Tuesday, July 7, 2009

TAKLIMAT ADAU JANANG GAYUH



BERIKAN AMANAT..Lajim yang diapit oleh Naib Presiden (PBBS) Asmat Japar dan Tarawi Rukut ketika menyampaikan amanatnya kepada jawatankuasa penganjur di majlis perjumpaa tersebut


PERJUMPAAN...Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) Janang Gayuh Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin baru baru ini telah mengadakan perjumpaan dengan Jawatankuasa Sambutan Adau Janang Gayuh ke 6 yang akan berlangsung dari 11-18 Julai ini bertempat di kampung Kerukan Kuala Penyu. Perayaan Adau Janang Gayuh merupakan hari kebesaran bagi masyarakat Bisaya di negeri ini dan pada kali sambutan dijangka lebih meriah dengan pelbagai pengisian program antaranya, suka rakyat,persembahan kebudayaan,lumba kerbau,majlis tahlil, lawatan amal ke Hospital dan juga Majlis Makan Malam Presiden dan seterusnya majlis angureh kepada beberapa tokoh bisaya yang berjaya dalam pelbagai bidang.Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berharap sambutan Adau Janang Gayuh kali ini akan menjadi pemangkin kepada masyarakat Bisaya untuk terus mengekalkan perpaduan khususnya dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd.Najib Tun Razak bagi membena sebuah negara bangsa yang bersatu maju dan terus membangun.

No comments:

Post a Comment