Friday, July 17, 2009
USIA CADANG TUBUH KELAB DI SETIAP SEKOLAH MENANGAH
Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin(tengah)ketika mempengerusi mesyuarat tersebut
KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) akan menubuhkan kelab (USIA) di seluruh Sekolah Menangah di negeri ini dalam usahanya mendekatkan pertubuhan tersebut dengan pelajar sekolah melalui pelbagai program keagamaanya.
Mengemukakan cadangan ini Timbalan Yang Dipertuanya Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, telah tiba masanya bagi pertubuhan tersebut melangkah ke hadapan bagi merapatkan generasi muda khususnya golongan pelajar Islam terhadap peranan dan tanggungjawab (USIA) yang dimainkan oleh pertubuhan tersebut dalam program program keagamaan khususnya program program dakwah yang telah dan akan dilaksanakan oleh (USIA)
“ Kita akan memperincikan cadangan ini sebelum mengemukakanya kepada pihak sekolah khususnya Jabatan Pelajaran bagaimana cadangan ini boleh diaplimentasikan dari segi konsep dan matlamatnya” katanya semasa ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa kewangan dan keahlian di ibu Pejabat (USIA) Sembulan pagi kemarin.
Hadir sama Timbalan Yang Dipertua (USIA) Tan Sri Ampong Haji Puyun, Naib Yang Dipertua Datuk Matussin Awang Damit dan Setiausaha Agung Datuk Haji Abdullah Hussin.
Mengulas lebih lanjut cadangan ini Lajim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keahlian (USIA) berkata, usaha ini dilihat mampu menarik golongan muda Islam untuk menyertai pertubuhan tersebut disamping ianya memberikan manafaat kepada pihak sekolah dalam menyediakan program program dakwah di sekolah bagi menangani beberapa masalah sosial yang mula menghantui pelajar sekolah dewasa ini.
“ Kita tidak menafikan sememangnya ada program program keagamaan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah, bagimanapun hasrat kita adalah untuk membantu pihak sekolah dengan menyediakan beberapa program dakwah yang sesuai khususnya untuk membena jatidiri akhlak serta moral pelajar sekolah” tambah Lajim.
Terdahulu ketika mempengerusikan mesyuarat tersebut Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap agar semua bahagian (USIA) di negeri ini berusaha untuk menambah keahlian cawangan di bahagian masing-masing agar lebih ramai masyarakat Islam menyertai pertubuhan tersebut.
“ Kita yakin dengan kekerapan melaksanakan program –program keagmaan yang memberikan manafaat dari segi ilmu agama,kebajikan dan sebagainya masyarakat Islam akan tertarik dengan gerakan pertubuhan ini, sekali gus akan menjadi pendorong untuk mereka menganggotai (USIA)” Katanya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment