Friday, July 3, 2009

TUBUH PASUKAN ICT PANTAU FITNAH



Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin diiringi oleh Isnin,Haji Samin ketika meneliti borang permohonan keahlian yang dikendalikan oleh Pergerakan Puteri Umno bahagian Beaufort semasa pelancaran kaunter tersebut

BEAUFORT : Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin mencetuskan idea agar Umno dapat menubuhkan pasukan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) di setiap negeri, bahagian dan cawangan bagi membendung dan memantau penyebaran fitnah yang dibuat menerusi laman blog.
Beliau berkata, pasukan itu juga akan menjawab segala fitnah dan propaganda pembangkang dan pada masa yang sama bertanggungjawab menyebarkan maklumat tepat berkaitan perancangan kerajaan untuk membela rakyat.
‘‘UMNO perlu lebih proaktif untuk menyaingi perkembangan teknologi kerana banyak laman blog yang dibuka oleh pihak tertentu digunakan bagi menyebarkan berita sama ada positif atau negative sebagaimana yang berlaku semasa pilihanraya umum lepas terutamanya di semenanjung Malaysia yang memberikan kesan kepada kekuatan parti” katanya semasa ditemui pemberita selepas melancarkan Kaunter Biro Penerangan Umno bahagian Beaufort dekat sini pagi kemarin.
Hadir sama Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Aliasnih,Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiausaha Bahagian Jusih Haji Sarin dan Ketua Penerangan Umno bahagian Beaufort Samin Haji Ungki
Menurut Lajim pihak pembangkang atau individu tertentu kini lebih gemar menggunakan laman blog untuk menyampaikan mesej dan menabur fitnah terhadap pemimpin dan kerajaan kerana ianya lebih mudah dalam era kemajuan teknologi maklumat masa kini.
“Walaupun di Sabah perkembangan budaya menabur fitnah terhadap individu pemimpin dan kerajaan melalui laman Blog masih terkawal, namun kita perlu bersedia lebih awal agar sindrom ini tidak merebak sehingga merosakan pemikiran rakyat” katanya
Sehubungan dengan itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini,menegaskan, bagi memastikan keberkesanan fungsi pasukan itu, UMNO perlu melatih lebih ramai ahli supaya mahir dalam bidang ICT baik di peringkat negeri,bahagian dan cawangan
‘‘Penubuhan pasukan khas ICT ini diyakini dapat memberi impak positif terhadap usaha mengatasi maklumat yang kurang tepat dan fitnah yang disebarkan oleh pembangkang,’’ katanya.
Mengulas program tersebut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort berkata, ianya merupakan nilai tambah kepada penyaluran maklumat yang tepat kepada rayat serta ahli-ahli parti di peringkat akar umbi berhubung dengan isu isu semasa termasuklah dasar dan program pembangunan kerajaan.
“ Diperingakat Parlimen kita telahpun menyediakan Laman Blog yang merangkumi program program kerajaan dan parti bagi memberikan maklumat serta isu semasa yang tepat dan terkini untuk di makluman rakyat” katanya.
Sehubungan dengan itu beliau mahu konsep kaunter penerangan termasuk pengwujudan Laman Blog di peringkat cawangan cawangan juga diwujudkan bagi membudaya ahli celik ICT dan dapat berinteraktif setiap masa bagi memperolehi maklumat yang terkini dan terpentas.

2 comments:

  1. bukan fitnah tetapi kebenaran. Tak payat nak terangkan pengundi sudah tahu, BN akan lingkup juga akhirnya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas ulasan,Adik u masih muda perjalanan masih jauh fikirkanlah yang terbaik untuk masa depan genarasi kita

    ReplyDelete