Sunday, August 2, 2009

UMNO SABAH PERLU PERTAHANKAN REKOD CEMERLANG






BERSEMANGAT…Lajim diiringi oleh Timbalannya Isnin, Ketua Pergerakan Wanita Dato Hajah Azizah, Ketua Pemuda Mohd.Ishak Ibrahim dan Ketua Puteri Saridah Datuk Mohd.Dun menaikkan bendera Umno sebelum persidangan dimulakan.

BEAUFORT: Umno Sabah perlu mempertahankan rekod cemerlangnnya bagi menghadapi pilihanraya umum akan datang bagi mempestikan Barisan Nasional bukan sahaja menguasai negeri ini sekali gus menjadi penyumbang utama kepada kekuatan Barisan Nasional menarjui pemerintahan negara.

Ahli Majlsi Tertinggi (UMNO)Fatuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata, pertasi cemerlang Umno Sabah yang menguasai 14 kerusi Parlimen dan 32 Kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihanraya umum yang lalu bukan sahaja perlu dipertahankan namun usaha untuk meningkatkan pertasi sokongan ahli dan rakyat di peringkat akar umbi perlu dipertingkatkan.

“ Kita bangga kerana Umno dan Barisan Nasional di negeri ini menjadi penyumbang terbesar kepada pembentukan kerajaan Barisan Nasional selepas pilihanraya umum lepas, bagaimanapun kejayaan ini tidak seharusnnya meletakkan kita dalam berada dalam “Zon Selesa” tanpa berusaha dan berkerja keras terutamanya dalam menjayakan konsep 1 Malaysia Rakyat Didahulukan Prestasi Di Pertingkatkan” katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno bahagian Beaufort kali ke 16 di dewan Masyarakat Pa Musa dekat sini pagi kemarin.

Hadir sama Timbalan Ketua Umno Bahagian Isnin Haji Aliasnih, Wakil Badan Perhubungan Umno Sabah Awadnir Matanggal Naib Ketua Bahagian Datuk Kimjus Duim,Setiausaha Bahagian Jusih Haji Sarin Bendahari bahagian Zahari Mohd.Zinin ,serta wakil-wakil dari parti Kompenan Barisan Nasional di kawasan Parlimen Beaufort.

Menurut Lajim yang juga Ketua Umno bahagian Beaufort, dalam menjayakan Konsep 1 Malaysia, ahli Umno dan rakyat di Sabah tidak terlalu sukar melaksanakan konsep tersebut memandangkan ianya telah lama menjadi amalan oleh rakyat di negeri dari kepelbagaian kaum budaya dan agama yang sentiasa hidup bersatupadu dan harmoni.

“ Peranan serta tanggungjawab kita sebagai pemimpin dan rakyat seterusnya ialah bagaimana melestarikan serta memperhalusi konsep tersebut agar perpaduan lebih mantap dan kukuh terutamanya dalam merakyatkan parti selaras dengan asprirasi dan kehendak rakyat di peringkat akar umbi ” katanya.

Menurut Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini , nilai perpaduan yang terkandong dalam konsep 1 Malaysia perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan yang lebih ikhlas dan bertanggungjawab kerana punca utama UMNO lemah ialah tidak dapat mewujudkan perpaduan di peringkat bahagian sehingga ia meninggalkan kesan ketika menghadapi pilihan raya.

Lajim berkata, Konsep 1 Malaysia juga perlu diamalkan dalam , Umno yang bererti ahli perlu setia kepada parti dan berdisiplin bagi memastikan parti sentiasa utuh serta mendahului kehendak parti lebih daripada keperluan individu.

“Untuk mengubah persepsi masyarakat, dan menambah keyakinan mereka menyokong kerajaan Barisan Nasional kita kena susun dengan teratur bukan secara ad-hoc. Maka setiap pemimpin perlu memenuhi tuntutan masyarakat dan ahli dengan turun padang dan berdamping dengan mereka” tambah Lajim Oleh:

No comments:

Post a Comment