Sunday, July 12, 2009

SENI GAMBUS DAN GULINTANGAN PERLU DIPERKASAKAN





SIMBOL PERSAMIAN…Lajim diiringi oleh Yussof dan Pg.Agku Jaafar menyalakan ugan (Obor) sebagai symbol perasmian pesta tersebut
MENUMBOK: Seni gambus dan kulintangan perlu dikembangkan dengan lebih teratur dan formal bagi menjadikan seni itu bukan sahaja kekal sebagai khazanah warisan ,namun boleh menyaingi muziik-muzik popular dan kontemporari yang sentiasa mendapat tempat dalam kebanyakan masyarakat moden hari ini, kata Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin,

Katanya, belia yang berbakat dalam bidang ini perlu dibantu untuk terus mempelajari dan mendalami kesenian ini dengan memberikan sokongan dan dorongan bagi mereka melanjutkan pengajian dan kemahiran di peringkat lebih tinggi samaada diperingkat diploma atau atau ijazah.

“ Mereka perlu didedahkan dalam displin ilmu bagi melahirkan pemain dan pakar muzik tradisional seperti gambus dan gulintangan ke tahap yang lebih professional ” katanya ketika berucap merasmikan pesta Gambus peringkat Zon Beaufort di dewan masyarakat Awang Samaun dekat sini malam tadi.

Hadir sama Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) Datuk Yussuf Datuk Seri Panglima Kasssim,Penolong Pegawai Daerah Menumbok Awang Damit Abd.Razak ,Pengerusi Penganjur Pg.Agku Jaafar Pg.Osman dan Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd.Zinin

Sehubungan dengan Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, penganjuran pesta tersebut amat sesuai bagi melahirkan bakat-bakat dalam bidang seni gambus dan gulintangan untuk diasah dan ditonjolkan bakat mereka disamping menjadi wadah untuk memperkukuhkan hubungan silatulrahim yang sesuai dengan tema yang dipilihan “ Gambus Instrumen Perpaduan”

“ Tema yang dipilih amat sesuai dengan Gagasan Satu Malaysia yang meletakkan perpaduan dan pesefahaman sebagai perkara penting dan utama untuk menjana kemajuan dan kemakmuran rakyat secara beterusan” katanya.

Menurut Lajim dalam melaksanakan pembangunan, kerajaan juga tidak akan melupakan pembangunan budaya masyarakat melalui peruntukan yang disediakan bagi membantu persatuan persatuan kebudayaan melaksanakan pelbagai programnya.

“ Kerajaan sedar bahawa kejayaan sesebuah Negara merupakan hasil daripada kekuatan masyarakatnya yang memiliki adat resam dan budaya yang tinggi nilainya” tambah Lajim yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno Malaysia.

Sementara itu wakil dari Zon Menumbok mengungguli dua ketegori pertandingan gambus yang dipertandingankan iaitu bahagian solo dan berkumpulan dan akan menjadi wakil bahagian Beaufort ke pesta Gambus peringkat negeri yang akan berlangsung pada penghujung bulan ini di daerah Papar.

No comments:

Post a Comment