Monday, July 13, 2009

PEMIMPIN MASYARAKAT TEMPATAN BERHATI HATI SAHKAN STATUS BUMIPUTERA



SATU MALAYSIA..Datuk Seri Panglima Haji Lajim bersalaman dengan orang ramai sejurus tiba untuk merasmikan pesta tersebut

MENUMBOK: Pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi diingatkan agar lebih berhati-hati dalam membuat sebarang pengsahaan terhadap status bumiputera bagi tujuan pendaftaran kelahiran dan juga permohonan untuk mendapatkan Kad Pengenalan,

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata,
sikap berwaspada ini perlu diberikan perhatian serta keutamaan setiap pemimpin masyarakat di kawasan masing-masing,agar tidak ada pihak yang cuba memanipulasikan keputusan kerajaan memberikan kemudahan bagi pendaftaran kelahiran terutamannya di Sabah dan Sarawak.

“ Perhatian serius dan lebih berhati-hati perlu dilakukan oleh pemimpin masyarakat yang terdiri dari Ketua Daerah,Wakil Ketua Anak Negeri , Ketua Kampung,dan pengerusi JKKK sebelum membuat sebarang keputusan untuk mengsahkan status bumiputera bagi tujuan pendaftaran kelahiran” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Pesta Gambus Zon Beaufort di dewan Masyarakat Awang Samaun dekat sini baru-baru ini.

Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata demikian ketika diminta mengulas pengumuman 11 perkara oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang genap 100 hari menjadi Perdana Menteri pada jumaat lepas dimana antara pengumuman Najib dalam 11 perkara itu termasuklah memberikan kemudahan yang lebih cepat terhadap proses mendaftar kelahiran di Sabah dan Sarawak
Menurut Lajim Pengumuman 11 perkara itu merupakan hadiah kepada rakyat dan turut membuktikan Datuk Seri Najib Tun Razak bersungguh-sungguh berkhidmat untuk rakyat tanpa mengambil kira kaum dan fahaman politik, bagaimanapun ianya perlu dilaksanakan dalam etika yang lebih telus dan bertanggungjawab yang bukan sahaja dilakukan oleh jabatan dan agensi kerajaan terlibat namun ianya memerlukan sokongan dan perhatian di kalangan pemimpin masyarakat tempatan
“ Kita tidak mahu langkah serta pendekatan yang diambil oleh kerajaan ini dgunakan oleh pihak tertentu walhal mereka bukanlah golongan bumiputera yang perlu dibantu bagi mendapatkan proses pendaftaran kelahiran dan pengluaran kad pengenalan yang sah” katanya.
Mengulas lebih lanjut pencapaian Najib dalam gagasan satu Malaysia, Ahli Majlis tertinggi Umno ini berkata,Perdana Menteri secara ikhlas menampakkan hasratnya untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat melangkaui sempadan kaum dan politik.
“ Kita akui dalam tempoh 100 hari beliau memimpin Negara, pelbagai perubahan dapat disaksikan,pendekatan mesra rakyat serta perlaksanaan program pembangunan termasuk di Sabah dan Sarawak terus diberikan perhatian dan keutamaan membuktikan beliau komited membangunan negara dan kesejahteraan rakyat di Negara ini tanpa mengira kaum dan agama” tambah Lajim.

No comments:

Post a Comment