Monday, July 20, 2009

TIGA KARYAWAN WARGA BISAYA TERIMA ANUGREH SENI KREATIF





Dari atas Jaafar Abdul Wahid,Jasni Matlani dan Hassan Saprin masing masing menerima angureh dari Lajim yang diadakan pada Malam Anugreah Adau Janang Gayuh ke 6 di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang Kuala Penyu

KUALA PENYU: Tiga karyawan dari suku kaum Bisaya yang memberikan sumbangan terhadap perkembangan kesusteraan dan kebudayaan di negeri ini telah menerima anugreh Karyawan Kreatif dari Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) sempena sambutan Adau Janang Gayuh ke 6 tahun ini.

Mereka terdiri dari Hasaan Saprin, Jasni Matlani dan Jaafar Abdul Wahid menerima anugreh tarsebut dari Presiden (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin pada Malam Anugreh Adau Janang Gayuh yang diadaka di Dewan Masyarakat Dato Shah Bandar Makang dekat sini pada malam sabtu lepas.

Hassan Saprin merupakan pemimpin Rumpun Anak Seni Tawau (RUSTA) dan sebelum ini pernah dianugrehkan sebagai tokoh Teater Sabah atas sumbangan dan peranannya menyemarakkan perkembangan seni teater di Sabah.

Sementara Jasni Matlani Yang Dipertua Badan Bahasa dan Kesusteraan Sabah( BAHASA) merupakan penulis prolifik dalam pelbagai genra penulisan antaranya Puisi,Cerpen dan Esei Kritikan Sastera.

Bagi Jaafar Abdul Wahid yang pernah memenangi hadiah Sastera Sabah dan pernah dipilih menjadi Penulis Anak Angkat Dewan Bahasa dan Pusataka cawangan Sabah terlibat dalam bidang penulisan Puisi .Cerpin dan Skrip Drama kini memberikan tumpuan kepada bidang kewartawanan sesuai dengan bidang tugasnya ketika ini sebagai pegawai media

Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan semasa ditemui selepas majlis ini berkata, pemberian anugreh tersebut sebagai aspiriasasi persatuan tersebut terhadap sumbangan para karyawan khususnya dari kalangan anak Bisaya yang telah memberikan sumbangan dan peranan dalam mengangkat mertabat sastera dan budaya di negeri ini.

" Kita berharap melalui anugreh ini, mereka akan lebih gigih berkarya menghasilkan karya karya yang lebih berkualiti khususnya yang mempamirkan kehidupan masyarakat Bisaya dari segi sastera dan budayanya" katanya.

Menurutnya pemberian anugreh tersebut juga diharapkan akan menjadi pendorong kepada penulis penulis dari suku kaum Bisaya yang lain khususnya penulis penulis muda untuk terus berkarya dimana anugreh ini akan diteruskan pada sambutan Adau Janang Gayuh akan datang dan akan diperluaskan dalam pelabagai ketegori lain yang ada hubungannya dengan bidang kesusteraan dan kebudayaan

No comments:

Post a Comment