Monday, July 13, 2009

ADAM AF2 SERIKAN SAMBUTAN ADAU JANANG GAYUH KE 6



ADAM AF 2 TEMUI PEMINAT DI SAMBUTAN ADAU JANANG GAYUH SABTU INI

KUALA PENYU: Kemunculan pemenang tempat ketiga program realiti TV Akademi Fantasia musim ke 2 (AF2) Mohd.Aizam Mat Saman atau Adam AF2 dimajlis perasmian Adau Janang Gayuh kali ke 6 pada 18 Julai ini dijangka akan lebih meriahkan lagi sambutan tersebut

Pengerusi Penganjurnya Haji Asmat Japar (gambar) berkata, Adam AF2 akan hadir bagi menghiburkan pengujung ke pesta kali ini dengan beberapa buah lagu yang akan beliau persembahkan kepada orang ramai sebelum majlis perasmian berlangsung

“ Ini adalah peluang bagi orang ramai mengenali lebih dekat jejaka kelahiran Sabah ini, disamping berhibur dan menyaksikan acara acara lain yang disediakan pada sambutan Adau Janang Gayuh tahun ini” katanya ketika ditemui dekat sini kemarin.

Menurut Asmat yang juga Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Beaufort majlis yang akan dirasmikan oleh Perseiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin itu akan berlangsung di padang Sk Kerukan dan dijangka akan dihadiri bersama rombongan dari Persatuan Bisaya Sarawak (PBS)

“ Orang ramai juga akan berpeluang untuk menyaksikan beberapa persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan oleh ahli-ahli dari Persatuan Bisaya Sarawak semasa majlis ini berlangsung” katanya.

Menurut Asmat selain persembahan hiburan dari artis jemputan .artis tempatan, dan beberapa persembahan kebudayaan masyarakat setempat beberapa acara lain juga dijangka akan menjadi tarikan bagi pengunjung Adau Janang Gayuh tahun ini antara sukan rakyat, lumba kerbau,tarik kalat. Pertandingan kikik (laying-layang) juga pertandingan mongolawat (memerah sagu)

Asmat menambah pada sebelah malamnya pula akan berlangsung Majlis Makan Malam Bersama Presiden dan pada tahun ini buat pertama kalinya diadakan penyampaian pingat janang kepada beberapa tokoh pemimpin suku Bisaya yang banyak berjasa kepada masyarakat secara keseluruhannya.
“ Tiga kategori pingat yang disediakan ialah Pingat Seri Setia Janang (PSSJ),Pingat Setia Janang (PSJ), dan Pingat Ahli Setia Janang” tambah Asmat
Menurut Asmat lagi (PBBS) juga akan menyampaikan beberapa anugreh dalam beberapa kategori yang disediakan antaranya Anugerah Jasamu Dikenang, Anugerah Khidamat Awam, Anugerah Keluarga Contoh, Anugerah Wira Kencana, Anugerah Karyawan dan Anugerah Usahawan Contoh.
“ Kami berharap kepada seluruh warga Bisaya yang berada di seluruh pelosok Negeri Sabah dan juga orang awam agar datang beramai-ramai bagi menyertai perayaan tersebut. Dan bagi mereka yang memerlukan maklumat lanjut tentang perayaan Adau janang Gayuh boleh menghubungi urus setia perayaan melalui telefon 087-214749 “ katanya

No comments:

Post a Comment