Monday, July 20, 2009

Kuota pemilihan UMNO Perlu diubah-Lajim Ukin


AMANAT… Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika berucap di majlis tersebut

JOHOR BAHRU: UMNO harus memikirkan semula soal pemilihan jawatan dalam parti sama ada sesuai untuk sistem kuota sepertimana diamal sekarang ataupun diubah kepada cara lain iaitu menyerahkan kuasa menentukan pucuk pimpinan kepada Bahagian ataupun Cawangan.

Persoalan ini dilontarkan oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin ketika berucap di Majlis Perjumpaan dengan sembilan Bahagian UMNO Johor di sebuah restoran terkemuka dekat sini baru baru ini.

"Saya lontarkan pandangan ini kerana berpendapat adalah baik akar umbi diberi peranan memilih pucuk pimpinan peringkat nasional. bila ini berlaku mereka merasakan diri mereka dihargai kerana diberi peranan menentukan pucuk pimpinan parti” katanya

"Dengan itu soal kasih dan sayang mereka kepada parti akan berlipat kali ganda dan sebarang masalah berlalu dalam parti mereka sedia membantu," tambah Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Datuk Zahari Jamil, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.

Pada masa ini, perlembagaan UMNO menetapkan kuota sebanyak 15 perwakilan untuk Presiden, Timbalan Presiden (10) Naib Presiden (5) dan Ahli MT (2).

Menurut Lajim,sekiranya majoriti Bahagian mahukan kuasa memilih ditangan mereka, perlembagaan UMNO harus dipinda bagi membolehkan 66,000 ahli UMNO diperingjkat tersebut membuat pilihan.

“Seandainya Bahagian, Cawangan dan MT diberi kuasa memilih, ini bermakna lebih 3 juta ahli UMNO di seluruh negara mempunyai tanggungjawab besar untuk menentukan kepimpinan UMNO peringkat nasional” katanya

Lajim menambah apa juga perubahan yang hendak dilakukan terhadap UMNO, hanya Bahagian dan Cawangan sahaja boleh menentukan. mereka bolehlah membuat cadangan semasa mesyuarat parti dan selepas itu serahkan sahaja cadangan tersebut untuk dipertimbangkan oleh pucuk pimpinan UMNO

No comments:

Post a Comment