Saturday, July 25, 2009

Penyertaan ekonomi wanita perlu ditingkatkan






BEAUFORT: Para usahawan wanita harus merebut peluang sepenuhnya daripada galakan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi meningkatkan penyertaan mereka dalam sektor-sektor utama ekonomi negara.

``Sungguhpun wanita di negara ini telah mencapai kemajuan pesat dalam pembangunan ekonomi dan sosial, kerajaan sedar masih banyak lagi ruang untuk meningkatkan penyertaan mereka dalam beberapa sektor utama ekonomi negara,'' kata Ahli Parlimen Beaufort Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin.

Katanya, sungguhpun penyertaan wanita telah lama bermula, sebahagian besarnya adalah dalam perusahaan kecil, meliputi perniagaan keluarga dan industri desa, seperti penyedia makanan dan peruncitan.

``Wanita merupakan separuh daripada penduduk dan 37 peratus daripada tenaga kerja di negara ini.

``Oleh yang demikian, kaum wanita merupakan sumber ekonomi penting yang boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat pembangunan negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan seminar peluang peluang perniagaan untuk wanita anjuran Biro Pembangunan Wanita Pusat Khidmat Parlimen Beaufort di Dewan Perniagaan Tiong Hwa dekat sini pagi kemarin.

Seminar sehari itu menarik penyertaan lebih dari 500 orang peserta terdiri dari kalangan wanita dari Kawasan Parlimen Beaufort .

Sehubungan dengan itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berharap golongan wanita dapat memanafaatkan kemudahan termasuk pinjaman yang disediakan oleh pelbagai jabatan dan agensi kerajaan untuk menceburi bidang perniagaan yang berdaya maju dan mampu menyumbang kepada taraf siso eknomi mereka seharian.

“ Jangan gunakan pinjaman untuk menyertai skim skim cepat kaya yang bukan sahaja tidak diiktiraf oleh kerajaan malah akan mengundang kepada pelbagai masalah seperti penipuan sehingga mereka akan dibebani dengan masalah hutang” katanya.

Sebaliknya beliau berharap bagi golongan wanita yang memperolehi pinjaman dari pelbagai agensi kerajaan akan menggunakan pinjaman tersebut untuk menjalankan bidang perniagaan yang berdaya maju boleh memberikan pulangan keuntungan dan menyelasaikan pinjaman mereka dengan agensi yang berkaitan.

Mengenai penubuhan Biro Pembangunan Wanita yang dikendalikan oleh Pusat Khidmat Parlimen Beaufort Lajim berkata ianya tidak bertujuan untuk menyangi mana-mana pihak, sebaliknya ianya ditubuhkan untuk membantu golongan wanita agar taraf siso ekonomi mereka dapat dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Dimajlis itu selain Lajim menerima sumbangan dari beberapa buah syarikat dan individu untuk mengisi tabung Biro tersebut beliau juga turut menyerahkan sejumlah RM 104,000.00 kepada 18 orang yang menerima pinjaman dari Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional yang menerima antara 1,000 ke 10,000 pinjaman setiap seorang. Oleh: Jaafar Abdul Wahid

No comments:

Post a Comment