Friday, July 3, 2009

BANYAK RUMAH BELUM TERJUAL





SERAH…Lajim diiring oleh Datuk Kimjus dan Isnin ketika menyerahkan sumbangan perlatan kerusi dan meja kepada pengetua SM St John John Seah di majlis tersebut

BEAUFORT: Sebanyak 57,000.00 buah rumah di seluruh Negara belum dapat dijual kepada pembeli disebabkan beberapa faktor yang menyumbang kepada kelembapan proses penjualannya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, antara masalah yang dikenal pesti oleh kementerian beliau ialah ,lokasi porjek yang tidak stretegik juga kemudahan prasarana yang tidak mencukupi menjadi punca pembeli tidak berminat membeli rumah rumah yang berkenaan.

“ Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku pada masa akan datang, pihak kementerian mencari makanisme bagi perancangan perlaksanaan projek projek perumahan baru yang akan di bangunkan di lokasi yang lebih sesuai termasuk memberikan keutamaan kepada kemudahan kemudahan asas yang lain seperti sekolah,tadika,masjid,landskap dan rumah kedai akan didirikan di kawasan yang akan dimajukan sebagai kawasan projek perumahan” katanya ketika ditemui media selepas menyampaikan sumbangan peralatan kerusi dan meja di SM St John dekat sini pada pagi jumaat lepas.

Hadir sama Pengerusi Pengelola SM St John Datuk Kimjus Duim, Timbalan Ketua Umno bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih dan Pengetu SM St John John Seah Soo Lin.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort, pembinaan perumahan di kawasan yang stetegik dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang mencukupi akan mendorong minat orang ramai untuk membeli rumah rumah yang disediakan dan ini sekali gus membantu sektor pembangunan perumahan berkembang maju di Negara ini.

Selain dari itu Lajim berkata kementerian beliau juga turut memberikan perhatian khusus bagi meneliti latar belakang kontraktor yang ditawarkan melaksanakan projek projek perumahan di bawah kementerian beliau bagi mengelakkan kontraktor yang dilantik gagal melaksanakan sepenuhnya projek projek yang ditawarkan.

“ Kita akan meneliti latar belakang serta kemampuan kontraktor yang terlibat sebelum tawaran kerja dikeluarkan bagi mempestikan projek projek perumahan yang ditawarkan bukan sahaja disiapkan mengikut jadual namun turut mengutamakan kualiti kerja kerja yang dilakukan” katanya

Ketika diminta mengulas isu keperluan perumahan di Sabah yang masih memerlukan sekitar 10,000 unit lagi ,beliau berkata kerajaan Pusat akan terus membantu kerajaan negeri untuk menyediakan perumahan terutamanya Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang lebih selesa untuk kemudahan rakyat di negeri ini terutamanya mereka yang berpendapatan rendah.

“ Keutamaan kita adalah di Bandar Bandar besar seperti Kota Kinabalu,Tawau,Lahad Datu dan Sandakan dimana permintaan terhadap keperluan perumahan begitu tinggi bagi mengatasi masalah setinggan” katanya.

Mengulas isu projek (PPR) yang tergendala di kampong Kiansom Inanam Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, Jabatan Perumahan Negara telahpun menamatkan kontrak pemaju projek rumah terbengkalai berharga kira-kira RM57 juta selepas pemaju itu gagal menyiapkan projek itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Menurut Lajim pihaknya telah membuka tender semula untuk projek itu dan berharap ia dapat disiapkan dalam tempoh setahun

“ Setakat ini lebih daripada 13 pemaju yang berminat untuk membangunkan rumah terbengkalai itu, dimana tambahan peruntukan sekitar RM30 juta lagi diperlukan untuk meneruskan PPR Kiansom yang terbengkalai ini” katanya

No comments:

Post a Comment