Monday, July 6, 2009

KUALA PENYU BERPOTENSI DIMAJUKAN DALAM SEKTOR PELANCONGAN







Mesra..kelihatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin mengiringi Datuk Masidi Manjun bersalaman dengan jawatankuasa penganjur sejurus tiba di majlis tersebut
KUALA PENYU: Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin , berkata sektor ekonomi berasaskan pelancongan ,perikanan dan pertanian masih mampu diperhebatkan di kawasan ini jika masyarakat yang mewakili sektor ini serius memfokuskan kepada usaha menjana kemajuan tersebut sebagai sumber ekonomi mereka seharian
Beliau berkata, dengan asas keupayaan yang mereka miliki seperti sumber kekayaan alam semulajadi kawasan serta kemudahan asas yang sediaada dan sokongan padu kerajaan, masyarakat sasaran itu boleh berjaya dalam sektor tersebut jika mereka bersungguh-sungguh mengusahakannya
“Apalagi di kawasan Kuala Penyu , merupakan kawasan diperkayakan dengan keindahan pantai, kaya dengan keunikan budaya dan tradisinya,kawasan tanah yang masih terbiar merupakan antara asas bagi sektor ini boleh dikembangkan” katanya ketika berucap di Sambutan Pesta Rumbia ke 20 dekat sini petang kemarin.
Pesta tersebut diresmikan oleh Menteri Pelancungan,Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun dan turut dihadiri oleh Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing,Wakil Rakyat Kunak Nilwan Kabang Pengerusi Penganjur yang juga Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo serta lebih dari 3,000 orang yang hadir memariahkan lagi sambutan kali ini
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyarankan agar sambutan Pesta Rumbia dijenamakan semula bagi meransang sektor pelancungan berkembangan maju di kawasan itu disamping memberikan pulangan dari segi ekonomi masyarakat setempat.
“ Pesta Rumbia wajar dikekalkan dan perlukan proses transformasi semula agar ianya mencerminkan indentii masyarakat di daerah ini dengan menghasilkan prodak prodak pelancungan samaada dari sudut budayanya, kraftangan,makanan serta keindahan alamnya agar pelancung dan masyarakat luar lebih berminat berkunjung ke daerah ini disamping adanya usaha giat untuk mempromisikan pesta ini ” katanya
Menurut Lajim samada penduduk mahu menjayakan bidang berkenaan secara individu atau kumpulan, mereka perlu mempastikan bahawa tumpuan mereka adalah ke arah perlaksanaan disasarkan, seiring dengan minat serta sokongan yang boleh diberikan pihak kerajaan.
“Maka dari konteks ini, kita boleh berperanan menambah nilai pencapaian ini termasuk mengadakan pelbagai kemudahan serta keperluan yang boleh memuaskan hati para pelancong , kita boleh meraih banyak faedah hasil sektor ini jika kita sentiasa meneliti segala keperluan ini,” Tambah Lajim
Lajim menambah rakyat perlu bijak memanafaatkan segala sumber yang ada dengan lebih proaktif dan kreatif dimana Pesta Rumbia perlu dijadikan flaffrm untuk menghasilkan serta mempemirkan prodal prodak tempatan yang bukan sahaja unik namun berkualiti yang mampu menjadi daya tarikan masyarakat luar untuk datang ke daerah ini.
Lajim menambah dengan pelancaran Koridor Pembangunan Sabah (SDC) yang turut menjadikan sektor pelancongan sebagai antara fokus utama pembangunan negeri, pastinya akan memberi banyak manfaat kepada pertumbuhan industri pelancongan negeri.

"Melalui usaha dan sokongan pelbagai pihak terhadap aktiviti pelancongan ini serta pelancaran SDC, kita yakin sasaran untuk meraih sehingga empat juta pelancong menjelang tahun 2010 bakal tercapai” katanya.

No comments:

Post a Comment