Thursday, July 16, 2009

ADAU JANANG GAYUH PEMANGKIN GAGASAN 1 MALAYSIA


JANANG GAYUH YB Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berharap masyarakat Bisaya akan menjadikan Sambutan Adau Janang Gayuh sebagai wadah memperkukuhkan perpaduan sesuai dengan Gagasan Satu Malaysia

KOTA KINABALU: Masyarakat Bisaya di negeri ini digesa agar turut memainkan peranan bagi menjayakan bersama Gagasan 1 Malaysia dengan memperkukuhkan perpaduan bagi membantu usaha kerajaan untuk terus menjana kemakmuran dan kemajuan negara tanpa mengira kaum dan agama.

Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin (gambar ) berkata ,Gagasan ’1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’ boleh menjadi satu jenama hebat sekiranya seluruh lapisan masyarakat memahami konsep yang dibawa, serta turut memainkan peranan bagi terus memelihara tahap perpaduan yang sediaada.

“ Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyatnya, matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan” katanya

Beliau berkata demikian dalam perutusan buku Cendera Mata sempana sambutan Adau Janang Gayuh ke 6 dimana majlis pelancarannya akan beliau lakukan di Padang Sk Keruakan pada sabtu ini.

Menurut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan konsep 1 Malaysia membawa maksud dan komponen yang baik antaranya semangat perpaduan, kerjasama, saling bantu-membantu dan tidak ada perbezaan layanan dalam kesaksamaan kepada semua lapisan masyarakat termasuklah masyarakat Bisaya di negeri ini.

“ Sesuai dengan tema sambutan tahun ini “Maju Bersama 1 Malaysia” saya berharap sambutan Adau Janang Gayuh bukan sahaja sebagai wadah menjalin hubungan muhibah , tapi ianya perlu disambut bersama iltizam untuk mengajar kemajuan dalam pelbagai bidang yang boleh mangangkat mertabat suku kaum Bisaya” katanya.

Lajim menambah Sambutan Adau Janang Gayuh yang diserikan dengan pelbagai program kebudayaan juga mampu menonjolkan adat serta budaya masyarakat itu untuk terus dibudayakan dan dimasyarakatkan agar tidak pupus di telan zaman.

“ Seni budaya masyarakat pelbagai kaum di negara ini termasuk budaya masyarakat Bisaya, merupakan satu kaedah terbaik untuk menyemai semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat “ katanya.

Menurut beliau melalui kebudayaan masyarakat Malaysia boleh kenal mengenali antara satu sama lain, dan ianya juga boleh dikenali oleh masyarakat luar yang memberikan manafaat terhadap sektor pelancungan Negara.
Adau janang merupakan Hari Kebesaran bagi masyarakat Bisaya di negeri ini dan ianya disambut setiap tahun sebagai mengenang jasa pemimpin terdahulu dan masa kini, disamping mempoularkan semula seni budaya,seni muzik tradisi,makanan tradisi masyarakat Bisaya

No comments:

Post a Comment