Friday, July 31, 2009

MENGANJAK HALA TUJU PEMUDA






LANCAR...Lajim diiringi oleh Mohd.Ishak,Azman,Dan Haji Hafiz melancarkan laman Blog Pergerakan Pemuda Umno bahagian Beaufort sempena perasmian persidangan tersebut

BEAUFORT: Pergerakan Pemuda UMNO perlu membuat penilaian semula perjuangan dan juga perspektifnya sendiri bagi dalam menghadapi trend dunia yang berubah dan cabaran serba baru terutamanya dalam agenda merakyatkan parti selaras dengan aspirasi pemuda
Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata penilian ini termasuklah penyusunan semula dari segi gerak kerjanya dan pendekatan kepada golongan ini yang telah dikesan pada pilihanraya umum yang lepas kurang memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional
“ Jika Pemuda sudah menyusun satu program yang merangkumi agenda-agenda baru, maka ia perlulah membuat satu perspektif baru dalam asas-asas perjuangan untuk pergerakan itu sendiri agar timbul minat serta kesedaran bagi pemuda menyertai dan menghargai perjuangan Umno selama ini” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan pemuda Umno bahagian Beaufort Kali ke 16 di dewan Perniagaan Tiong Hwa dekat sini kemarin
Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Beaufort Mohd.Ishak Ibrahim, Naib Ketua Pemuda Azaman Datuk Seri Panglima Lajim, Wakil Pergerakan Pemuda Umno Negeri Haji Hafiz Yaman Musa Setiausaha Umno bahagian Haji Jusih Sarin dan Bendahari Umno bahagian Zahari Mohd.Zinin.
Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort Pemuda perlu merakyatkan UMNO, jangan menjadikannya terlalu eksklusif dengan kedudukan pangkat yang ada,sebaliknya perlu berusaha memperkuatkan parti terutamanya mendekati cabaran golongan pengundi muda masa kini.
Jelasnya, Pemuda UMNO seharusnya lebih bersedia menghadapi cabaran tersebut memandangkan UMNO kini berdepan dengan realiti baru, dengan lebih enam juta pengundi baru mempunyai pandangan serta persepsi tersendiri mengenai parti.
Menurutnya beberapa isu pemuda masa kini dari aspek pendidikan, keruntuhan moral,gejala sosial dan pengangguran perlu diberikan perhatian serius oleh pergerakan pemuda dan mencari makanisme untuk bersama-sama kepimpinan dan kerajaan menanganinya.
“ Anjurkan lebih banyak program program pendidikan,keagamaan ,latihan kemahiran dan sebagainya, manafaatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaanbagi menjalin kerjasama melaksanakan program yang boleh membantu golongan ini” tegas Lajim

“ Di samping UMNO meneruskan politik pembangunan, kini Pemudanya pula sedang menuju ke arah perjuangan yang lebih penting iaitu memberi satu nilai dan makna kepada agenda perjuangan pergerakan itu sendiri” tambah Lajim
Lajim menambah Pada Perhimpunan Agung Pergerakan Pemuda UMNO yang lalu Presiden Umno Dato Sri Mohd.Najib Tun Abdul Razak meminta agar beliau disafkanlah dengan sekumpulan pimpinan pemuda yang ampuh dan padu, setia,berintergeriti,berkebolehan lagi berdedikasi yang seharusnya menjadi asas perjuangan pemuda hari ini seiring dengan konsep 1 Malaysia Rakyat didahulukan ,Prestasi Diutamakan”
Menurut beliau lagi, salah satu aspek yang perlu ditekan dalam hala tuju Pemuda UMNO ialah pergerakan itu mesti bersedia untuk bergerak ke arah yang lebih unggul dan cemerlang kerana tahap persaingan baru sekarang bukan lagi persaingan atas nama politik perkauman atau politik pembangunan, tetapi di atas gelanggang yang baru iaitu pertarungan idea.
“ Kini bukan lagi di era pertarungan menunjukkan siapa lebih kuat tenaga ataupun laungan suaranya, tetapi siapa yang lebih pintar dari segi ideanya dengan bantuan kekuatan keilmuannya adalah eleman penting membena kekuatan parti dan keyakinan rakyat unuk memberikan sokongan kepada Umno dan Barisan Nasional ” katanya

No comments:

Post a Comment