Monday, July 6, 2009

RM 64.5 JUTA BANTU PBT DI SABAH LAJIM




SERAH…Lajim diiringi Masidi ,John Edmond dan Pengarah Bomba Negeri Khiruddin Draman ketika menyerahkan sumbangan Alat Pemadam Api kepada salah seorang penerima di majlis tersebut

KUALA PENYU: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan tahun ini telah memperuntukan sejumlah RM64.5 juta kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, bagi meningkatkan lagi keupayaan (PBT) melaksanakan projek projek pembangunannya untuk kepentingan rakyat dikawasan PBT masing-masing

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata,menerusi peruntukan tersebut adalah diharapkan pihak (PBT) di negeri ini berupaya melaksanakan pelbagai projek pembangunan bagi memenuhi aspirasi rakyat terutamanya dalam menyediakan kemudahan asas yang lebih baik dan sempurna kepada rakyat.

“ Dari jumlah peruntukan ini kita berharap pihak PBT di seluruh daerah di negeri ini dapat melaksanakan pelbagai projek pembangunan antara untuk kebersihan,perparitan, landskap ,pembuangan sisa pepejal serta projek projek kecil di kawasan PBT ” katanya semasa ditemui media selepas mengagih-agihkan Alat Pemadam Api sumbangan Jabatan Perkidmatan Bomba dan Penyelamat sempana sambutan Pesta Rumbia ke 20 dekat sini petang kemarin.

Hadir sama Menteri Pelancungan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun Wakil Rakyat Kuala Penyu John Teo Mau Sing, Pengarah Bomba Negeri Khiruddin Draman dan Pegawai Daerah Kuala Penyu Edmond Teo.

Menurut Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort dari jumlah tersebut di atas kawasan Parlimen Beaufort menerima peruntukan sebanyak 9.7 juta dan dari jumlah ini, Majlis Daerah Kuala Penyu menerima peruntukan sebanyak RM3.4 juta .

Dalam perkembangan berkaitan Lajim berharap dari peruntukan yang disalurkan pihak (PBT) dapat memberikan perhatian kepada projek projek penyelanggaran dan penambahbaikan tandas di setiap (PBT) yang mana tahap kebersihannya ketika ini masih kurang memuaskan.

“ Satu kempen kebersihan tandas awam peringkat nasional akan dilancarkan bulan depan memandangkan tahap kebersihan tandas masih kurang memuaskan dan ekoran berlakunya penularan wabak Influenza A(H1N1)” katanya

Sehubungan dengan itu katanya (PBT) yang telahpun menerima peruntukan boleh menggunakan sebahagian dari peruntukan ini bagi memastikan tahap kebersihan tandas di kesemua PBT sentiasa bersih dan terurus.

Lajim berkata kementerianya atelah mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk memperhebatkan operasi pembersihan tandas awam.

Katanya kempen itu bukan sahaja akan dilaksanakan ketika penularan wabak H1N1 itu tetapi ia akan berterusan bagi memastikan tandas awam sentiasa bersih sepanjang masa.

No comments:

Post a Comment