulkan, kata beliau, tidak mustahil ia akan merebak dan mencetus perkara yang tidak diingini.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kaunter Biro Penerangan Umno bahagian Beaufort dekat sini pagi kemarin.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Isnin Haji Alisanih, Pegawai daerah Kuala Penyu Mohd.Sidek Haji Jubar Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Setiausaha Bahagian Haji Jusih Sarin dan Ketua Penerangan Umno bahagian Haji Samin Ungki
Beliau memberitahu, rakyat juga perlu terus memberi kepercayaan kepada media massa resmi kerajaan untuk menerima segala maklumat tepat bagi membolehkan mereka terus menyokong dasar-dasar kerajaan dan usaha pembangunan negara yang ingin disampaikan.
“Tidak dinafikan peranan yang dimainkan oleh media massa resmi kerajaan kini semakin penting seiring dengan pembangunan pesat dan perkembangan yang dikecapi era teknologi maklumat.
“Selain bertindak sebagai penyampai maklumat yang tepat kepada rakyat, media serta NGO juga perlu menjadi agen pembangunan masyarakat dalam memastikan rakyat memperoleh manfaat hasil daripada laporan yang diberikan,” katanya.
Mengulas penubuhan Kaunter Biro Penerangan tersebut Ketua Umno bahagian Beaufort ini berharap ianya akan menjadi nilai tambah bagi rakyat khususnya ahli-ahli parti di peringkat akar umbi untuk merujuk serta memperolehi sumber maklumat yang tepat yang selari dengan dasar dan program pembangunan kerajaan.
Katanya, pegwujudan kaunter ini amat sesuai dengan masej kerajaan iaitu Rakyat diutama pencapaian dipertingkatkan dimana ianya akan menjadi wadah menyalami masalah rakyat dan seterusnya diambil tindakan yang sesuai bagi memenuhi keperluan rakyat di peringkat akar umbi.
”Rakyat diutamakan akan merentasi seluruh lapisan masyarakat dan kumpulan etnik di setiap pelosok tanah air. Tidak ada sesiapa yang patut merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada wacana nasional. Kita akan rapatkan hubungan Rakyat dan Kerajaan dari dikelirukan dan diperdaya oleh permainan muslihat politik” katanya

No comments:

Post a Comment