Friday, July 17, 2009
Pelajar perlu manfaat bantuan pendidikan
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin diiringi oleh Mohd.Jali Nordin dan Tajuddin Haji Asri menyerahkan cek KWPAM kepada salah seorang guru di majlis tersebut
BEAUFORT: Kesungguhan kerajaan menyediakan pelbagai bantuan pendidikan akan sia-sia jika para pelajar sendiri gagal memanfaatkan kemudahan yang disediakan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Ukin berkata, para pelajar perlu sedar bahawa setiap kemudahan yang disediakan itu adalah untuk membantu mereka agar tidak tercicir menerima pendidikan bagi memastikan kehidupan mereka pada masa depan lebih terjamin.
Menurut beliau, hanya melalui pendidikan, mereka mampu merebut peluang pekerjaan yang lebih baik terutama dalam arus persaingan yang semakin mencabar.
''Biarpun kerajaan membantu dengan pelbagai insentif untuk mewujudkan peluang pendidikan tanpa kesedaran untuk menghargainya dengan bersikap positif dan proaktif dari pelajar dan ibubapa sudah tentu mereka tidak akan berjaya,'' katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap pada Penyampaian Kumpulan Wang Pelajar Miskin(KWAPM) Bagi Zon Beaufort di Sk Mempagar dekat sini pagi kemarin
Hadir sama Ketua Sektor Kemanusian Jabatan Pendidikan Beaufort Mohd.Jali Nordin, Timbalan Ketua Umno Bahagian Beaufort Isnin Haji Aliasnih ,NaiB Ketua Umno bahagian Datuk Kimjus Duim dan Guru besar Sk Mempagar Tajuddin Haji Asri,
Ahli Parlimen Beaufort ini juga berkata, pendidikan dan pembangunan sumber manusia adalah merupakan kunci kepada kemajuan ekonomi dan peningkatan daya saing negara.
Sehubungan itu, beliau turut meminta para ibu bapa supaya tidak mengabaikan pendidikan anak-anak bagi melengkapkan diri mereka sebelum menempuh alam pekerjaan kelak.
Katanya, ibubapa perlu berperanan bagi memberikan dorongan dan nasihat berterusan agar anak-anak mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pendidikan tanpa bergantung sepenuhnya kepada guru-guru dan pihak sekolah
Menurut Lajim selain bantuan tersebut kerajaan kerajaan juga sentiasa mempertingkatkan kualiti pendidikan melalui penyediaan pelbagai prasarana pendidikan dan bantuan lain bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar miskin.
Dalam pada itu, Lajim juga mahu para pelajar agar mebena jatidiri dengan nilai dan akhlak yang baik semasa berada di sekolah dan luar sekolah dengan menghindarkan diri dari pelbagai gejala social yang boleh menjejaskan tumpuan mereka kepada pembelajaran seharian
Katanya, mereka adalah aset masa depan Negara yang diperlukan untuk membena landskap pembangunan Negara pada masa akan datang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment