Tuesday, July 28, 2009
KONSEP 1 MALAYSIA PERLU DIHAYATI DAN DIAMALKAN: LAJIM
RESMI….Kelihatan Lajim sambil diperhatiakan oleh Azizah Haji Suntark dan Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Abd.Sanon Haji Sapri menandatangani plug perasmian dewan tersebut
BEAUFORT: Konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan perlu dihayati dan diamalkan bagi mempestikan kesannya terhadap dua aspek utama iaitu perpaduan dan kemajuan dapat dicapai.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak bukanlah retorik semata-mata namun ianya perlu dijadikan budaya dengan melihat konsep tersebut dari perpesktif yang lebih luas.
“Sebagai pemimpin masyarakat kita perlu menjadi contoh dan teladan dalam merelisasikan konsep ini agar berkesan dan merasap dalam pemikiran serta tindakan dan menjadi amalan rakyat di peringkat akar umbi bagi mencipta sebuah masyarakat yang bersatupadu dan harmoni ” katanya ketika berucap merasmikan Dewan Masyarakat Kampung Laba,Layung dan Kekuro dekat sini.
Hadir sama Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Dato Hajah Azizah Datuk Mohd.Dun,Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Insfrastruktur Isnin Haji Aliasnih, Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Kimjus Duim ,Ketua Pergerakan Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Pengerusi Penganjur Haji Suntrak Sidom
Sehubungan dengan itu Lajim yang juga Ahli Parlimen Beaufort berharap pemimpin masyarakat di semua peringkat perlu menjadi agen pengerak kepada Konsep 1 Malaysia agar matlamatnya mencapai sasaran dengan menjadi kepentingan rakyat diberikan keutamaan, sementara pencapaian dalam pelbagai aspek pembangunan dapat dilaksanakan dalam memenuhi aspirasi yang diharapkan oleh rakyat
“ Sebagai pemimpin kita perlu menunjukan kepimpinan yang telus dan ikhlas dengan mengutamakan kehendak rakyat diperingkat akar umbi yang menjadi asas kekuatan kepada kerajaan untuk terus melipat gandakan usaha membawa pembangunan untuk kesejahteraan rakyat” tambahnya.
Mengulas pembinaan dewan masyarakat yang berharga RM200,000 itu Lajim berkata, ianya membuktikan kerajaan bersungguh-sungguh mengutamakan kepentingan rakyat ,yang seharusnya perlu disyukuri oleh rakyat untuk terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional.
“ Saya berharap dewan ini akan dijadikan pusat bagi penduduk di kawasan ini berkumpul,berbincang dan melaksanakan pelbagai program yang bermanafaat yang boleh mempupuk semangat bekerja berpasukan demi untuk kemajuan kampong ini” katanya.
Lajim juga turut melahirkan harapan agar penduduk di kawasan tersebut menjaga kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan dengan mempastikan dewan tersebut sentiasa dijaga terutamanya dari aspek kebersihan serta kemudahan kemudahan lain yang disediakan di dewan tersebut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment