Tuesday, July 28, 2009
Swasta bantu majukan pendidikan
SERAH…. Kelihatan Lajim menerima repelika cek Biasiswa dari Zulkhairi untuk diserahkan kepada Pegawai Pelajaran daerah Salleh Eddris dimajlis tersebut
BEAUFORT : Syarikat-syarikat swasta besar di negeri ini diminta tampil memainkan peranan dalam bidang pendidikan terutamanya dalam memberikan biasiswa kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, sumbangan sektor swasta dalam bidang pendidikan mampu memperkasakan mutu pendidikan Negara dalam usaha kerajaan melahirkan modal insan kelas pertama di negara ini.
Banyak pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT perlu bersaing untuk mendapatkan pembiayaan.
"Berikutan peruntukan yang terhad maka di sinilah peranan syarikat swasta memberi khidmat sosial dan berganding bahu dengan kerajaan memastikan kecemerlangan pendidikan negara,'' katanya ketika berucap merasmikan majlis penyampaian Bisiswa Harian dan Asrama 2009 Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan di Dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini
Hadir sama di majlis tersebut Ketua Pegawai Pentadbir Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Haji Ismail,Pegawai Pelajaran Daerah Beaufort Salleh Haji Eddris dan Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih
Menurutnya, kerajaan prihatin dengan segala sumbangan yang dilakukan oleh sektor swasta dalam bidang pendidikan yang seterusnya dapat melahirkan tenaga kerja untuk keperluan industri di negara ini.
Sambil mengucapkan penghargaannya kepada Komitmen Yayasan Sabah yang setiap tahun membantu memperkasakan sekotor pendidikan melalui sumbngan biasiswannya ,Lajim berharap lebih banyak pihak swasta terutamanya syarikat-syarikat besar tampil membantu para pelajar khususnya dalam pemberian biasiswa untuk mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Di majlis tersebut Lajim turut menyampaikan biasiswa harian bernilai RM 53,285.00 kepada 192 orang pelajar dari lima buah daerah iaitu Beaufort,Membakut,Sipitang,Kuala Penyu dan Menumbok yang masing masing menerima biasiswa harian antara RM 120 ke 360 mengikut ketegori tingkatan pelajar yang layak menerima biasiswa masing masing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment